PEMERHATI / RAKAN2

Monday, March 31, 2008

Sunday, March 30, 2008

13 APRIL~ADA PERISTIWA PENTING AKAN BELAJU

RAWANG, 30 Mac: Negara akan menerima kejutan sekali lagi pada 13 April ini, kata Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri.

RAKYAT MALAYSIA digesa boikot barang Belanda

fILEM MENGHINA ISLAM
Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.
Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon turut menyertai negara-negara Islam mengecam penyiaran filem tersebut.

10 exco Perak angkat sumpah

Tuesday, March 25, 2008

Kemelut MB Terengganu - BN Bakal Kehilangan Satu Lagi Negeri

UMNO baru kenal perlembagaan Negeri

Sang Kelembai: Nampak sangat UMNO ini bekerja dengan orang dan bukan dengan dan kerana UMNO. Sewajarnyalah UMNO sudah dipanggil OKU bukan bermaksud orang kurang upaya tetapi Organisasi Kurang Upaya, sehingga orang UMNO di Perak sampai terlupa bila dia berkuasa sekian lama di Perak apa dia buat dengan orang Melayu di Perak dan siapakah orangnya yang memberi harga premium tanah untuk Universiti Tunku Abd Rahmat atau TAR Kolej dengan harga RM1 (satu ringgit) Lim Kit Siang ke?

Sepanduk biadap?

Sepanduk biadap: PAS mahu Abdullah jawab

KETUA Penerangan PAS Mahfuz Omar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. -->-->
Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang". lagi...

Monday, March 24, 2008

KAMI MENYOKONG KENYATAAN PRESIDEN PAS

DAULAT TUANKU;

KAMI MENYOKONG KENYATAAN PRESIDEN PAS

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata beliau percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitik-beratkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya.

KRISIS TERENGGANU SUDAH SELESAI?

Berita yang baru di terima,tapi belum disahkan krisis MB terengganu telah selesai.Beliau akan mulakan tugas esok pagi....Nampaknya geng 22 dah sokong ??Tak jadi letak jawatan???Khabar yg diterima DatukAhmad Said,telah mendapat 'green light ' dari Putra Jaya.Tunggu berita selanjutnya.......

Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu perlu menghormati keputusan

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

http://abuawis.blogspot.com/2008/03/umno-cheras.html

Sunday, March 23, 2008

APA JADI DGN TERENGGANU?

ADAKAH MENTERI BESAR AKAN JADI ADUN BEBAS?
ADA KEMUNGKINAN DUN AKAN DI BUBAR SEMULA?
ATAU MACAM MANA?
SEMUA PENING

Saturday, March 22, 2008

Contohi peribadi unggul Rasulullah

KUALA LUMPUR 20 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang unggul serta menjadi teladan kepada dunia.
Titah baginda, perjuangan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina kekuatan mental dan fizikal umat Islam sehingga mampu mencipta satu tamadun yang amat gemilang.
Justeru baginda bertitah, bagi memastikan perjuangan Rasulullah itu diteruskan, umat Islam masa kini perlu menjadikan budaya menuntut ilmu dan bekerja sebagai amalan seharian.
“Beta yakin dengan panduan al-Quran dan sunah Rasulullah, seluruh umat Islam di Malaysia mampu meneroka bidang ilmu terutama sains dan teknologi dengan lebih jauh lagi.
“Dengan ini, umat Islam akan mampu membina kekuatan dan pengaruh di kalangan masyarakat seluruh dunia,” titah baginda.
Dalam perkembangan sama, baginda bertitah, akal manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT juga berperanan untuk meneroka ilmu yang terdapat di dunia ini.
“Hanya melalui akal yang cerdas, insan mampu menerokai ilmu dan seterusnya berupaya membimbing masyarakat ke arah kegemilangan,” titah baginda.
Di dalam titah ucapan tersebut, baginda juga memberi penekanan mengenai pentingnya umat Islam bersama-sama berusaha serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.
“Begitu juga dalam usaha kita untuk mencapai kegemilangan. Ia sebenarnya memerlukan pengorbanan dan kegigihan. Insya-Allah dengan usaha gigih kita akan mendapat kejayaan dan keredaan Allah di dunia dan akhirat,” titah baginda.-utusan.com.my

