PEMERHATI / RAKAN2

Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

USD 1,000,000,000,000.00 [ Baca USD 1 trillion ]

Pelabur perlu yakin dengan kita , sikap kita , peribadi kita , politik kita , Negara kita , jumlah bukan soalnya , tetapi itu lah hakikatnya
Oleh ulitmayang
"
 “…….Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki. …..” – YB DSAI

Ulasan- Begitu lah kehebatan yang ada pada Anwar , yang sangat dicemburui oleh semua pimpinan umno dulu dan kini , samada mahathir , pak lah dan lain – lain Kepercayaan orang banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan kita.

Angka di atas , kalau ditukar ke duit Malaysia , jumlahnya jadi RM 3, 450,000,000,000.00 , dengan andaian USD 1 = RM 3.45


Nota
Kalau macam tu banyak , barangkali mahahir pun tak jadi lari kot

Cerita selanjutnya

Oleh itu Abdullah dan BN tidak boleh menuduh Anwar mensabotaj ekonomi negara. Jika mereka gagal menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai karisma untuk menarik pelabur asing, itu bukan salah Anwar.

Anwar sering dituduh proksi Amerika dan Barat. Kesempatan sebagai 'proksi' Barat ini boleh diambil Anwar untuk menarik pelabur dari blok Barat.

Tetapi jangan lupa, Anwar juga 'agen' negara-negara Arab! Sebahagian besar rakan-rakan beliau adalah PM dan Menteri yang menjaga ekonomi di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE, Bahrin dan sebagainya.

Sudah tentu hubungan persahabatan dan kepercayaan negara Arab yang sering menjemput Anwar sebagai penasihat ekonomi mereka, merupakan kesempatan terbaik Anwar untuk menarik pelabur-pelabur asing daripada negara Arab.

Manakala di blok Timur pula, Anwar sering diundang untuk berucap dalam forum-forum ekonomi anjuran negara China, sama ada di Shanghai atau Hong Kong, malah di Singapura juga.

Selain bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak ramai rakyat Malaysia, berketurunan Melayu yang mendapat kepercayaan kuasa besar ekonomi China.

Setakat ini Abdullah dan Najib, belum termasuk dalam senarai pemidato ekonomi.
Justeru kesimpulan daripada dakwaan sebagai proksi Barat, hubungan erat dengan negara Arab, serta keyakinan kuasa ekonomi China terhadap Anwar, ianya akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, jika beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia memerintah negara dengan jaminan keselamatan negara, perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan keadilan sosial.
Mari kita membantu menyegerakan!_

Wednesday, September 17, 2008

Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?-malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi serta keselamatan (negara)".

Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.Dan apabila ditanya apakah tindakan yang akan diambil terhadap Anwar, perdana menteri enggan menyatakannya, sambil berkata: "Saya tidak akan nyatakan apa rancangan yang saya ada."

Sekiranya Anwar ditahan di bawah ISA, ia bakal memberi kesan yang besar tetapi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Anwar sendiri percaya beliau mungkin ditahan.

Usaha ambil alih kuasa
.Sejak pilihanraya kecil 8 Mac lalu, Anwar telah menjadi duri terhadap Barisan Nasional dengan rancangannya untuk mengambilalih kuasa.

Anwar yang sudah dua kali ditahan di bawah ISA, mendakwa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen dari BN yang cukup menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah.Anwar gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa semalam (16 September) - tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa perdana menteri tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu.

Abdullah, bagaimanapun, menolak mengadakan pertemuan dengan Anwar dan menyifatkan dakwaannya untuk mengambil alih kuasa itu sebagai satu pembohongan.Anwar, yang kini berdepan dengan tuduhan liwat, pertamakali ditahan di bawah ISA pada 1974 berhubung protes pelajar dan ditahan selama 20 bulan.Lebih dua dekad kemudiannya, beliau sekali ditahan di bawah ISA seepas melancarkan siri protes terhadap pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998. Berita asal

Thursday, August 28, 2008

3 MENTERI YANG HADIR DI UPACARA SUMPAH-malaysiakini

Menteri yang hadir hanya
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Dato' Mustapha Mohamed
bersama-sama dua

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,
Datuk Zaid Ibrahim.SYAHMIN
YANG LAIN MUNGKIN MASIH BERCUTI SEBAB LETIH BERKEMPEN ATAU TUGAS-TUGAS LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

DISINI KITA BOLEH NAMPAK ,KEHADIRAN MENTERI KE PARLIMEN AMAT TERUK.APA LAGI BOLEH DI HARAPKAN PADA MEREKA.

video anwar di parlimen

ANWAR DAH BERSUMPAH,SIAPA LAGI YANG TAK PUAS HATI?


