PEMERHATI / RAKAN2
Monday, September 8, 2008
BN Pembazir wang rakyat-malaysiakini
Kita dikejutkan dengan berita bahawa Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional akan menganjurkan percutian samada ke Taiwan atau China untuk mempelajari teknologi pertanian.
Apa kejadahnya percutian di kala Bulan Ramadhan??? Dah tak cukup ke 11 bulan yang lain untuk mendalami ilmu pertanian. Kenapa memilih China atau Taiwan? dan Kenapa memilih tarikh pertengahan Ramadhan? dan Menggunakan peruntukan siapa mereka pergi bercuti??? Yang peliknya, kenapa ada segelintir MP tahu dan ada MP yang tak tahu
Semua persoalan ini perlu dijawab. Bukan dibiar begitu sahaja
Sekadar renungan
Sunday, September 7, 2008
PANTUN LOMPAT TINGGI-TINGGI
Lompat tu jangan tinggi tinggi,
Lompat lah cepat-cepat,
Biar najib dan che det lari.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Cepatlah MP lompat,
Biar pak lah tak tidur lagi.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau rasa nak lompat,
Janganlah pakat tunggu lagi.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau MP sudah lompat,
Maka rakyatpun senang hati.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau jadi MP lompat,
Maka ramai yang pakai gari.
Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Jangan tunggu lewat-lewat,
Takut banyak yang cabut lari.
orang-kelantan-TKO
Friday, August 29, 2008
LETRIK PERCUMA MULAI OKT KERAJAAN PRIHATIN-malaysiakini
29/08/2008 4:44pm
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isi rumah yang mempunyai bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober hingga akhir tahun 2009.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kos bil tersebut berjumlah RM170 juta untuk membolehkan 1.1 juta isi rumah mendapat manfaat ini.
`Ini sebagai satu langkah kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini,’’ katanya. - Utusan
KOMEN
1-BAGUS DAPAT 3 BULAN PERCUMA,TAPI SIAPA YANG GUNA ELEKTRIK BAWAH RM20 SEBULAN.KALAU ADA BOLEH HUBUNGI SAYA.NAK BUAT REKOD.
2- Indah khabar dr rupa.
Pakai sebiji lampu kalimantang, tv tak usah on, peti sejuk tutup biar ikan2 busuk, stereka pakai arang, masak pakai kayu api, kipas pakai daun ... boleh dapat kurang RM20.00
3-itu laa aku pun terfikir gak kalu rm20.01 kena bayar laa .. kalu rm 20 tak kena bayar.. apa punya bagero.. sekarang bulih lagi kaa dapat rm20 bukak lampu je kot .. kan baik buat macam kerajaan selangor potong terus rm11
4-Nak minta pengunjung beri idea...Agak agaknya rumah yang macam mana le yang guna letrik setakat RM 20 sebulan tu ye?
LAGI KOMEN ORANGRAMAI
ALI RUSTAM-Negara huru-hara jika Anwar jadi Perdana Menteri
Menurut beliau, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru memenangi pilihan raya kecil Selasa lalu itu tidak mempunyai ciri-ciri seorang Perdana Menteri sebaliknya lebih sombong, berlagak dan sering menghina orang lain.
''Saya tidak nampak beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh membawa keamanan dan keharmonian kepada negara. Sebaliknya beliau jenis orang yang boleh merosakkan negara," katanya.-utusan
BACA PANDANGAN ORANG RAMAI
1- Bukan negara yang huru-hara tetapi..MENTERI-MENTERI DAN BEKAS MENTERI YANG AKAN HURU-HARA.
2-
LAGI
Thursday, August 28, 2008
Monday, August 25, 2008
Cuti umum Selasa rugi, tidak perlu-malaysiakini
"Ini pertimbangan politik sebenarnya dan tidak pernah dalam sejarah kita perisytiharan cuti umum dibuat untuk pilihanraya kecil," kata Datuk Seri Najib Razak selepas melawat bilik gerakan BN Mengkuang Titi.
Menurut laporan Bernama, tindakan ketua menteri Lim Guan Eng itu "tidak perlu kerana pilihanraya itu untuk satu kerusi parlimen sahaja" dan bukannya seluruh Pulau Pinang.Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata cuti khas itu bagi membolehkan kesemua 58,459 pengundi berdaftar di Permatang Pauh keluar mengundi 26 Ogos ini.
Najib dilaporkan berkata tindakan kerajaan negeri itu "boleh menjejaskan pengeluaran negeri dan menyebabkan banyak kerugian".Sepatutnya pekerja boleh dibenarkan keluar sejam dua bagi membolehkan mereka mengundi dan menyambung semula kerja selepas itu, katanya.
Najib yang juga timbalan pengerusi BN berkata ia akan berusaha melakukan kejutan politik di Permatang Pauh pada Selasa ini.Katanya, lapor agensi berita itu lagi, semua orang menjangkakan bahawa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang tetapi dengan kegigihan jentera BN tidak mustahil kemenangan itu berpihak kepada BN.
Friday, August 22, 2008
CERITA SEBENAR DISEBALIK KES RASUH DI PERAK-malaysiakini
Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak
PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi. Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.
Semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali. Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya. .......
Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya. Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya.
Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.
"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua.
Dalam sidang media itu juga tuduhan tawaran seks ke atas dua exco juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej sementara sumber yang diterima adalah tidak sahih.
Sementara itu semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.
Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.Sementara Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapan itu berbaur politik di saat-saat pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.
Ujarnya, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan justeru Syed Husin meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional. _
Thursday, August 14, 2008
PM: No fuel readjustment before Sept 1-MALAYSIAKINI
- updated 4.24pm Many have speculated that the government would announce new fuel prices just before the Permatang Pauh by-election which is on Aug 26.MORE
Harga minyak akan dikurangkan pada 1 September ini bergantung kepada penurunan harga minyak dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, memang ada penurunan harga minyak dan ia akan dibuat bergantung kepada harga minyak dunia bulan Ogos.Di samping itu, katanya, subsidi 30 sen yang telah diberikan oleh, kerajaan, dikekalkan.
"Bergantung kepada kekurangan harga minyak, nampaknya waktu ini harga minyak Alhamdulillah, bertambah murah.
"(Ada) harapan untuk kita kurangkan harga minyak...Saya senang hati dan kita ada kebolehan untuk mengurangkan harga minyak," katanya.Menurut Abdullah lagi, kerajaan setuju menggunakan formula untuk menentukan harga minyai pada tiap-tiap hujung bulan, atau pada 1 haribulan.LAGI
Thursday, July 17, 2008
Tuesday, July 15, 2008
Friday, June 20, 2008
BN SEMAKIN GOYANG
KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT
Wednesday, June 4, 2008
TAHNIAH KEPADA PENGUNDI/PENYOKONG BN-Harga petrol naik 78 sen
Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.
Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.
Monday, April 28, 2008
Tuesday, March 25, 2008
Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.


