PEMERHATI / RAKAN2

Showing posts with label IMAN ISLAM AKHLAK. Show all posts
Showing posts with label IMAN ISLAM AKHLAK. Show all posts

Wednesday, August 27, 2008

SEMINAR PERBANDINGAN AGAMA-KUANTAN PAHANG

TARIKH: 27 OGOS 2008-RABU(8-5pm)

TEMPAT:DEWAN JABATAN AGAMA ISLAM KUANTAN

PERCUMA DAN TERBUKA

ANJURAN

JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG & ISLAMIC INFORMATION & SERVICES FOUNDATION

FASILITATOR-SHAH KIRIT DAN YM ENGKU FAUZI

Saturday, August 16, 2008

Syarat-Syarat SUMPAH LAKNAT/ Mubahalah

Syarat-Syarat Mubahalah
(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4.
Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.
sekut-tko
SUB-
Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS

Thursday, August 14, 2008

'Dayus' jika Majlis Peguam terlepas-MAKAYSIAKINI

Kerajaan dayus jika tidak menggunakan Akta Hasutan terhadap penganjur forum "Memeluk Islam" minggu lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak rasa (wajar menggunakan) ISA. Lebih sesuai di bawah Akta Hasutan," katanya kepada media sebagai mengulas desakan agar pemimpin Majlis Peguam dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan."Kita jangan dayus tidak menggunakan Akta Hasutan. Ini sudah dua kali dah (Majlis Peguam berbuat demikian)."

Dalam ucapan sewaktu merasmikan program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka di Shah Alam pagi ini, Dr Ahmad Zahid juga menyifatkan badan profesional guaman itu sebagai "kurang ajar" kerana menganjurkan forum yang mencabar isu Melayu.

Beberapa pihak termasuk Umno, PAS dan Persatuan Peguam Muslim mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Majlis Peguam dengan alasan forum tersebut telah mencetuskan kekecohan.

Selain mendesak kerajaan mengambil tindakan menggunakan ISA, sesetengah pemimpin termasuk Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dilaporkan mencadangkan penggunaan Akta Hasutan.Selain mengulas forum kontroversi berhubung Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Dr Ahmad Zahid juga mengecam cadangan Menteri Besar Selangor yang dianggapnya boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Jangan biarkan orang Melayu mengamuk," katanya.

Ahad lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar menerima kemasukan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera untuk meningkatkan lagi kemajuan institusi pengajian tinggi itu.Turut hadir di majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu ialah Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan presiden gabungan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican.Program itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan GPMS.

Wednesday, August 13, 2008

The Seven Basic Principles of Public Life-MALAYSIAKINI

Selflessness

Holders of public office should act solely in terms of the public interest. They should not do so in order to gain financial or other benefits for themselves, their family or their friends.

Integrity

Holders of public office should not place themselves under any financial or other obligation to outside individuals or organisations that might seek to influence them in the performance of their official duties.

Objectivity

In carrying out public business, including making public appointments, awarding contracts, or recommending individuals for rewards and benefits, holders of public office should make choices on merit.

MORE

Friday, August 8, 2008

Islam di Hina

Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala.
Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia. Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu.

Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat keputusan bahawa persoalan murtad dan convert adalah dibawah bidangkuasa mutlak Mahkamah Syariah. Malahan Mahkamah Persekutuan memperjelaskan bahawa persoalan murtad/convert hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut undang-undang Islam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dibuat setelah menafsir Artikel 121A dan Artikel 11 Perlembagaan. Malahan kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam diberi peluang sepenuhnya untuk mengemukakan hujah.

Tindak-tanduk Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Sebagai badan Peguam, sepatutnya mereka lebih arif menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan. Mempertikaikan keputusan Mahkamah bererti menghina Mahkamah.
Saya melihat tindakan Majlis Peguam memperkudakan kes Shamala & Subashini sebagai bahan seminar adalah jalan pintu belakang untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah. Lebih serius daripada itu, tindakan mengadakan seminar ini jelas menghina Islam.

