PEMERHATI / RAKAN2

Monday, June 30, 2008

PENAFIAN DS NAJIB TUN RAZAK-KES LIWAT

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG
29th Jun 2008



Penubuhan Unit Ehsan




- Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mengumumkan penubuhan Unit Ehsan AMK Pulau Pinang. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk membantu menjalankan tugas amal dan kebajikan di Negeri Pulau Pinang. Setiap bahagian Angkatan Muda di negeri Pulau Pinang akan mewujudkan Unit ini.




- Penubuhan Unit ini dipelopori oleh Ahli Angkatan Muda sendiri. Unit ini juga akan memainkan peranan menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kekal maju dan berkepedulian terhadap kebajikan rakyat.






Tuduhan Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim



- Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang memandang serius tuduhan palsu liwat siri-2 yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang yakin tuduhan ini sengaja diadakan bertujuan menghalang beliau dari mendedahkan maklumat terbaru yang mengaitkan Ketua Polis Negara- Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara -Ghani Patail dengan konspirasi menjatuhkan beliau pada tahun 1998.





- Kami percaya ini juga merupakan langkah terdesak regim BN untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan rakyat Malaysia kerana takut akan kuasa rakyat yang semakin berani menyanggah kezaliman, menolak kerajaan serta pimpinan yang korup dan nyata mahukan perubahan setelah pilihanraya umum – 12 yang lepas.
- Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang mendesak agar tindakan segera diambil terhadap kenyataan bersumpah Y.M Raja Petra yang mengaitkan Orang No 2 Negara dengan pembunuhan Altantunya. Tuduhan yang disertakan dengan kenyataan bersumpah adalah serius dan wajar diambil tindakan segera.





- Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dengan ini menyatakan sokongan teguh dan menolak sepenuhnya tuduhan liwat siri 2 yang nyata mempunyai niat jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami meminta agar penyokong dan pendokong parti bersabar serta jangan melatah dengan perkembangan ini. Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang telah mengerakkan ahlinya ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan terhadap Bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.







Ahmad Azrizal Tahir





Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan





Negeri Pulau Pinang.

Sunday, June 29, 2008

Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar ? Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) ? Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

?Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni,? katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.

Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.

Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

LAGI

ANWAR IBRAHIM PRESS STATEMENT 29/9/2008

CUBAAN TERBARU-FITNAH SODOMI TERHADAP ANWAR

Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyanggah fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sebagai tindakan terdesak dan bertujuan mencemar maruah pemimpin reformasi itu.

“Tuduhan ini jelas satu cubaan jahat dari pihak-pihak yang terdesak mahu menjatuhkan Ketua Umum Anwar Ibrahim, ketika Pakatan Rakyat semakin hampir membentuk kerajaan rakyat,” tegas Tian Chua.

Sekitar jam 5 petang tadi, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Brickfields terhadap Anwar Ibrahim. Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan, pengadu menuduh Anwar Ibrahim meliwat setiausaha peribadinya.

Ini adalah kali kedua tuduhan sedemikian dibuat. Pada tahun 1998, tuduhan yang sama dilempar terhadap Anwar Ibrahim sebagai asas kepada pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

LAGI....

Tuesday, June 24, 2008

LAGI GAMBAR YG DIJANJIKAN


sebahagian yang hadir mesyuarat
wakil dari pondok permatang badak

Monday, June 23, 2008

AHLI SRS-KRT DIPUKUL MAT REMPIT-KUANTAN

motosikal rosak teruk


ahli2 krt-srs selepas selesai mesyuarat tergempar

SEKUMPULAN MAT REMPIT TELAH MEMUKUL SEORANG AHLI SKIM RONDAAN SUKARELA DI SG ISAP DAMAI KUANTAN.INI MENGAKIBATKAN AHLI TERSEBUT BENGKAK DAN LEBAM DIMUKA.MANAKALA MOTOSIKAL BELIAU TELAH DIROSAKAN DAN DIHUMBAN KE DALAM LONGKANG.SEHINGGA BERITA INI DITULIS,BEBERAPA ORANG DARI MAT REMPIT TERSEBUT TELAH DITAHAN OLEH POLIS UNTUK SOAL SIASAT.