DS ANWAR IBRAHIM DAH SIAP BERSUMPAH PADA 10.05 PAGI TADI.


Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun.

"Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.


HANYA ADA 3 MENTERI PADA MASA ANGKAT SUMPAH TERSEBUT.SALAH SORANG Datuk Seri Nazri Abdul Aziz YANG MENGUCAPKAN TAHNIAH BAGI PIHAK KERAJAAN.

MANA MENTERI LAIN PERGI?

BACA KOMEN2 RAKYAT MALAYSIA
DISINI
eSOK aHLI PARLIMEN UMNO,KENA PAKAI TOPENG....

Wednesday, August 27, 2008

ANWAR TERPAKSA /wajib BERSUMPAH ESOK

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.

Beliau mengesahkan telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.

Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.
Mantan menteri kewangan itu, akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.
Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi.Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Lebih ramai pelawat termasuk bukan penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.

Tuesday, August 26, 2008

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan kita merdeka dari penjajahan yang sudah sekian lama menzalimi serta menindas. Beberapa hari lagi maka genap 51 tahun kita merdeka, 51 tahun sudah negara tercinta ini bebas dari penjajahan yang menindas. Namun kita melihat selepas 51 tahun keadaan menjadi lebih buruk. Pengangguran bertambah berkali-kali ganda, inflasi berada di paras tertinggi dalam sejarah yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak, manakala kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah bagi mengurangkan beban rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah tempang dan gagal memenuhi hasrat rakyat yang inginkan perubahan demi kehidupan yang lebih baik, makmur, harmoni dan adil. Akan tetapi kita kesal demi menggelincirkan proses perubahan, Barisan Nasional sanggup untuk menggunakan politik fitnah dan adu domba.

Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Mari kita kuatkan iltizam serta perkukuh tekad perjuangan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO.

Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan anbiya lainnya seharusnya dijadikan iktibar. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina Syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di Mahkamah Syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!

26 Ogos 2008, undilah saya demi untuk keluar dari kesengsaraan hidup, rasuah dan kerencatan ekonomi. Bersempena bulan Merdeka ini marilah kita bersama-sama di Permatang Pauh ini mendakap semangat merdeka yang sebenarnya. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap. Marilah kita Memerdekakan Rakyat! Demi Memerdekakan Negara!

Thursday, August 21, 2008

Anwar ancam saman Hamzah RM10 juta

Gara-gara mendakwa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah "mengacau" dan "ingin ambil kesempatan" terhadap isterinya, seorang timbalan menteri bakal berdepan tindakan saman fitnah dengan jumlah RM10 juta. Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dilaporkan berkata pemilih di kawasan parlimen Permatang Pauh tidak wajar mengundi Anwar dalam pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Menurut peguam Anwar, kenyataan Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh kelmarin.

Dalam suratnya semalam, peguam tokoh PKR itu Sankara Nair menuntut Hamzah menarik balik kenyataannya itu dalam tempoh 48 jam atau akan dikenakan tindakan saman.Menurut surat itu lagi, keratan berita yang dipertikaikan Anwar itu berbunyi (selepas terjemahan): "Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Hamzah Zainuddin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengacau isterinya pada 1998.

"Anwar ingin mengambil kesempatan terhadap isteri rakannya walaupun mereka berdua masih kenalan rapat. Oleh itu beliau fikir pengundi-pengundi tidak wajar mengundi calon Pakatan Rakyat yang diketuai oleh tokoh berkenaan."