Friday, March 21, 2008

KABINET YANG SAYA BAYANGKAN


PERDANA MENTERI = DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

TIMBALAN PERDANA MENTERI = DATO' HAJI ABDUL HADI AWANG

Makluman Penukaran Tempat


Makluman Penukaran Tempat
Majlis Perjumpaan Kesyukuran Rakyat Parlimen KUANTAN

Daripada: Padang Seri Kemunting,KUANTAN

Kepada: SUNTIANA RESORT, Lot 2811, Kg Anak Air, Tg. Lumpur, Kuantan
Dimaklumkan juga bahawa Tarikh dan Masa Majlis adalah TIDAK Berubah

Tarikh: Sabtu 22 Mac 2008
Masa: 2.30 - 5.30 petang

Dalam proses perencanaan dan perlaksanaan Majlis Perjumpaan Kesyukuran Rakyat pada 22hb Mac 2008 nanti, Parti Keadilan Rakyat telah mendapat kelulusan awal dari Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengenai penggunaan lokasi di Padang Seri Kemunting Kuantan.
Walau bagaimanapun pihak MPK kemudian menghantar surat yang bercanggah yang menyatakan bahawa penggunaan Padang Seri kemunting tidak diluluskan tanpa sebarang alasan munasabah.

Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Thursday, March 20, 2008

KETUA MENTERI YB SDR LIM GUAN ENG HADIR DI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

10 Sebab Kenapa Deris Mesti Kekal Sebagai MB

TENDER: TAWARAN TERBUKA...........

Kepada sahabat2,saudara2 dari umno,mic,mca dan lain parti serta tak berparti,MARILAH bersama kami di BARISAN RAKYAT.Tunggu apa lagi? Kapal BN dah nak tenggelam.
Terutama
kepada ahli Parlimen/ADUN.(BN)
Kalau anda MENYEBERANG sekarang, anda akan di anggap wira perubahan.Kalau lambat nanti
dah tak laku.Buka mata , guna akal lihat apa yang belaku sekeliling anda.

Kalau mereka dah mula 'GOSTAN' apalagi yang anda semua tunggu.

BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERTINGGAL KERETAPI.!!!!!!

Wednesday, March 19, 2008

Khir Toyo letak jawatan


Khir Toyo letak jawatan
Mar 19, 08 6:31pm

kemaskini 9:30pm Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno negeri.Perkara itu diumumkan malam ini selepas ura-ura peletakan jawatan beliau, yang juga pengerusi BN negeri, bermula lewat petang tadi.BN gagal mempertahankan Selangor apabila mendapat 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).-malaysiakini

Ku Li mahu cabar presiden Umno

Tuesday, March 18, 2008

Tahniah,MB PERAK

Saya ingin mengucapkan tahniah pada MB Perak yang baru.Satu yang menarik perhatian,ketika ditemu-bual oleh tv beliau dengan jelas mengunakan perkataan BARISAN RAKYAT.Senuga pemimpin lain juga dapat mempertimbangkan pengunaan BARISAN RAKYAT.Memang lebih mesra begitu...BARISAN RAKYAT. Walau nampak remeh,ia memberi impak yang besar kepada rakyat keseluruhan.
Buangkan keegoan kepartian sendiri-sendiri.Bak kata "Jalan ke Putrajaya semakin dekat" - Anwar .Eloklah kita semua lebih terbuka dalam hal ini.Terutama webmaster/blogger/penulis akhbar andalah dihadapan untuk memulakan ini.

