PEMERHATI / RAKAN2

Wednesday, February 25, 2009

KAMBING HITAM-BIBIR MERAH-MALAYSIAKINI

25 Feb (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempertikai keenganan pihak berkuasa termasuk polis dan bahagian pendakwaan yang enggan menyiasat DSP Musa Safri sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, meskipun nama Musa Safri selaku pengiring kanan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak disebut-sebut berulang kali dalam pengakuan tertuduh, Koperal Sirul Azhar, namun hingga kini tiada siasatan dibuat ke atas beliau.

"Inilah hujah yang telah kita kemukakan dari awal bahawa kita tak tunding jari kepada TPM atau mana-mana individu cuma kita tuntut proses siatan yang perlu adil dan saksama."Dalam konteks ini tertuduh diminta beri keterangan bersumpah, dan tertuduah kata berulang kali penglibatan Musa Safri yang juga ADC kepada TPM."Tertuduh ada menyatakan di mana beliau bertemu dengan Musa beberapa kali dan tertuduh beberapa kali berunding dengan beliau(Musa) di pejabat TPM, kenapa Musa tak dipanggil beri keterangan?," soal Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Parlimen pada 24 Februari lalu semasa diminta mengulas isu pengakuan Sirul Azhar dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.Sekurang-kurangnya kata Azmin, untuk membuat pertuduhan kepada seseorang, sebelum itu proses siasatan perlu berjalan dahulu dengan semua individu yang terbabit disiasat.Apa yang menggemparkan tertuduh (Sirul) telah membuat keterangan di mahkamah bahawa beliau adalah 'kambing hitam' dalam kes ini, katanya.

Bagi Azmin, keterangan Sirul ini sesuatu yang amat serius dimana ada individu yang berpengaruh yang tiada dalam mahkamah dalam kes ini.Namun individu itu secara terang ada pengaruh di luar yang di kalangan pembesar yang terbabit,Malangnya walaupun pengakuan bersumpah ini dibuat di mahkamah, sehingga kini tiada sebarang usaha polis atau pendakwaan menyiasat hal ini, katanya."Ia boleh dikemukakan sebagai bukti baru, tetapi siasatan tak dibuat malah dipadamkan oleh media milik Umno/BN," tegasnya.

Beliau juga melihat pengakuan Sirul yang mengaku dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam kes tersebut menjelaskan lagi kewujudan 'Gembala Kambing'.Baginya, 'Gembala Kambing' itu adalah pembesar yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi dan menguasai pihak berkuasa.Sebelum ini, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamarul Hisham turut berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya. _

Saturday, February 14, 2009

BERITA PANAS-MENTERI BESAR PERAK

Kerajaan haram BN Perak pimpinan Dr.Zambry Abdul Kadir kini berada di hujung tanduk apabila beliau bersama enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lepas akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata, notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Zambry yang masih cuba memperlekehkan Sivakumar menyatakan bahawa Sivakumar perlu mengtahui apa yang dia perbuat. Sementara itu, V Sivakumar di atas kapisitinya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.
http://greenboc.blogspot.com/2009/02/ulasan-berita-hangat-14-februari-2009.html

Sunday, February 8, 2009

NIZAR MASIH MB PERAK

NIZAR MASIH MB PERAK: KU LI

February 7, 2009 ·

PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram. END/ANR
http://perakdaily.com/?p=621


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.