Surat tuntutan itu menyebut, kenyataan timbalan menteri itu membawa maksud secara langsung atau tidak langsung memberi gambaran bahawa Anwar pernah terlibat dengan kegiatan seks haram atau mempunyai tabiat suka berbuat demikian, seorang lelaki yang berakhlak rendah, lelaki yang tidak mempunyai nilai-nilai Islam, dan mempunyai perwatakan buruk.

Anwar beranggapan, kenyataan Hamzah itu sebagai sangat cuai, tidak bertanggungjawab, dengan sengaja dan berniat jahat merendah-rendahkannya di mata orang ramai sehingga boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan mereka.

Bekas timbalan perdana menteri juga, menurut surat peguam itu lagi, berkata kenyataan Hamzah berniat jahat, satu bentuk penyelewengan fakta yang menunjukkan akhlaknya buruk demi merosakkan imejnya dan mencari publisiti murahan.Selain menuntut penarikan kembali kenyataan itu, Hazmah juga dikehendaki memohon maaf mengikut kata-kata peguam berkenaan di akhbar-akhbar pilihan Anwar dan tidak lagi mengulangi kenyataan seumpama itu.

Menurut satu kenyataan PKR hari ini, surat tuntutan Anwar itu telah dikirim melalui faksimili kepada pejabat rasmi Hamzah di Putrjaya jam 5.30 petang semalam.

Monday, August 11, 2008

'Malaysia baru' Anwar pukau pengundi-

Kebangkitan kembali Anwar Ibrahim dalam arena politik negara adalah satu kejutan di luar jangkaan. Ramai penganalisis politik pada awalnya berpendapat karier politik beliau telah tamat sewaktu terpenjara.
Maka, wajar beliau dibebaskan untuk menerima rawatan kesihatan bagi sakit tulang belakang atas sifat perikemanusiaan.

Lebih-lebih lagi apabila parti serpihan Umno, PKR hanya mempunyai kekuatan satu kerusi parlimen yang disandang oleh isterinya melalui pilihanraya umum 2004.
Namun semua persepsi akan matinya karier politik Anwar berjaya dipadamkan dalam sekelip mata melalui agenda "Harapan Baru Untuk Malaysia" dalam pilihanraya ke-12.

Sekiranya dianalisis, PKR telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan sejak pilihanraya negeri Sarawak pada 2006 lagi.
Keupayaan parti ini untuk memenangi kerusi DUN Sarawak, dan hampir kesemua kerusi yang disandang oleh BN telah berjaya dikurangkan undi majoritinya, sesuatu yang di luar jangkaan.

Bagaimanapun penganalisis di Semenanjung gagal menginterpretasikan mesej yang cuba dihantar oleh pengundi dari Sarawak.
LAGI

Thursday, August 7, 2008

Liwat: Doktor Pusrawi pertahan laporan-malaysiakini

Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Mohamed Osman yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.
LAGI

Anwar pleads not guilty, freed on bond-MALAYSIAKINI

updated 3.50pm After his plea to the charge of sodomy was recorded, he walked out of court after being released on a personal bond of RM20,000.

Anwar mengaku tidak bersalah
kemaskini 6:31pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.
Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim menambah, Anwar tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana mahkamah yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.
Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Anwar dihadapkan ke mahkamah susulan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful pada 28 Jun.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808Menurut kertas pertuduhan terhadapnya (lihat carta), Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Beliau keluar dari mahkamah jam 11.10 pagi dengan disambut kira-kira 500 penyokongnya yang berada di beberapa tempat, termasuk di perkarangan kompleks mahkamah dan di luar pintu utama.

Anwar tiba di kompleks mahkamah itu pada jam 9.38 pagi tadi untuk menghadapi tuduhan liwat.

Sementara itu, seorang peguam bela Anwar, Sankara Nair berkata anak guamnya gembira dengan keputusan mahkamah membenarkan jaminan peribadi.

"Ini adalah kuasa mahkamah. Kali ini mahkamah mengambil keputusan yang kuat dan adil. Keputusan jaminan hari ini adil," katanya.
Peluang anak guamnya "bagus" jika sistem kehakiman berjalan adil, tambahnya.
Berdasarkan pertuduhan yang dibuat, Anwar mempunyai alibi kukuh, katanya.