BARISAN RAKYAT

HIDUP RAKYAT

Saturday, March 15, 2008

BARISAN RAKYAT

Seperti yang banyak di cadangkan oleh rakyat...guna kan saja BARISAN RAKYAT untuk parti-parti yang berkerja-sama menentang BN.Sebabnya ada kekeliruan.satu akhbar/penulis/blogger guna barisan alternatif,ada gunakan lagi barisan pembangkang,ada yang menyebut satu-satu parti.Ini semua tak mesra pelanggan.!!Saya harap perkara ini mendapat perhatian dari SEMUA pemimpin.
BARISAN RAKYAT
Contohnya kerajaan Pas /BA di Kelantan,kerajaan Dap/Keadilan di Pulau pinang begitu juga yang lain.Pekara ini agak janggal untuk kesatuan rakyat.Jika diperhatikan secara mendalam bukan hanya ahli sesebuah parti yang memberi undi untuk kemenangan kita.Orang yang tak berparti,ahli UMNO,MCA,MIC dan yang lain-lain juga memberi undi untuk kemenangan
BARISAN RAKYAT
Jadi dengan rendah hati saya memohon, pemimpin-pemimpin istiharkan saja pengunaan
BARISAN RAKYAT.
IA AKAN LEBIH MENYATU-PADUKAN LAGI RAKYAT/ORANG RAMAI/PENGUNDI.
Hanya yang akan di sebutkan sebagai kerajaan BARISAN RAKYAT Kelantan,
kerajaan BARISAN RAKYAT Pulau Pinang,kerajaan BARISAN RAKYAT Kedah,kerajaan BARISAN RAKYAT Perak,kerajaan BARISAN RAKYAT Selangor.
Harap dapat pandangan/pertimbangan dari semua pihak.
Nanti sekiranya boleh, didaftarkan saja sebagai sebuah parti besar
BARISAN RAKYAT

Friday, March 14, 2008

Selepas sengit di Parlimen Rembau, "Saya terus di sini"


Selepas sengit di Parlimen Rembau, "Saya terus di sini"
Badrul Hisham Shaharin Thu Mar 13, 08 9:52:20 am MYT

Malam keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) saya seolah hilang punca. Melalui kiraan pantas iaitu maklumat dari semua ajen kiraan undi saluran / peti undi KeADILan mendahului kira kira 100 undi. Namun angka yang diterima bukan angka rasmi. -->-->
Ramai ketua pusat mengundi pula menafikan hak agen kiraan undi keADILan mendapat salinan borang 14. Selepas maghrib suasana di Pusat Penjumlahan di Dewan Merdeka, Rembau agak tak tentu arah. Saya mengambil keputusan untuk terus berada di Bilik Gerakan keADILan Parlimen Rembau (lima minit dari Pusat Penjumlahan) untuk monitor keputusan yang masuk dan cuba menghubungi semula semua agen pengiraan undi untuk menghantar borang 14 ke bilik gerakan.

Thursday, March 13, 2008

NEW YORK TIMES

Artikel di Muka Hadapan Akhbar Unggul New York Times, oleh Thomas Fuller
KUALA LUMPUR, Malaysia — Public protests are frowned on by Malaysia’s mildly authoritarian government and often broken up by the riot police. So when a group of opposition party members and activists wanted to send a message to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi earlier this year they chose a softer and safer alternative — delivering a pillow to his office.
“He has a reputation for liking to sleep,” said Rahmat Haron, a poet and self-styled government critic. Mr. Rahmat helped lead the small delegation, which made it as far as the security checkpoint. “He sleeps in cabinet meetings, he sleeps in Parliament,” he added. “So we thought, why not make him more comfortable?”

