PEMERHATI / RAKAN2

Friday, August 29, 2008

LETRIK PERCUMA MULAI OKT KERAJAAN PRIHATIN-malaysiakini

Bil elektrik percuma kepada 1.1 juta isi rumah
29/08/2008 4:44pm

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isi rumah yang mempunyai bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober hingga akhir tahun 2009.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kos bil tersebut berjumlah RM170 juta untuk membolehkan 1.1 juta isi rumah mendapat manfaat ini.
`Ini sebagai satu langkah kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini,’’ katanya. - Utusan

KOMEN

1-BAGUS DAPAT 3 BULAN PERCUMA,TAPI SIAPA YANG GUNA ELEKTRIK BAWAH RM20 SEBULAN.KALAU ADA BOLEH HUBUNGI SAYA.NAK BUAT REKOD.

2-
Indah khabar dr rupa.
Pakai sebiji lampu kalimantang, tv tak usah on, peti sejuk tutup biar ikan2 busuk, stereka pakai arang, masak pakai kayu api, kipas pakai daun ... boleh dapat kurang RM20.00

3-
itu laa aku pun terfikir gak kalu rm20.01 kena bayar laa .. kalu rm 20 tak kena bayar.. apa punya bagero.. sekarang bulih lagi kaa dapat rm20 bukak lampu je kot .. kan baik buat macam kerajaan selangor potong terus rm11

4-Nak minta pengunjung beri idea...
Agak agaknya rumah yang macam mana le yang guna letrik setakat RM 20 sebulan tu ye?

LAGI KOMEN ORANGRAMAI

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.