PEMERHATI / RAKAN2

Thursday, August 7, 2008

Sebab Mohd Saiful tidak didakwa-MALAYSIAKINI

Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemuda itu pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku?
"Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, lapor Bernama.
Anwar, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Mohamad Saiful, 23, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin kemudiannya, Anwar mempersoalkan kenapa Mohamad Saiful tidak turut didakwa kerana kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan yang didakwa itu.
Syed Hamid berkata, dalam kes rasuah umpamanya, orang yang didakwa menerima sogokan lazimnya akan didakwa dan bukannya pemberi yang membuat laporan.

"Itulah cara sistem perundangan... yang penting ialah wujudnya keadilan," katanya.

'Mengapa saya sahaja didakwa?'-Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.
"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)? Sepatutnya dakwa kedua-dualah," katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.

"(Pertuduhan) ini fitnah khianat."

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpu

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.