NAMPAKNYA KEADAAN SOSIAL KITA DI MALAYSIA SEMAKIN PARAH.PERLU ADA PERUBAHAN DILAKUKAN.INILAH AKIBAT TERLALU BANYAK HIBURAN DAN AJARAN AGAMA DILUPAKAN.

Friday, June 20, 2008

BN SEMAKIN GOYANG

LETUPAN PERTAMA TELAH BERLAKU.TUNGGU YANG SETERUSNYA.SUDAH BERSEDIAKAH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENERIMA KERAJAAN BARU!!!!
KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT

HARGA MINYAK MUNGKIN TURUN-JULAI

KALAU SEMAKIN KUAT TEKANAN YANG DITERIMA OLEH PAK LAH,MUNGKIN HARGA MINYAK AKAN DITURUNKAN.SEAWAL JULAI.ALASAN MUDAH IALAH,IA SENGAJA DI NAIKKAN TINGGI.SETELAH MENDAPAT TEKANAN HARGA MINYAK AKAN DITURUNKAN.INI UNTUK MENUNJUKKAN PRIHATIN PAK LAH PADA MASALAH RAKYAT.KONONNYA.

Himpunan 1 juta rakyat bertempat di Padang Timur PJ, 6 Julai

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.

Thursday, June 19, 2008

3 HARI DI PULAU PINANG

3 HARI DI P.PINANG.MAKANAN BOLEH DIKATAKAN MASIH MURAH,TAPI JALAN2 DIBANDAR SEMPIT-(BERBANDING KUANTAN) BEBERAPA PENDUDUK MELAHIRKAN RASA PUAS HATI DENGAN KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT.


Saturday, June 14, 2008

SURVEY PENDAPAT TENTANG FIREFLY

Share your travel experience with other Firefly travelers. Simply email us your experience,HERE

Tuesday, June 10, 2008

Majlis Makan Malam Harapan Baru Selangor 2008


Majlis Makan Malam Harapan Baru Selangor 2008 yang akan diadakan di Grand Lagoon Ballroom Sunway Hotel & SpaKami menganggarkan 130-200 meja terjual, dengan konsep :
1 Meja VVIP @ RM50,000 - Dato' Seri Anwar Ibrahim & Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim - SOLD - Terbuka untuk Bidaan (setakat ini 55K)
10 Meja @ RM7,000 EMERALD - Exco Negeri Selangor - 50% SOLD
40 Meja @RM5,000 RUBY - Pembantu Exco, ADUN & Ahli Parlimen - 30% SOLD
80 Meja @RM2,500 JADE - Terbuka -10% SOLD

Semua borang Asal Surat Tawaran & Persetujuan boleh didapati melalui Bahagian Jualan & Promosi di Pejabat Perhubungan Negeri Selangor, seksyen 9, Shah Alam. dan mesti dikembalikan sebelum 19hb atau paling lewat 26hb. Semua Tempahan Meja berdasarkan 'SIAPA CEPAT DIA DAPAT' Semua Cek bayaran mesti diatas nama "PARTI KEADILAN RAKYAT SELANGOR'HELPDESK CENTRE AKAN MULA BEROPERASI MULAI 5 JUN 2008, HOTLINE 55117781 @ --

Arijan OsmanTimb SU III Perhubungan Negeri SelangorSU Bahagian Kuala Selangor012-2380535 013-3895288

keadilanselangor.wordpress.com

Wednesday, June 4, 2008

HORRAY MINYAK NAIK-TERIMA KASIH PAK LAH




DARI LAMAN MARHEAN

BACA - BACA - BACA



PENJIMATAN SUBSIDI BAHAN PETROLEUM & GAS
YANG JANGKA MENCECAH RM56 BILLION SETAHUN
ELOKLAH DIGUNAKAN UNTUK 'MENEBUS SEMULA'
LEBUH RAYA BERTOL YANG TERGADAI DAN MEMBELI SEMUA IPP.
JADIKAN LEBUH RAYA DI MALAYSIA 'BEBAS TOL' DAN BERLAMPU SEPENUHNYA!
RAKYAT TIDAK PERLUKAN MONSOON CUP KEDUA ataupun MASJID PERMATA BERLIAN!
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT CEPAT-CEPAT AMBIL ALIH
SEBELUM DUIT SEBANYAK ITU DIROMPAK & DILARIKAN.
(IPP - Independent Power Producers yang turut menjadi lintah darat)



Sehingga Disember 2004, sektor swasta melabur RM32,000 juta (RM32 Billion) bagi membina 25 lebuhraya dan sebanyak RM10,400 juta lagi dijangka dibelanjakan dalam tempoh 2005 – 2007. (Lebuhraya PLUS sepanjang 848km dibina dengan kos RM6,481.8 juta). SETAHUN penjimatan subsidi bahan petroleum dan gas, sudah boleh bayar dan senggara kesemua lebuh raya di Malaysia.

