PEMERHATI / RAKAN2

Monday, September 14, 2015

Homestay Temerloh

Kelas tuisyen bahasa inggeris

untuk pelajar sekolah rendah,akan mula pada 4 okt 2015…

Tempat : Homestay Pak Lang 2
                 16 Taman Jaya 3
                  Temerloh
(Lorong ke 2 dari surau taman jaya 3- surau 2 tingkat)

Tenaga pengajar berpengalaman dan lulusan Uni Kington London

Yuran hanya rm50 sebulan - 4 kali sebulan setiap ahad

Hubungi : Pak Lang 0133333543 -Tel @ whatsapp

Peta lokasi google maps @  waze taip

Homestay pak lang 2

Sunday, November 16, 2014

Homestay di Temerloh - 013 3333543 - Pak Lang

Home stay yg damai dan selesa. Homestay Pak Lang Temerloh.Hubungi Pak Lang 013 3333543

Tuesday, February 5, 2013

Amalan soleh @solehnet

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku ;)

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..
Assalamualaikum.
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
😇 Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .

 Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala .

 Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

 Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .

📚 Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .

😎 Kongsi mesej ini kpd orang
ramai 👪. Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...
7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Ada 2 pilihan utk anda :

1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....

Saturday, December 15, 2012

Wednesday, September 19, 2012

Dua Tahun Dalam Reformasi : Satu catatan peribadi

DUA TAHUN DALAM REFORMASI:Suatu Catatan Peribadi

oleh Ahmad Nizam Hamid...http://lanailestari.blogspot.com/2009/01/dua-tahun-dalam-reformasisuatu-catatan.html?m=1

Hari itu,20hb.September 1998 terasa diri agak `tegang'.Semalamnya,seorang teman Sdr.Soleh mengajak ke Kuala Lumpur;"ada perhimpunan reformasi besar-besaran",kata beliau.Ajakan tersebut tidak dapat di penuhi kerana ada komitmen lain yang perlu di berikan keutamaan-kenduri kahwin di Kampung,Chenor.Sedari pagi 20.9.1998 hati dan jiwa serasa mengelegak-alangkah bagusnya jika aku dapat bersama Soleh dan rakan-rakan lain di Kuala Lumpur sekarang ini! Dua tiga hari sebelum itu beberapa orang teman lain telah menghubungi;"ayuh!kita gegar Dataran Merdeka Ahad ini".Mengingatkan ini hati kian berjolak.Kepada isteri di maklumkan hasrat untuk ke perhimpunan Reformasi tetapi malangnya komitmen yang ada membantutkan rancangan. Chenor hari itu turut sibuk kerana Presiden PAS,Ustaz Fadhil Nor bertandang ke surau Tuan Guru Haji Mohd Baqi,Pesuruhjaya PAS Pahang.Petang 20.9.1998 di simpang Chenor di penuhi deretan motorsikal dan kereta para Pemuda dan petugas PAS menunggu untuk mengiringi Presiden parti.Penulis turut sama berada bersama mereka-berbual sambil menunggu berita mutakhir lewat telefon bimbit.Soleh di hubungi untuk mendapatkan berita,juga beberapa teman yang lain."`Pak Syeikh' dah habis berucap.Datin Seri dah siap membaca peristiharan...dah balik semula ke Damansara",lapor Soleh.

Ramai tak org ?Seratus ribu...Queen Elizabeth pun ada",jawab Soleh sambil terdengar ketawanya yang istimewa itu. Hampir maghrib penulis beredar dari Simpang Chenor.Para Pemuda PAS masih setia menunggu.Kereta di pandu menghala ke Bandar Baru Chenor dan di hadapan Balai Polis Chenor,sekatan jalanraya diadakan sedangkan di dalam kawasan Balai luarbiasa sibuknya.Kehadiran ramai anggota Polis dan sekatan jalanraya hari itu sesuatu yang amat luarbiasa bagi pekan Chenor yang damai.Tidak pernah terjadi lagi seingat penulis.Lama setelah itu barulah penulis mendapat tahu jawabannya iaitu ada arahan khas di keluarkan takut-takut Anwar Ibrahim muncul di Chenor dalam rangka `road show' beliau dan kemunculan Polis serta sekatan pada hari tersebut untuk menghalang Anwar dari hadir kesana kononnya.Mengikut maklumat Penulis terima Polis mempunyai anggapan begitu kerana Harakah edisi Jumaat memuatkan berita kenyataan Ustaz Fadhil Nor yang PAS memaafkan Anwar serta sanggup `menerima' beliau. Malamnya penulis bersiap sedia untuk turun ke surau Tuan Guru bagi mendengar ceramah Ustaz Fadhil Nor.

Selepas solat maghrib sambil menonton Buletin Utama (pada masa itu belum di boikot lagi),penulis dan abang `berdebat' yang kadangkalanya hangat mengenai insiden pemecatan Anwar.Kami adikberadik masing-masing dengan hujjahnya diselangseli ketawa.Dan kira-kira jam 9.00 atau 10.00 malam telefon rumah berdering. "Pak Syeikh dah kena tangkap!",suara Soleh kedengaran tersangkak di hujung talian.Terasa derauan darah berlari menuju ke muka dan degupan jantung kencang tiba-tiba.

Penulis hampir terjelepuk keatas sofa."UTK serbu rumah dengan machinegun",lapor Soleh lagi.Saya beristighfar panjang dan bertanya apa perlu Polis menyerbu rumah Anwar sedangkan peguam beliau Raja Aziz Addruce telah membuat kenyataan bahawatelah membuat kenyataan bahawa Anwar akan di serahkan kepada Polis sekiranya mereka bercadang untuk menahan beliau.Apa perlu tindakan `barbaric' ini,tanya saya.Dan tentunya Soleh tidak punya jawaban. Setelah memaklumkan berita kepada seisi rumah,telefon didail,kali ini telefon bimbit Dr.Rahim Ghouse dan beliau mengesahkan berita penangkapan Anwar.Beberapa teman lain termasuk teman-teman pimpinan PMUM sewaktu di kampus turut di hubungi dan mereka turut
mengesah penangkapan Anwar secara `biadap`itu. Penulis mengambil keputusan untuk memberitahu Ustaz Fadhil Nor yang berceramah di Surau Tok Guru.Penulis dan abang bergegas dengan kereta ke Surau.Mesej penangkapan Anwar perlu di sampaikan.Dan mesej bertulis tangan diatas kertas putih di hulurkan kepada Ustaz S,(sahabat penulis mantan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pahang) yang duduk diatas pentas untuk di panjangkan kepada Ustaz Fadhil.Dan malam itu juga,Ustaz Fadhil memaklumkan kepada khalayak yang hadir-ribuan manusia yang ada pada malam tersebut-berita penangkapan Anwar Ibrahim dan beliau dengan wibawa seorang pemimpin Gerakan Islam serta karisma pemimpin marhaen menuntut supaya Saudara Anwar Ibrahim di bebaskan! Begitulah!Malam 20.9.1998 menjadi suatu tanda sejarah tersendiri bagi penulis serta penulis percaya jutaan jiwa manusia yang lain.Malam tersebut terasa amat panjang kerana keputusan telah diambil,esok Isnin 21.9.1998,walau apa pun terjadi, akan berangkat ke Kuala Lumpur.Dan isteri penulis dengan sifat seorang isteri yang solehah dan tentunya dengan penuh rasa kecintaan kepada suami melahirkan rasa bimbangnya

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.