Wednesday, March 12, 2008

Anwar perlu bekerja untuk membentuk Kerajaan Persekutuan

DENGAN jumlah 82 kerusi yang dimiliki sekarang, parti-parti pembangkang di bawah Barisan Rakyat – DAP, PKR dan PAS – Anwar perlu bekerja untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Demikian pendapat Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dari UIAM ketika dihubungi. Beliau berpendapat apa yang disebut oleh Dato Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai “government in waiting” perlu dimulakan penubuhannya.
Dr. Abdul Aziz berkata Kerajaan Barisan Rakyat perlu diwujudkan di peringkat Persekutuan untuk mempermudahkan kerja lima kerajaan negeri yang telah dibentuk di Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
“Kerajaan Persekutuan itu perlu kerana sistem Perlembagaan kita meletakkan terlalu banyak kuasa dan sumber kewangan di tangan Kerajaan Pusat.
"Tanpa Kerajaan Pusat yang mesra dengan mereka, negeri-negeri berkenaan akan mengalami laluan sukar sebagaimana yang telah kita dilihat di masa lalu”, tegas Dr. Abdul Aziz.
Antara contoh-contoh yang telah berlaku sejak merdeka ialah Sarawak pada 1966, Kelantan dan Terengganu sejak 1959 dan Sabah pada 1985.
Pulau Pinang juga mengalami nasib yang sama sebelum Gerakan menyertai Barisan Nasional pada 1974.
Selain itu banyak undang-undang yang perlu dikaji dan dimansuhkan. Ini termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Polis 1967 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Inilah kekangan-kekangan yang selama ini membelenggu kebangkitan rakyat.
Pakar Perlembagaan itu memberitahu bahawa di dalam Barisan Nasional kebanyakan parti – kecuali Umno – sebenarnya tidak selesa dengan undang-undang itu tetapi terpaksa mengikut telunjuk Umno.
Prasarana baru perlu dibina dengan membersihkan sistem kita dari undang-undang yang ketinggalan zaman itu, tegas Dr. Abdul Aziz.
Tanpa prasarana itu apa yang diwar-warkan oleh Anwar sebagai fajar baru untuk Malaysia akan tinggal mimpi dan angan-angan sahaja, ujar beliau.
Profesor Undang-Undang Perlembagaan itu menyatakan kesemua yang disebut di atas boleh dibuat tanpa kekuatan dua pertiga.
“Contohnya untuk meluluskan akta mengenai IPCMC yang akan memantau pasukan polis tidak perlukan undi dua pertiga. Hanya meminda peruntukan-peruntukan tertentu Perlembagaan sahaja yang memerlukan sokongan dua pertiga”, tegas Dr. Abdul Aziz lagi.
Dengan membentuk kerajaan Persekutuan, Anwar akan dapat membersihkan pasukan polis, memulakan reformasi badan kehakiman dan memberi sokongan kepada pembersihan di dalam SPR dan sistem pengundian.
Ini semua perlu supaya kemenangan berharga yang dicapai pada 8 Mac lalu dapat dipertahankan selepas ini.
Dr. Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu bahawa secara tidak langsung komposisi di dalam Dewan Negara akan berubah selepas ini kerana sudah pasti lima negeri di bawah Barisan Rakyat akan menghantar senator yang berbeza untuk mewakili negeri masing-masing.
“Saya yakin selepas ini prosiding di dalam Dewan Negara akan lebih panas. Ketika ini ramai yang menguap dan membuang masa di situ”, tambahnya.
Senator-senator Umno yang ada sekarang sudah pasti akan mengalami kejutan. Di bawah Perlembagaan setiap negeri berhak menghantar dua orang senator untuk mewakili negeri masing-masing.
Berbalik kepada soal pembentukan kerajaan, pakar Perlembagaan itu menjelaskan bahawa kerajaan yang dibentuk di bawah sistem Westminster boleh ditumbangkan bila-bila masa: tidak seperti di bawah sistem Amerika sesebuah kerajaan di bawah sistem British itu tidak mempunyai jangka hayat yang tetap.
“Paling lama ialah lima tahun yakni usia dewan. Kerajaan itu juga boleh kekal untuk beberapa hari sahaja”, jelasnya.
Beliau berkata, di bawah sistem Amerika kerajaan itu mempunyai jangka hayat yang tetap yakni empat tahun.
“Dan itulah sebenarnya kelemahan sistem Amerika dan di sinilah kelebihan sistem British di mana ia boleh dijatuhkan bila-bila masa”, kata Dr. Abdul Aziz lagi.
Beliau memberitahu, sekurang-kurangnya ada dua cara untuk melakukan perkara itu.
Yang pertama melalui undi tidak percaya, yang sekiranya berjaya akan memaksa kerajaan yang ada meletakkan jawatan.
Yang kedua ialah dengan mengajak Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan menyertai BA, jelasnya.
Dr. Abdul Aziz berkata jumlah minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan ialah 112 orang Ahli Parlimen. Jumlah kerusi Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 kesemuanya.
Beliau berkata apabila kerajaan itu tumbang maka Yang di Pertuan Agong bertanggung jawab melantik kerajaan baru untuk menasihatkan baginda.
Mengandaikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki Dewan Rakyat melalui pilihan raya kecil, Dr. Abdul Aziz percaya tokoh itu mempunyai kemampuan dan karisma untuk menyerang kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi.
“Kita sudah melihat bagaimana kerajaan yang dipimpin Abdullah gabrah dan melakukan kesilapan demi kesilapan hingga akhirnya mengalami kekalahan paling besar dalam sejarah Malaysia”, tambah beliau lagi.
“Atau Anwar mengambil cara yang kedua dengan memujuk sejumlah Ahli Parlimen dari kalangan Barisan Nasional untuk menyertai beliau dan membentuk kerajaan”.
Dr. Abdul Aziz berpendapat Anwar mempunyai kemampuan untuk memilih cara yang beliau fikir sesuai untuk membentuk kerajaan yang beliau akan ketuai sebagai Perdana Menteri.
Keputusan Pilihan Raya 2008 itu menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan sahaja relevan tetapi mempunyai kekuatan untuk memimpin perubahan.
Dalam sejarah Malaysia Kerajaan Persekutuan tidak pernah jatuh melalui undi tidak percaya.
“Tetapi kita harus ingat bahawa undi tidak percaya ini dinyatakan oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 43(4) dan terpulang kepada Anwar untuk melakukannya”, terang Dr. Abdul Aziz.
Beliau menyambung bahawa undi tidak percaya ini pernah menumbangkan Kerajaan Kelantan pada 1977 ketika di bawah Datuk Mohamed Nasir selaku Menteri Besar.
Sementara itu, di Terengganu kerajaan negeri terpaksa meletakkan jawatan apabila ahli-ahlinya menyertai parti lawan pada 1962. Insiden yang sama berlaku di Sabah pada tahun 1994.
Dr. Abdul Aziz berpendapat inilah peluang terbaik untuk Anwar menjadi Perdana Menteri menurut wawasan beliau sendiri.
“Beliau cuba untuk menjadi Perdana Menteri melalui Umno tetapi gagal dan beliau terpaksa menggadaikan banyak prinsip perjuangan beliau apabila beliau menyertai Umno pada 1982.
“Sekarang beliau boleh memimpin dan menentukan wawasan kerajaannya tanpa tertakluk kepada budaya politik Umno yang pada hakikatnya telah menghumbankan beliau ke Penjara Sungai Buloh”, kata Pensyarah berminda kritis itu!
sumber-TMJ: sanggahtoksago.com 12.03.2008