Saya menyeru pembentang kertas kerja beragama Islam supaya menarik diri daripada menyertai seminar tersebut. Saya juga meminta para peguam Muslim supaya kita segera membuka mata mempertahankan Islam. Mungkin sudah tiba masanya kita peguam Islam berusaha mengambil alih Majlis Peguam. Bulan Oktober ini adalah bulan pemilihan ahli Majlis Peruam. Kita harus mengatur strategi yang jelas. Saya cabar peguam-peguam Islam supaya menyatakan pendirian kita dengan jelas.

Saya juga memberi amaran kepada Majlis Peguam khasnya dan golongan bukan Islam umumnya supaya jangan mencabar hak umat Islam. Kesabaran umat Islam ada batasnya. Kamu mungkin melihat umat Islam di Malaysia ini kelihatannya lemah. Mungkin kamu sedang mengambil kesempatan melihat kedudukan umat Islam yang kelihatannya lemah akibat percakaran politik sesama kami.
Tetapi ingatlah disana ada umat Islam yang sedang memerhati gelagat kamu. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kamu sekiranya kamu terus-menerus dengan sikap provokatif kamu.

Saya menyeru kepada umat Islam supaya bersatulah kita di atas tali ALLAH. Ketepikan sentimen politik sempit dan rakus. Pertahankan maruan agama kita. Dan marilah kita buktikan kesatuan ummah kita dengan turun dalam Himpunan Umat di hadapan bangunan Majlis Peguam pada pagi Sabtu 9 Ogos di Lebuh Pasar Besar, KL (sebelah Pasar Seni/Bank Pertanian). Mari kita adakan perhimpunan aman dihadapan Majlis Peguam sekiranya mereka berkeras mahu meneruskan seminar biadap tersebut.

Let us be counted by ALLAH. Islam is under attack..Islam needs you..buktikan kecintaan kita kepada Islam. Turun ramai-ramai pada masa & tarikh yang disebut diatas.

ALLAH hu akbar..
zul4kulim.blogspot.com/

Monday, April 28, 2008

Sunday, March 30, 2008

RAKYAT MALAYSIA digesa boikot barang Belanda

fILEM MENGHINA ISLAM
Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.
Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon turut menyertai negara-negara Islam mengecam penyiaran filem tersebut.

Saturday, March 22, 2008

Contohi peribadi unggul Rasulullah

KUALA LUMPUR 20 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang unggul serta menjadi teladan kepada dunia.
Titah baginda, perjuangan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina kekuatan mental dan fizikal umat Islam sehingga mampu mencipta satu tamadun yang amat gemilang.
Justeru baginda bertitah, bagi memastikan perjuangan Rasulullah itu diteruskan, umat Islam masa kini perlu menjadikan budaya menuntut ilmu dan bekerja sebagai amalan seharian.
“Beta yakin dengan panduan al-Quran dan sunah Rasulullah, seluruh umat Islam di Malaysia mampu meneroka bidang ilmu terutama sains dan teknologi dengan lebih jauh lagi.
“Dengan ini, umat Islam akan mampu membina kekuatan dan pengaruh di kalangan masyarakat seluruh dunia,” titah baginda.
Dalam perkembangan sama, baginda bertitah, akal manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT juga berperanan untuk meneroka ilmu yang terdapat di dunia ini.
“Hanya melalui akal yang cerdas, insan mampu menerokai ilmu dan seterusnya berupaya membimbing masyarakat ke arah kegemilangan,” titah baginda.
Di dalam titah ucapan tersebut, baginda juga memberi penekanan mengenai pentingnya umat Islam bersama-sama berusaha serta melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.
“Begitu juga dalam usaha kita untuk mencapai kegemilangan. Ia sebenarnya memerlukan pengorbanan dan kegigihan. Insya-Allah dengan usaha gigih kita akan mendapat kejayaan dan keredaan Allah di dunia dan akhirat,” titah baginda.-utusan.com.my

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.