PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, August 26, 2008

Lagi pengundi hantu dikesan

Lagi pengundi hantu dikesan (sk)

[3 Petang]Tiga Bas yang dipercayai membawa pengundi hantu telah di tahan di kira-kira jam dua petang oleh para petugas yang dinamakan ‘team ghostbuster KeADILan’.

Dua buah bas ditahan di Mengkuang Homestay Mengkuang Titi manakala sebuah lagi di Seberang Jaya.

SK online difahamkan Anwar telah pergi di tempat kejadian terbabit, beliau berada di sana kira-kira 10 minit dan juga telah bertemu dengan pengundi-oenngundi di Sek Menengah Kebangsaan Mengkuang

Petugas telah membawa bas tersebut ke balai polis. Anwar Ibrahim meminta polis melepaskan pengundi hantu berkenaan, walaubagaimanapun meminta polis mengiringi bas-bas berkenaan keluar dari Permatang Pauh..

nie berita best dari harakahdaily...

"Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengetuai skuad gempur pengundi hantu AMK, bas ketiga dijumpai di Plaza Tol Kubang Semang.

Katanya salah seorang pemandu daripada tiga buah bas tersebut mengakui membawa pengundi daripada Melaka.

Katanya, bas yang bernombor plat CDE 1122 memuatkan 44 orang penumpang yang disyaki bukan penduduk tempatan. "

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.