Beliau menegaskan demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA), demikian menurut Bernama.Beliau yang merujuk kepada sumpah laknat yang dibuat Saiful semalam berkata, ia (bersumpah) adalah cara bekas pembantu Anwar itu untuk membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.Semalam Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengatakan bahawa beliau bercakap benar mengenai dakwaannya yang beliau diliwat oleh Anwar.Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali.
Mahathir berkata sebagai seorang tokoh dalam arena politik Malaysia, Anwar perlu berkelakuan sempurna dan mengikut sentimen orang ramai yang mahukan beliau bersumpah.
Menurutnya langkah mengangkat sumpah itu boleh dianggap sebagai gerakan politik yang baik, namun Anwar sendiri perlu mengemukakan bukti yang sah, bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah berhubung perkara itu."Dalam kes ini, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA," katanya
No comments:
Post a Comment