TAHNIAH KEPADA PENGUNDI/PENYOKONG BN-Harga petrol naik 78 sen

Harga petrol naik 78 sen

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.

Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.
P/S TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENYOKONG BN,ANDA MEMBUAT SATU KEPUTUSAN YANG BIJAK KERANA TERUS MENGUNDI BN/UMNO
APA ANWAR KATA?
rujuk:

Monday, June 2, 2008

Ezam Sesat Jalan !!!

Salam Kamunting,


Kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Seusai saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli di kem neraka ciptaan UMNO itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.


Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hisyamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam islamis macam budak ‘usrah’. Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu, saya mengambil masa beberapa minit di luar kem untuk mengingati bahawa lelaki itu adalah YB Tuan Haji Saari Sungib, tokoh hebat yang hentian akhir perjalanan dakwahnya adalah sebagai aktivis PAS yang cukup unik dan multazim.


Saya bayangkan itu adalah kemuncak ‘pencarian’ beliau dan saya meyakini pilihannya itu adalah tepat dan berpetunjuk. Saya suka untuk bersama - sama menumpang orang - orang hebat sepertinya.

Adapun saudara Ezam, perjalanannya tampak belum berhenti. Dari sirah dan umur perjuangannya sekitar 10 tahun ini, beliau telah memilih untuk balik asal. Kini beliau kembali kepada UMNO.


Samada Tuan Haji Saari Sungib tak sempat khatamkan untuknya siri buku ‘Risalah Usrah’nya itu di kem neraka tersebut, ataupun memang saudara Ezam tak dapat mengukur ketinggian nilai persahabatannya dengan abangnya itu, kedua - duanya bagi saya adalah betul belaka.


Saya tak kenal Ezam. Saya mengenali dan mengaguminya daripada jauh. Kiranya, saya kurang layak untuk menulis mengenainya hari ini. Saya pendekkan, moga saya tidak tersasar pula selepas dia yang telah pun tersasar.


Yang terakhir saya diberitakan pasal Ezam adalah selepas pilihan raya umum ke 12 baru - baru ini. Saya rasa ia tepat dengan tindakan Ezam hari ini. Dulu, Ezam melakukan sesuatu yang terpuji pada anggapan pencinta keadilan dan pembenci kezaliman. Hari ini, ketika beliau sudah diangap berpaling tadah, saya masih mengharapkan tiada apa yang runtuh daripada amal baiknya dulu.


Tetapi itu hanya Allah yang maha tahu. Maka saya menyendiri dan kaku sekali untuk menempelak dan mencercnya. Moga rahmat Allah terus mengekori pergerakan Ezam dalam UMNO. Dia budak baik, bagi saya.


Ezam, walaupun memberitahu bahawa sebab beliau kembali kepada UMNO adalah kerana inisiatif ‘islah’ Pak Lah membaiki negara yang nampak betul -betul dan tak berlakon lagi, tetapi saya fikir itu bukanlah sebab utamanya. Ya, ia sebab tapi ia bukan sebab utama.


Saya gagal membayangkan betapa orang yang bersungguh - sungguh menggerakkan GERAK memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara itu begitu mudah menerima pembaikian dan reformasi yang Pak Lah lakukan selepas pilihan raya baru - baru ini. Ia hanyalah pengumuman pembentukan yang belum pun dilihat hasil dan sudahnya. Ezam sudah masak untuk cukup memahami apa itu janji - janji UMNO.


Bagaimana dibayangkan keberanian Ezam merempuh segala caci maki, kata nista, celaan dan cercaan pemuji dan pemujanya dahulu yang menghujaninya sepanjang penyeberangannya kembali kepada UMNO itu adalah semata - mata kerana kata janji Pak Lah yang tak terbukti pun lagi itu? Sukar saya membayangkan logik tindakan Ezam itu.


