PEMERHATI / RAKAN2

Sunday, August 3, 2008

Kemasukan Penyokong Barisan Nasional ke dalam PKR

Pagi tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Klang Executive Club bagi menjayakan Program Kemasukan 2097 penyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ( bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Beliau mengingatkan penyokong PKR agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi perancangan licik serta muslihat kotor dari aparatus Barisan Nasional. Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kita penyokong Keadilan jangan mengambil ringan bahaya serta muslihat rasuah yang akan digunakan. Pengalaman di pilihanraya kecil Ijok harus sentiasa dijadikan iktibar.

Amaran juga ditujukan kepada UMNO agar berhati-hati dengan metod berkempen mereka kerana perhatian dunia serta tempatan sekarang tertumpu kepada pilihanraya kecil yang bakal diadakan ini.

anwaribrahimblog

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.