Ke mana Ezam nak letak muka sekarang. Setelah puas menjilat kahak sediri, beliau kini terpaksa memegang tempurung dan berlari ke sana ke mari untuk meminta sedekah dari ahli Umno yang masih jelak memandangnya.
Begitulah azabnya bila menjadi penderhaka kepada ‘Sumpah Keramat’. Beliau telah dimakan sumpahnya kerana meninggalkan perjuangan rakyat untuk bersujud pada Pemimpin Umno. Hingga kini status keahlian beliau masih kurang jelas dan ahli Umno sendiri kurang percaya pada kelibat musang berkaca mata ini.
Semoga apa yang dilalui Ezam ini akan menjadi pengajaran kepada pejuang-pejuang rakyat. Ingat! anda mengkhianati rakyat, bermakna anda telah mengadaikan maruah sendiri, menjilat ludah, dan akan hidup sebagai pengemis Politik seperti Ezam
No comments:
Post a Comment