Kerana itu saya hanya merasa tenang dengan sebab yang lain daripada apa yang Ezam isytiharkan.

Beberapa ketika selepas pilihan raya, Ezam diberitakan membayangkan betapa Malaysia tidak mungkin sama sekali berPMkan Dato Seri Anuar Ibrahim. Itu kerana senario politik selepas pilihan raya baru - baru ini seperti membenarkan telahan yang sukar itu mungkin bakal menjadi kenyataan. Ezam tidak dapat menerima hakikat ini.


Adalah jelas Ezam telah bertindak keluar daripada parti Keadilan atas sebab tidak berpuas hati dan tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato Seri Anuar Ibrahim. Dan kepada orang - orang tertentu, Ezam seperti ‘membongkar’ apa yang baginya dia tahu dan orang lain tak tahu mengenai Anuar. Kenyataan umum Ezam, Dato Seri adalah hipokrit.


Justeru beliau tidak segan untuk menyatakan betapa beliau menyesal tak sudah - sudah berjuang mempertahankan ‘hak’ bekas pemimpin idolanya itu. Ia tak tertebus sehinggalah beliau kena kembali berpatah arang menentang idolanya itu.


Ezam masuk UMNO kerana mahu menghalang Dato Seri Anuar Ibrahim kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.


Inilah sebab utama. Justeru Pak Lah yang leceh sangat janjinya itu menjadi lebih baik di sisi Ezam berbanding Dato Seri Anuar Ibrahim.


Ini ketenangan yang saya rasai, mengapa Ezam melakukan apa yang disifatkan sebagai ’terjunan maut’ terhadap karier politiknya oleh kebanyakan pengamat politik hari ini. Tidakkah UMNO hari ini bagai bumi dilanda gempa? Siapa masuk, maut menanti. Kerana itu, Tun Mahathir yang selalu cerdik itu keluar dari bumi UMNO dengan lompatan bergalah.


Betulkah Ezam, saya tinggalkan perbahasan untuk andalah. Tak salah anda membahaskan.


Berjayakah Ezam, kita nantilah. Tak salah kita menanti.


Bagaimana jika menang dan bagaimana jika kalah, anda ulaslah sendiri. Tak salah saya malas nak ulas.


Biarlah apa pandangan anda, saya tetap kata Ezam budak bagus dan budak baik. Budak baik tak semestinya betul tindakannya selalu, apatah kalau baik jenis betul bendul. Tapi Ezam bukan jenis ini. Jenis betul bendul tak mungkin diberi kepercayaan memimpin, apatah dalam dunia politik yang penuh mangsa dan pemangsa. Ezam adalah pemimpin yang ada karisma. Dulu.


Saya tinggalkan anda di sini. Cuma, pakailah yang terakhir ini.


Berjuanglah untuk Islam. Anda akan beroleh petunjuk yang betul. Berjuanglah untuk akhirat. Anda akan diberi kehidupan yang benar dan abadi. Berjuanglah di belakang RasuluLlah, anda akan menikmati perjuangan anda selama - lamanya.


Ezam telah berjuang habis - habisan untuk Dato Seri Anuar Ibrahim. Dia cuba menikmati perjuangannya itu. Dia gagal. Dato Seri tak pun membela dan menyayanginya. Lama dia merana. Hari ini, Ezam cuba keluar daripada dukanya.


Semua tahu dia keluar dengan memilih jalan salah. Samada DSAI itu betul atau salah, Ezam telah pun salah. Beliau tersadung lagi
.



Mengapa?


Allah berfirman, “ Dan orang - orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan - jalan Kami.”


Banyak - banyak jalan tuhan, UMNO ‘confirm’ jalan thaghut.


Bila Ezam pilih UMNO, Ezam budak baik yang tersesat lagi. Ezam kena patah balik. Seribu kali patah balik ke jalan Allah lebih baik daripada istiqamah terus di jalan UMNO. Semoga Allah mengekori Ezam dengan rahmatNya yang luas. Semoga PAS sentiasa memimpin kepada politik Islam yang bersih dan tulus.


http://nikabduh.wordpress.com/

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.