PEMERHATI / RAKAN2

Friday, August 8, 2008

Tidak etika Anwar jadi PM 'pintu belakang'-MALAYSIAKINI

Percubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui "pintu belakang" dengan menyeru ahli-ahli parlimen BN melompat parti beramai-ramai adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik, kata bekas pemimpin PKR Dr Chandra Muzaffar.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu daripada segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal undang-undang akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya hari ini.

Memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan
martabat politik, katanya, dan Anwar juga tidak mempunyai mandat
untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.
MORE

Komen saya,

Beretikakah menyertai keADILan kemudian lari dan mengutuk ?
sehari suntuk kerusi roda di tolak semasa LUNAS pun tak berbaloi.

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.