Kayuh cermat jiwa selamat
Gatal jari tangan digari
Kalau memblog tidak berhemat
Dicekup polis di malam hari
Memang. Memang saya tak puas hati ditangkap. Saya tak puas hati kerana saya bukannya ditangkap kerana memperjuangkan nasib mustadh'afin (the oppressed atau golongan tertindas). Saya juga bukannya ditangkap kerana memperjuangkan golongan terpinggir (the marginalised). Bukan kerana menentang rasuah, penyelewengan, penyalagunaan kuasa dan bukan kerana memperjuangkan Malaysia baru yang lebih bertamaddun akhlaknya. Bukan, bukan, bukan!
Saya bangga?Nak bangga apa?! Tangan digari kerana gatal jari. Saya tak bangga sikit pun. Menyusahkan anak bini aku ja. Menyusahkan kawan-kawan aku. Tak pasal-pasal depa kena berkumpul di hadapan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) kerana kesilapan bangang aku. Saya merayu kemaafan mereka. Merayu sangat-sangat!
Saya juga tak bangga copy and paste crest puaka tu. Nak bangga apa?! Kesilapan bangang.Saya pun dah delete crest puaka tu dari posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" Saya dah malas nak ingat benda tu.Saya nak jadi orang yang sama.
LAGI
No comments:
Post a Comment