Tuesday, March 11, 2008

Manisnya rasa kemenangan

Manisnya rasa kemenangan
Alhamdulillah ,setelah hampir sepuluh tahun berada dalam barisan rakyat,bersama-sama rakyat,dapat juga ku rasa nikmat kemenangan.
Walaupun Pahang hanya dapat tempias saja,namun terasa juga.(Setelah penat lelah pada pilihanraya 99,04,08 dan pilihan raya kecil-Lunas,Teluk kemang,Sanggang,ketari.Beberapa pilihan raya kecil lain tidak dapat menhadirkan diri kerana keuzuran(poket)).
Apa tidaknya,buka saja tv ada berita MB P.Pinang.MB Selangor,MB Kedah,MB Perak,MB Kelantan.Baru rasa duduk di bumi MERDEKA.
TETAPI,
Alangkah indahnya kemenangan ini jika dapat di nikmati bersama-sama rakan seperjuangan yang lain.Yang telah meninggal dunia mendahului kita dan Yang telah meninggalkan perjuangan rakyat ini.
MANIS NYA
KALAU
Sdr Ezam dan yg lain-lain masih bersama kita semua.
Saya berdoa semoga mereka kembali bersama rakyat terbanyak.Saudara Ezam Mohd Nor adalah sinonim dengan slogan reformasi setelah beliau menyambut kibaran bendera reformasi yang hampir menyembah bumi ketika Dato' Seri Anwar terpenjara. Beliau amat komited dengan perjuangan ..
KEMBALI LAH......

