Kumpulan seramai kira-kira 120 orang diketuai oleh Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Andrian Lasimbang.

Mereka berkumpul di perkarangan Galeri Annexe di belakang Pasar Seni mulai jam 10 pagi - tempat berlangsungnya bengkel dan pameran perjuangan orang Asal SeMalaysia dari 9 hingga 13 September.
Mereka mula bergerak menuju ke Istana Negara pada jam kira-kira 10.15 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis, yang mendakwa mereka tidak memohon permit untuk berbuat demikian.
Andrian kemudiannya berunding dengan pihak polis meminta supaya mereka dibenarkan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Memorandum itu antara lain menuntut hak Orang Asal dan polisi pembangunan untuk menghormati Orang Asal di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.Tidak dibenar berarak.Andrian dan wakil Suaram, S. Arutchelvan, berunding dengan ASP Sydney Clyde Jeremiah bagi mendapatkan ruang untuk berkumpul dan membacakan memorandum tersebut kepada hadirin.
Bagaimanapun ASP Sydney mengarahkan kumpulan tersebut bersurai. Selepas kira-kira 15 minit, polis tetap tidak membenarkan mereka berarak ke Istana Negara.
Berikutan itu, kumpulan tersebut berpatah balik ke kawasan Galeri Annex di mana sidang media diadakan oleh Andrian, bekas presiden JOAS, Tijah Yok Chopil dan pengarah eksekutif Borneo Resource Institute, Mark Bujang.

Beliau mendakwa, pada mulanya, rancangan mereka dibenarkan tetapi semalam, pihaknya dimaklum oleh polis yang permohonan mereka ditolak.
Ekoran itu, tambah Nicholas lagi, pihaknya membuat rayuan dan pihak polis membenarkan semula perarakan itu selagi ia tidak bersangkutan dengan politik.
Nicholas percaya, pihak polis tidak membenarkan mereka berarak ke Istana Negara hari ini mungkin kerana perkembangan semasa, khususnya penahanan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di bawah ISA semalam.

Hantar memorandum
Berikutan itu, presiden JOAS, Andrian melahirkan rasa sedih kerana pihaknya tidak dibenarkan menghantar memorandum tersebut kepada pihak Istana Negara.
Menurutnya, beliau akan berbincang dengan rakan-rakan dalam kumpulan tersebut mengenai cara terbaik untuk menyerahkan memorandum tersebut Yang di-Pertuan Agong.
Bercakap kepada pemberita, Andrian menjelaskan tujuan utama pihaknya menghantar memorandum tersebut adalah untuk mendapat perhatian dan pembelaan daripada pihak kerajaan.
Memorandum itu juga antara lain bertujuan untuk meraih sokongan dan bantuan umum supaya Orang Asal di Malaysia tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.Beliau juga menuntut pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia agar menghormati adat istiadat dan cara hidup mereka di kampung-kampung.Perarakan itu. tambah Andrian, juga dirancang sebagai salah satu siri kempen untuk memberi kesedaran akar umbi tentang adanya satu deklarasi membela hak-hak Orang Asal .
Deklarasi tersebut dikenali Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap Hak Orang Asal (UN-DRIP).Mereka bersurai secara aman selepas sidang akhbar itu selesai dan tidak ada sebarang kejadian atau tangkapan dilaporkan.
No comments:
Post a Comment