"Kita ada alibi. (Perkara) ini telah diberitahu kepada polis apabila kenyataannya (Anwar) dirakam pada 16 Julai di balai (ibu pejabat polis Kuala Lumpur).
"Jadi, kami tidak faham kenapa dakwaan terhadap Anwar dibuat," kata Sankara.
Menurut peguam lagi, pada tanggal dan masa Anwar dituduh melakukan kesalah itu, anak guamnya berada di kondominium berkenaan bersama lebih kurang lima orang lagi.

"Beliau ada di tempat itu (Desa Damansara Condominium), tetapi ramai orang di sekelilingnya disebabkan mereka ada pertemuan.

"Beliau telah memberikan nama orang-orang itu dan polis telah merakamkannya," kata Sankara.
Ditanya kemungkinan Anwar menghadapi dakwaan lain, peguam itu berkata: "Kalau ada dakwaan, biasanya (dibuat) bersama."
Setakat ini, Anwar diwakili sembilan orang peguam, diketuai Sulaiman Abdullah.

Selain Sankara, peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.
Kumpulan peguam ini mungkin bertambah, kata Sankara.
Turut hadir di mahkamah pagi ini, peguam-peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan-badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

Sunday, August 3, 2008

Kemasukan Penyokong Barisan Nasional ke dalam PKR

Pagi tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Klang Executive Club bagi menjayakan Program Kemasukan 2097 penyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ( bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mengingatkan penyokong PKR agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi perancangan licik serta muslihat kotor dari aparatus Barisan Nasional. Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kita penyokong Keadilan jangan mengambil ringan bahaya serta muslihat rasuah yang akan digunakan. Pengalaman di pilihanraya kecil Ijok harus sentiasa dijadikan iktibar.

Amaran juga ditujukan kepada UMNO agar berhati-hati dengan metod berkempen mereka kerana perhatian dunia serta tempatan sekarang tertumpu kepada pilihanraya kecil yang bakal diadakan ini.

anwaribrahimblog

Monday, July 28, 2008

ALIBI DSAI : yang ditunggu sudah hampir tiba

Untuk seketika DSAI membiarkan rakyat tertanya tanya di mana beliau berada pada 26hb Jun.Kita semua maklum DSAI pulang dari umrah pada 24hb Jun dan pada 25hb Jun sebelah malamnya,

beliau menghadiri mesyuarat PKR Selangor yang sedang bergolak ketika itu.Tetapi pada 26hb Jun sehari suntuk,jadual DSAI dikosongkan.Tetapi kini DSAI mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada alibi setiap minit pada hari tersebut seperti dilapurkan oleh BBC .Petikan lapuran adalah seperti dibawah :

BBC News
Malaysia’s opposition leader has told the BBC that he has an alibi for “every minute” of the day when he is accused of sodomy with a former male aide.




Apakah jangkaan sesetengah rakyat betul?apakah memang si sayfool masuk perangkap DSAI.Sama samalah kita tunggu kisah selanjutnya.Apakah sayfool memang terdesak kerana kepadatan jadual harian DSAI? Dan seolah disengajakan 26hb itu dibiarkan kosong maka si sayfool pun percaya bahawa pada hari itu DSAI tidak punya atur cara lalu dia mengambil keputusan meletakkan tarikh tersebut sebagai hari dia diliwat DSAI.

Lebih mendesak lagi kerana sayfool juga tahu bahawa DSAI akan mengumumkan keputasan beliau akan bertanding pilihanraya dan kemasukan 4 wakil BN termasuk 2 dari UMNO ke dalam PKR.
Apatah lagi syafool juga dilapurkan menemuai Dato najib dan ezam sebelum membuat lapuran polis tersebut.

Jika benar apa yang disangka,sayfool bakal menjadi insan yang akan menyesal seumur hidup kerana menjadi umpan yang tidak mengena sebaliknya terjerat dengan umpan DSAI.Umpan DSAI pula kelihatan akan mengenakan banyak pihak yang terbabit dalam konspirasi menjatuhkan beliau sekaligus menjerat mereka yang terlibat dalam konspirasi 1998.