Sunday, March 9, 2008

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA 2008

Parlimen
BN : 137 BA : 82 - (PAS-23), (KeADILan-31), (DAP-28) Jumlah kerusi : 222

* Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.

Dewan Undangan Negeri (Dun)
*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15*

Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36*

Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45*

Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32*

Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40*

Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59*

Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42*

Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36*

Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28*

Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

Thursday, March 6, 2008

Kenyataan media keadilan

ttKenyataan Media keADILan 6 Mac 2008
Polis Bohong dan SPR Tipu

Pegawai tertinggi polis berbohong dan Pengerusi SPR menipu berhubung pembatalan sistem calit jari dengan dakwat selepas mengundi. Mereka bersekongkol untuk membantu Umno-Bn terus menang dalam pilihan raya ke-12 ini secara haram.
Ketua polis menjelaskan beliau mendapat maklumat dari empat sumber di Kelantan, Kedah dan Perlis bahawa ada pihak yang membeli dakwat kononnya untuk mencalit jari pengundi sebelum pergi mengundi. Beliau sendiri mengaku maklumat ini sedang disiasat. Jadi, kenapa keputusan begitu penting diambil berasaskan maklumat yang tidak sahih?
Pihak polis tidak profesional sama sekali. Jikalau sudah diketahui ada yang membeli dakwat itu dengan tujuan membuat kacau, mengapakah pihak polis tidak menangkap saja mereka untuk disiasat? Jikalau ada kes, kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum dengan segera?
Tidak dapat diterima akal sama sekali mereka yang membeli dakwat itu dengan mudah saja boleh mencalit jari pegundi sebelum mereka membuang undi. Jikalau mereka dari Umno, sudah tentu mereka tidak akan mencalit jari ahli dan penyokong mereka. Dan sudah tentu pula orang dari PAS atau PKR tidak akan membenarkan jari mereka dicalit.
Pengerusi SPR menerima saranan polis itu tanpa soal. Beliau menambah pula alasan lain. Kononnya sistem calit jari dengan dakwat ini bertentangan dengan Perlembagaan kerana boleh menafikan hak seseorang yang enggan dicalit jarinya untuk mengundi. Tentu sekali pihak SPR sudah lama mengetahui peruntukan Perlembagaan yang boleh dipertikaikan itu. Tetapi mengapa baru sekarang dijadikan alasan untuk membatalkan keputusan awal yang telah dibuat mengenai pencalitan dakwat di jari pengundi itu?
Sebenarnya, Ketua Polis dan Pengerusi SPR hanya mengadakan-adakan saja alasan konon hendak menjaga keselamatan dan keamanan di hari mengundi. Mengikut pengalaman lalu, pihak polis dan SPRlah yang menimbulkan keadaan kacau bilau serta kurang selamat dengan mengadakan daftar undi berbeza, melanjutkan waktu mengundi dan melindungi pengundi-pengundi hantu yang dibawa berbas-bas.
Lebih serius, kami ketahui seorang bekas Setiausaha SPR telah bersekongkol dengan seorang bekas Pengarah Pejabat Pendaftaran untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu yang boleh digunakan oleh pengundi-pengundi hantu semasa pilihanraya. Pegundi-pengundi hantu yang banyak digunakan di Terengganu dalam pilihanraya lalu.
Kami mendapati maklumat dalam pilihanraya kali ini kira-kira 40,000 pengundi hantu akan dibawa dari Selatan Thai dan lain-lain tempat ke Kelantan. Sekarang jelas sekali polis dan SPR hendak melindungi pengundi-pengundi haram yang diangkut untuk mengundi.
Dr. Syed Husin Ali Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat.
06.03.2008

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.