PEMERHATI / RAKAN2

Monday, August 25, 2008

Cuti umum Selasa rugi, tidak perlu-malaysiakini

Keputusan kerajaan Pulau Pinang memberi cuti umum Selasa ini sempena hari mengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh bermotif politik semata-mata, kata timbalan perdana menteri.
"Ini pertimbangan politik sebenarnya dan tidak pernah dalam sejarah kita perisytiharan cuti umum dibuat untuk pilihanraya kecil," kata Datuk Seri Najib Razak selepas melawat bilik gerakan BN Mengkuang Titi.

Menurut laporan Bernama, tindakan ketua menteri Lim Guan Eng itu "tidak perlu kerana pilihanraya itu untuk satu kerusi parlimen sahaja" dan bukannya seluruh Pulau Pinang.Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata cuti khas itu bagi membolehkan kesemua 58,459 pengundi berdaftar di Permatang Pauh keluar mengundi 26 Ogos ini.

Najib dilaporkan berkata tindakan kerajaan negeri itu "boleh menjejaskan pengeluaran negeri dan menyebabkan banyak kerugian".Sepatutnya pekerja boleh dibenarkan keluar sejam dua bagi membolehkan mereka mengundi dan menyambung semula kerja selepas itu, katanya.

Najib yang juga timbalan pengerusi BN berkata ia akan berusaha melakukan kejutan politik di Permatang Pauh pada Selasa ini.Katanya, lapor agensi berita itu lagi, semua orang menjangkakan bahawa calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang tetapi dengan kegigihan jentera BN tidak mustahil kemenangan itu berpihak kepada BN.

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.