Adengan yang hendak kita lihat selepas ini ialah TDM.Apakah nasib TDM, ketua 6 jahanam mungkin akan terjawab selepas DSAI mengeluarkan alibinya nanti.Segalanya seolah dirancang rapi serapi rapinya dan kali ini DSAI telah banyak belajar dari pengalaman 1998."
notan dari tko

Monday, July 21, 2008

ANWAR DI KUANTAN 19/7/08

DIANGGARKAN HAMPIR 20 RIBU YANG HADIR DIMAJLIS CERAMAH DS ANWAR IBRAHIM DIKG RAZALI KUANTAN.DATO FAUZI PUN HADIR SAMA.TEMPAT PARKING YG DISEDIAKAN PENUH.TERPAKSA ORANG RAMAI MELETAKAN KENDERAAN DISEPANJANG JALAN KUANTAN-GAMBANG.DARI MASJID ALFATAH SAMPAI KE TAMAN GURU.SEJAUH 3@ 4 KILOMETER.

Thursday, July 17, 2008

MEDIA STATEMENT-ANWAR IBRAHIM 2 PM 17/7/08

Press Statement by Dato’ Seri Anwar Ibrahim 17/7/2008

On Saturday, 12-07-2008, the police came to my house to serve a Section 111 Criminal Procedure Code notice, harassing my family and demanding my presence at the IPK Kuala Lumpur (Federal Territories Police headquarters) at 2pm on Monday, 14-07-2008 despite an earlier agreement with my lawyers for me to come to the IPK on Monday 14-07-2008. On the next day, Sunday, the police also served an ex-parte court order, prohibiting me from physically being within 5 km from the Parliament on Monday 14-07-2008. As you can see, my house and the IPK KL are within 5 km radius from the parliament building.

The court order effectively put me under house arrest on Monday and at the same time prevented me from going to the IPK.On Monday, 14-07-2008, the presence of police personnel outside the compound of my house strengthened our suspicions that they would be prepared to arrest me as soon as I left the compound of my residence, on the pretext of me violating the court order. The issue here, is which order should I comply with, the ex-parte court order or the Section 111 notice from the police?On the same day, the police through the Investigating Officer, one DSP Jude Pereira wrote and faxed to my lawyer at about 1.06pm, informing that I was required to be present at the IPK KL on Wednesday, 16-07-2008 at 2.00 pm to assist with the investigation. I conveyed my agreement to the appointment and it was communicated to the police through my solicitor, Messrs S.N Nair and Partners via telephone and letter on the same day.On Wednesday, 16-07-2008, I was at the Anti Corruption Agency (BPR) head office to record my statement pursuant to the police report lodged by me at IPK Shah Alam on 01-07-2008, against the Attorney General Gani Patail and the Inspector General of Police Musa Hassan for their involvement in the fabrication of evidence way back in 1998.

To ensure that we will be able to attend the appointment with the police at 2pm, we cut short our statement at the BPR’s office, and this fact was clearly conveyed to the BPR officers present.At about 12.45 pm, the IO, DSP Jude Pereira called Mr Nair to confirm about our attendance and Mr. Nair confirmed that we would attend that 2pm appointment. We were about to have a quick lunch at my house before proceeding to the IPK. 5 minutes later, we were ambushed by a team of masked and heavily armed police personnel near my house.I was arrested and brought to the IPK. I cooperated fully with the police by giving my cautioned statement from 2.30 pm to about 7.30 pm. At this particular point, the IO and the other officers handling this case were doing their job professionally. I was then given assurances by Assistant Commissioner of Police Razali and later Senior Assistant Commissioner II Khor (through my lawyer) that I would be released on police bail on the same day.However, later on, upon my return from Kuala Lumpur General Hospotal (HKL), the IO, DSP Jude Pereira informed me and my lawyers that I will be detained and put in the police lock-up overnight for the purpose of recording a further statement in the morning.I and my lawyers protested, giving our undertaking that we will be back anytime required by the police to continue with the recording of the statement, and there was no need for me to be detained overnight, and that I should be released on police bail.

