PEMERHATI / RAKAN2

Saturday, August 16, 2008

Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS

Kebelakangan ini senario politik negara digegarkan oleh satu perkembangan yang sangat menarik. Pertemuan PAS-UMNO, dua buah parti politik terbesar Malaysia yang mana hampir sepanjang sejarah berada di dua posisi saling bertentangan. Pertemuan UMNO-PAS melahirkan satu episod yang menggemparkan, dan mencelarukan pemikiran politik banyak pihak.

Ahli-ahli PAS menjadi keliru. Bahkan sesetengah kepimpinan PAS turut menjadi kelam kabut dan mengambil tindakan-tindakan yang bercelaru. Parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP juga kelihatan tidak mampu menggarap perkembangan luar biasa ini.

Ahli-ahli UMNO pula seperti tergamam dan tidak dapat memberi respons secara jelas. Walau bagaimanapun, kepimpinan UMNO rata-ratanya menyokong pertemuan UMNO-PAS tersebut, di atas sebab yang sedia difahami umum; menyelamatkan survival politik mereka. Sikap pimpinan UMNO ini memang sedia termaklum, kerana begitulah darah-daging, budaya UMNO. Mereka akan sanggup melakukan apa saja, asal dapat memberi laba dan menjaga kepentingan mereka.

UMNO (baca: PM) melihat PAS sebagai talian hayat yang mampu melonjakkan kembali penerimaan rakyat kepada nya jika beliau berjaya memainkan lagu dan lenggok Islam dan Ketuanan Melayu menggabungkan PAS dalam kerangka UMNO/Barisan Nasional. Jika Pak Lah berjaya menggabungkan PAS di bawah dahan (rapuhnya), beliau akan berjaya ”membunuh” banyak burung dengan hanya satu balingan batu ajaib bernama PAS. Jika angan-angan Pak Lah ini berhasil, skim peralihan kuasa kepada timbalannya tidak perlu diteruskan lagi, legasi M akan dapat dipadamkan, Anwar Ibrahim, DAP dan Pakatan Rakyat akan segera menjadi hanya satu lagi nota sejarah. Pak Lah akan muncul selaku wira yang berjaya menyatukan bangsa Melayu-Islam, mewujudkan sebuah kekuatan politik yang begitu ampuh.
BACA LAGI

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.