
Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi sebagai satu penghormatan kepada kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani di samping pengiktirafan kepada Muktamar PAS ke-54.Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsungnya muktamar.
Perkara itu juga telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Ustaz Hadi sendiri. Laporan dari HarakahDaily
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin merakamkan junjungan terima kasih dan penghargaan kepada Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah kerana memberi perkenan dan keizinan kepada Mursyidil Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan khutbah Jumaat ini.-TKOLAGI
No comments:
Post a Comment