PEMERHATI / RAKAN2

Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts
Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts

Wednesday, October 8, 2008

Islam Agama Yang Syumul Mencakupi Semua Aspek Kehidupan - Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.“Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

“Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.

Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

“Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Maruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

“Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua,” kata beliau.Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.
Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.

“Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.“Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

“Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan,” kata Guan Eng.

Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

“Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.
“Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

“Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Maruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin,” kata beliau mengakhiri perutusannya.
Harakahdaily.net

Saturday, August 23, 2008

DAP: Kami terima Anwar jadi PM-MALAYSIAKINI

DAP hari ini mengulangi pendirian dan kesedian parti itu menerima penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan komited bekerjasama dengan Pakatan Rakyat mempromosikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT).Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia mempunyai harapan tinggi terhadap Pakatan untuk memerintah dengan baik di negeri-negeri yang dikuasainya.

“Kami ingin tegaskan beberapa kunci untuk menjadi ahli yang bertanggungjawab. Pertama, DAP menerima Anwar sebagai perdana menteri alternatif dan komited dengan kerjasama dalam Pakatan untuk mempromosikan kerajaan CAT,” katanya di kongres kebangsaan DAP di ibunegara hari ini.

Lim juga menolak usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara teokratik kerana menurutnya, ia bertentangan dengan wawasan menuju masyarakat sivil yang pelbagai kaum dan agama. Parti yang sinonim dengan penyokong Cina itu, juga bercadang untuk meningkatkan penyertaan bukan Melayu dalam parti itu. “Sama ada kita boleh mendapatkan sokongan orang Melayu, bergantung kepada prestasi kita sebagai pemerintah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Terutamanya apabila kita memimpin kerajaan di Pulau Pinang, untuk membuktikan kita mengambil berat terhadap orang Melayu dan menyalurkan apa yang tidak berjaya dilakukan BN selama 50 tahun,” kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang.LAGI

SEMANGAT 99-UNTUK PETUGAS DAN PENDUDUK PERMATANG PAUH

Wednesday, May 28, 2008


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.