PEMERHATI / RAKAN2

Thursday, May 29, 2008

Mat Ezam bukan pengkhianat

Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo - ngok tidak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia.




Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu diceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l'homme par l'homme.
Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah pilihanraya umum ke-12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat.


Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong golongan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini.



Saya pungut hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al-Kantoli dari kitab al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas?


Kalau masih ada mereka yang tidak faham, maka mengikut kitab al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergolong kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.Bayangkan, tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka.



Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Topang pembawa rebahnya.Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation, Mat Dolah dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah.



Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah - inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.Di luar gerombolan ini, ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang disalak Mahafiraun.Tentang Mahafiraun ini, Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.



Saya cukup marah apabila menerima SMS yang cuba menghina Mat Ezam. SMS ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Dua perkara ini jauh bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi, tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali.



Mat Ezam ada kelas.Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisa politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya, konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah.



Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam.Saya juga difahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar, kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Saya difahamkan, Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari ketika Mahathir menangis dahulu.Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz.



Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui bahawa ketika Mat Ezam menyamar macam inspektor Jacques Clouseau dulu, dia telah melakukan satu yang amat tragik. Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam, tiga lagi kotak yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakaman Altantuya yang sedang membeli-belah dengan Dotty di Paris.Dari mulut Mat Ezam sendiri, saya telah diberitahu bahawa video ini telah dirakamkan oleh KGB.



Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris, wallah hu a'lam bisawwab - hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apakah hubungan Mat Ezam dengan KGB ini, saya sendiri pun tidak pasti. Tetapi menurut Mat Ezam, ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk disimpan dengan selamat.Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam? Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum diaudit? Pasti menggigil colinya nanti apabila Mat Ezam mula menyoal.



Jangan play play, ini Mat Ezam - dia bukan Kancil, dia Wira.Saya paling menyampah melihat sikap Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menjadikan Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai, ditinggalkan - tindakan ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah dipakai, kita kena bayar. AMK telah murtad terhadap ketua mereka.Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli AMK yang akan berduyun-duyun mengikut Mat Ezam. Tetapi keadaan ini tidak berlaku. AMK telah menghina Mat Ezam sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden mereka yang keluar dari gerombolan.



Mat Ezam terkontang-kanting dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat sidang akhbar. Kenapa Mat Ezam yang Wira (bukan Kancil) dilupakan. Apa punya turrr AMK ini!Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya, apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya si Lokman Adam yang bersama-sama di Kamunting dahulu.



Lokman selalu ke hulu ke hilir berceramah dan membuka cerita tentang strategi perjuangan PKR - inilah modal cari makan Lokman Adam.Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation, ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama? Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.


Kelentong ke hulu kelentong ke hilir

Mat Ezam mencegah rasuah

Hujah dahulu hujah lendir

Kini Mat Ezam dah pandai rasuah

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.