PEMERHATI / RAKAN2

Monday, April 20, 2009

MB Pahang Di Arah Bayar Saman RM63 Juta

Ini berita yang baru kami terima, ia berkaitan dengan kes yang sudah berlarutan sejak sekian lama berhubung dengan isu balak di Pahang. Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak. Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
-pahangdaily

Zambry tidak boleh hadiri sidang DUN Perak

APRIL 18 — Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di DUN Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang DUN Perak?Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (April 17) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang DUN Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di DUN Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di DUN Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang DUN selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang DUN selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang DUN selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa DUN Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang DUN Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa DUN Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18 Februari, 2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang DUN Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang DUN Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang DUN Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi DUN Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. — Harakahdaily.net

Federal Constitution

Clause (2) of Article 72 of the Federal Constitution says that “No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof”.

Wednesday, April 15, 2009

UMNO Terengganu

Belum pun seminggu Najib dan Muhyiddin menerajui negara, di dalam satu drama yang mencemaskan UMNO di peringkat Pusat, Muhyiddin terpaksa membuat kenyataan kononnya 10 orang ADUN BN tidak memboikot persidangan dewan undangan Terengganu tetapi hanya “tidak dapat menghadirkan diri”.

Kemelut politik UMNO yang bergegar di Terengganu turut terasa bahangnya di Kuala Lumpur kerana jika ianya tidak berjaya diselesaikan, negara akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya, kali ini untuk satu negeri - Terengganu.Muhyiddin telah dilaporkan akan memanggil Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berhubung tindakan 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu penting kerana beliau mahu mendapatkan gambaran lebih jelas daripada Menteri Besar berhubung isu terbaru itu.BN menguasai DUN Terengganu dengan mempunyai 24 wakil sementara 8 kerusi dikuasai oleh PAS.

Seandainya 10 orang ADUN BN yang dikatakan memboikot mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan disokong oleh 8 wakil dari pembangkang dengan sendirinya Ahmad Said akan terpaksa mengosongkan kerusi Menteri Besarnya dan ini tentulah akan menjadikan kemelut politik Terengganu semakin runcing.

Ini berkemungkinan mendesak Speaker DUN Terengganu untuk memohon Sultan Terengganu membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya diadakan untuk seluruh Terengganu.Hal tersebut sepastinya amat digeruni oleh UMNO Pusat yang kini belum henti dari dikejar igauan ngeri tentang kekalahan yang dialami oleh UMNO-BN di Bukit Gantang, Bukit Selambau malah di Kuala Terengganu juga.

Justeru itu tidak dapat tidak, Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO kini berdepan dengan ujian getir untuk “mendamaikan” dua kumpulan yang bertelagah di dalam UMNO Terengganu.Daripada jawapan Muhyiddin kepada wartawan sudah menampakkan riak bahawa UMNO Pusat sudah bersedia untuk menggantikan Menteri Besar Terengganu tersebut dengan orang lain.

Muhyiddin dilaporkan berkata sewaktu ditanya oleh wartawan mengenai prestasi Ahmad Said setelah setahun berkuasa:“Beliau seorang MB. Dia telah melakukan apa yang patut beliau lakukan. Selain dari MB, terdapat isu-isu lain yang perlu diberikan perhatian.”

Namun ia tidak semestinya menerima perkenan dari Sultan Terengganu yang mengulangi episod pada bulan April 2008 dimana Idris Jusoh gagal dinobatkan sebagai Menteri Besar Terengganu.Najib dan Muhyiddin tentunya kepanasan lagi.http://greenboc.blogspot.com

Wednesday, April 8, 2009

TAHNIAH DATO SERI NAJIB-malaysiakini

Sudah biasa didengari dan sudah pun menjadi buah mulut satu dunia, bahawa Najib telah tercemar namanya di persada dunia dengan kes Altantuya. Bertambah teruk apabila hari ini beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau yang mempunyai reputasi yang buruk ini, telah pun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Adakah anda selaku rakyat Malaysia, tidak rasa malu dengan kenaikannya?

Bagi saya, saya rasa teramat malu kerana mendapat perdana menteri sepertinya. Saya tidaklah berniat melanggar arahan “jangan sebut Altantuya”, tetapi, saya meluahkan rasa janggal dengan kenaikannya tersebut. Masalah yang parah di sini ialah, apabila kes Perdana Menteri ini didengari seluruh dunia! Bukan hanya bualan di kedai kopi sahaja.

Satu ketika dahulu, ketika zaman Mahathir menjadi PM, saya pernah melancong ke United Kingdom, saya menaiki sebuah teksi. Pemandu teksi itu bertanya kepada saya, “kamu datang dari mana?”, Saya menjawab, saya adalah orang Malaysia. Pemandu teksi itu membalas, “Perdana Menteri awak bernama Mahathir kan?”, saya mengangguk mengiyakannya.

Pemandu teksi itu mengatakan bahawa Mahathir adalah seorang yang bagus, dikenali di seluruh dunia, dan dia mengaku bahawa dia menyukai cara pentadbiran Mahathir ketika itu. Saya hanya mendengar, tetapi, hati ini berkata sendirian, “kalaulah engkau tahu hakikat sebenar, sudah pasti engkau akan mengutuk Mahathir…”

Bagaimanapula hari ini? Saya khuatir sekiranya saya pergi melancong ke mana-mana negara, dan apabila ditanya soalan yang sama, bagaimanakah saya hendak menjawabnya? Bayangkanlah sekiranya pemandu teksi itu bertanya “Perdana Menteri awak ialah Najib bukan?, tolong jelaskan kepada saya tentang kesnya dengan Altantuya…”


Ya, saya yakin, muka ini akan tebal setebal-tebalnya. Saya juga yakin, tiada seekor habuk pun orang UMNO yang mampu menjelaskan perkara sebenar. Ini kerana apabila Gobind bertanya sendiri kepada Najib, beliau gagal menjelaskannya, lalu menyalahkan orang yang bertanya pula. Apatah lagi orang-orang UMNO? Mampukah mereka menjawabnya, sedangkan tuan punya badan sendiri tidak mampu menjawab?

Itulah realiti hari ini, saya tidak merasa bangga memiliki Perdana Menteri yang bernama Najib, kerana namanya telah tercemar. Sebelum ini, beliau sudah diperingatkan beberapa kali supaya membersihkan namanya, namun, sampai hari ini, beliau masih terkulat-kulat untuk mendiamkan manusia di seluruh dunia daripada menyebut nama Altantuya.


Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.