PEMERHATI / RAKAN2

Monday, August 25, 2008

PANAS-IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi

PERMATANG PAUH 25 OGOS (SK): IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri....VIDEO

Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris.

SK: Boleh ustaz terangkan siapa yang arahkan ustaz untuk menjadi saksi kepada sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?

RP: Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang Al-Quran atau tidak.

SK: Saiful dikatakan tersalah sebut beberapa istilah semasa lafaz sumpah beliau. Adakah ini mencacatkan kesahihan sumpah yang dia ucapkan?

RP: Bagi saya kalau dia bersumpah untuk dirinya sendiri sumpah itu boleh diterima lagi tetapi dikatakan mubahalah tidak sempurna selagi kedua-dua pihak tidak bersumpah.
SETERUSNYA

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.