PEMERHATI / RAKAN2

Wednesday, August 27, 2008

ANWAR TERPAKSA /wajib BERSUMPAH ESOK

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen baru Permatang Pauh, akan mengangkat sumpah esok.

Beliau mengesahkan telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini berhubung keputusan pilihanraya kecil itu yang memihak kepada penasihat PKR.Pandikar Amin menambah, Anwar telah dimaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah pagi esok.

Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.
Mantan menteri kewangan itu, akan terus dilantik sebagai ketua pembangkang selepas mengangkat sumpah, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009, Jumaat.
Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata surat memaklumkan kesepakatan PAS dan DAP melantik Anwar Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada yang dipertua dewan 4 petang tadi.Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.

Lebih ramai pelawat termasuk bukan penyokong PKR dijangka ke bangunan Parlimen esok untuk mengikuti secara dekat langkah pertama Anwar ke Dewan Rakyat.

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.