The police, through the IO were adamant that I should be detained and put in the police lock-up overnight, despite them knowing about my physical condition. I had to spend the night sleeping on a cold cement floor, which aggravated my back injury which was due to the beating I received from the then IGP, Tan Sri Rahim Nor on 20th September, 1998.This morning, after a short statement that was recorded for about 30 minutes, I was released on police bail. I was in pain and had to immediately receive some medical treatment upon my return home.I now wish to deal with the statement of the Criminal Investigation Department (CID) Director, Dato Mohd Bakri Mohd Zinin as appeared in Utusan Malaysia today, inter alia


Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan DSAI di Bukit Segambut
di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat PKR itu mengubah haluan
kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri
kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir”

This is a blatant lie from the CID director to cover up their shameful act of abuse of police powers. I have given the assurances and had just informed the IO 5 minutes before the disgraceful ambush by the police through my lawyer who was with me in the same car.In addition to the above, the Deputy Home Minister, Wan Farid said, as reported in Star Online that, I “went voluntarily to the police car without any incident.” Again, this is also a blatant lie by the government.I take to task the IGP for this abuse of police power against me through the events I’ve narrated above.

It appears that the events of the last few days, the nature of my unwarranted arrest, my overnight incarceration which was actually absolutely unnecessary, were an act of personal vengeance against me in retaliation to the reports I lodged earlier against him, which are now being investigated by the ACA.DNA I have reasonable grounds for having no confidence in the system. In the course of the trial of the false allegations of sodomy in 1998, DNA evidence was fabricated and used against me. The persons responsible for the fabrication then were the IGP, SAC Rodwan and the AG, are new key players in this investigation.Until now, I have been denied access to the police report made by the accuser against me.My accuser is still under police protection and as such, any fabrication is possible if they take my DNA. My decision to refuse a DNA test is taken through advice of my lawyers and DNA experts, both local and overseas.ANWAR IBRAHIM

Wednesday, July 16, 2008

Anwar arrested outside his house

Malaysiakini: Anwar arrested outside his house
Jul 16, 08 1:16pm
Opposition leader Anwar Ibrahim was arrested by the police just outside his home in Bukit Segambut, Kuala Lumpur, at 12.55pm today.

MCPXThe de facto PKR leader was on his way back to his house after being questioned by the Anti-Corruption Agency (ACA).

A team of police officers were waiting, according to lawyer R Sivarasa.

Anwar was driven away in a 4WD vehicle with tinted windows, escorted by a convoy of 15 patrol cars. They arrived at Kuala Lumpur police headquarters at 1.11pm.

It is believed that members of a special team from the serious crime division - sporting balaclavas and leather jackets - were also involved in the operation.

At 1.40pm, about 200 supporters and opposition parliamentarians were assembled outside the building. Among them is DAP leader Karpal Singh.

Anwar was to have met the police by 2pm to be questioned over the complaint of sodomy against him by a former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

According to media reports today, a warrant of arrest had already been obtained, to be used in the event of a no-show.

Anwar's wife and PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail confirmed the arrest.

She told reporters in parliament that she had received a call from Anwar and that he had complained of rough treatment by the arresting officers.

“I received a call from my husband that the police picked him up just before he reached the house," she said.

"I didn't have time to ask whether there was a warrant… He's on the way - this is my guess - to the Kuala Lumpur police headquarters, where he was supposed to report at 2pm."

Anwar also told her to return to their home first in order to calm their children and come to the police headquarters later.

"I'm apprehensive because my husband – it's been 10 years down the road. He is not well, he has a bad back for which he has (undergone) surgery," said Azizah, who appeared visibly distraughted and numbed by the news.

"From the brief conversation, he said that they (the police) were not gentle."

It is learnt that Anwar is to be charged under Section 377C of the Penal Code which relates to 'carnal intercourse against the order of nature'.

A recent amendment to the provision reads: 'Any person who has sexual connection with another person by the introduction of any object into the vagina or anus of the other person shall be punished with imprisonment or a term which may extend to 20 years and shall also be liable to whipping.'

A number of the parliamentarians and Anwar's family members have been allowed into the IPK building, while journalists are being confined to the carpark.

A small team of police light-strike force personnel, accompanied by a water-cannon truck, is keeping a watchful eye on supporters who are milling outside the compound.

According to PKR MP Wee Choo Keong, who is inside the building, Wan Azizah and her two daughters - Nurul Izzah and Nurul Nuha - were allowed to see Anwar on the 7th floor at about 2pm.

At 2.35pm, Wan Azizah and her daughters, as well as Anwar's lawyer Sankara Nair came out of the building.

Anwar ditahan polis bertopeng

Malaysiakini: Anwar ditahan polis bertopeng
Jul 16, 08 1:15pm
Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Tuesday, July 15, 2008

aNALISIS DEBAT ANWAR - SHABERRY

Ini antara analisis awal dan segala hujah dari debat tersebut:

1.Anwar nak RM 5 billion...adakah itu susah untuk kerjaan dapatkan berbanding penyelewengan perjawa steel??


2. Dengan RM 5 billion itu, RM 0.50 sen dapat diturunkan
3. Pakatan Rakyat TIDAK pernah menjanjikan penurunan RM 0.50 sen jugak dalam manifesto sebelum Pilihanraya Umum lalu....Harap pihak2 berwajib semak la semula manifesto PR yerk sebelum berhujah kosong mcm shaberry
4. Pakatan Rakyat tetap berjanji turun RM 0.50 sen, dari KERAJAAN BN dan UMNO yang turut berjanji kenaikan harga minyak dunia tak da effect kat government oleh Mohamed Yaakob (Menteri Kwngn II)....So, maner JANJI kerajaan untuk ini???Tetapi PR tetap janji untuk turunkan harga minyak....


5. Pakatan Rakyat TIDAK menolak bahawa kerajaan menaikkan harga minyak, YANG PR tolak adalah kenaikan itu dilakukan dengan MENDADAK.


6. DSAI berulang2 kali menyatakan bahawa PR bukan nak ambik duit petronas, yang pakatan rakyat nak amik duit adalah duit yg SEDIA ada diberikan petronas kepada kerajaan...Itu pun shaberry susah nak faham ker???BUKAN NAK AMIK DUIT PETRONAS, TETAPI NAK MANAGE DUIT PETRONAS YANG SEDIA ADA DIBERIKAN OLEH PETRONAS KEPADA KERAJAAN.


7. Kepada Nordin Kadi Menikah, pi bukak kitab balik sebelum datang debat...wat malu jerk....IPP pun tak tahu ker ada kaitan dgn petroleum...sakit jiwa aku la..
8. Kepada shaberry plak, anwar langsung TAK USIK peeribadi engkau...kecuali Semangat 46 kau tuh...1 tuh jerk...tapi engkau usik peribadi si Anwar tuh tak silap perkiraan aku ader dalam nak dekat 20 la....bengap ker aper??


9. Kenapa semua nak kecam anwar dengan IMF???Anwar dah bgtau dah, tuduhan/ fitnah itu masih diteruskan sedangkan dier boleh berikan penerangan tentang aper yg berlaku antara dier dgn IMF...dier pun kater dier tak da kaitan...Ini lah masalah BN dan UMNO yg suka memutarbelitkan isu


10. Aper la shaberry nie tergagap2 and hilang punca...


11. DSAI dah announce dier akan bertanding dlm masa terdekat...so bersiap sedia!!


12. Shaberry, PLEASE letak jawatan...anda gagal memahamkan rakyat...


13. Knp nak bandingkan kenaikan inflasi negara lain dgn inflasi negara kita dgn harga minyak negara lain dan harga minyak negara kita??minyak negara lain 10 sen, 20 sen, 30 sen walau inflasi 30%...dan gaji mereka berapa???kita nie, inflasi 8%, minyak RM 2.70, gaji baper jerk???



14. knp nak compare kononnya kita nie net exporter minyak kecik berbanding venezuela, etc...TETAPI kita amik jiran terdekat kita la, INDONESIA, BUKAN NET EXPORTER, tapi harga minyak dier IDR 6,000 = RM 2.10 - RM 2.40....lagik la patut kita


oleh:ambolelaki..dari tko

ANWAR BUKAN LAWAN DEBAT SABERY CHIK-EZAM


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.