PEMERHATI / RAKAN2
Wednesday, August 27, 2008
Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai anggota parlimen esok 280808
Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok,” katanya.Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.
We won! And our victory is decisive and overwhelming
I share in the joy felt by all Malaysians on this historic day. This is a victory for the people. And it’s great to be back.On March 8th Malaysians voted for a New Dawn. Today, on the eve of our independence day, we have reasserted that call. We celebrate our nation’s independence in the spirit that our founding fathers intended - a nation of one and a people united.
In the face of the greatest adversity, our campaign focused on the issues that matter to Malaysians. Our calls for national unity, good governance and a vibrant democracy have silenced the voices of racist chanting, those who profit from the abuse of power and exploit the politics of fear and deceit.
We have promised a New Dawn for Malaysia and we will deliver on our promise. We will forge ahead on our Malaysian Economic Agenda to revive the economy, and to uplift the poor and the marginalized of all races. We will restore the integrity of the judiciary, fight corruption and build a truly unified nation.
We will be a government that is totally committed to realizing the people’s aspirations.With the success of the eight of March and tonight’s resounding victory, I daresay we are indeed ready to face the challenges of the future, together.
We could not have won without the firm, unwavering support of our friends in the Pakatan Rakyat and the tens of thousands of Malaysians – Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadhazans - who have come to Permatang Pauh to work hard for this victory. I truly appreciate your courage, conviction and valour; and congratulate your commitment to our shared principles of freedom, justice and democracy.
This may be one small step for Permatang Pauh but one giant leap for the people of Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
Sidang akhbar Anwar-malaysiakini
Sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diisytiharkan memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, menjadi agak kecoh kerana sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta pengawal peribadi mantan timbalan perdana menteri itu.
Pertamanya, SPR enggan membenarkan Anwar menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan sidang akhbarnya.Ekoran itu, sidang akhbar tersebut terpaksa diadakan di luar dewan penjumlahan undi itu.
Sebaik sahaja selesai keputusan diumumkan, Anwar meninggalkan dewan untuk berucap kepada penyokongnya di padang institut tersebut.
Selepas Anwar selesai berucap, pihak media dimaklumkan bahawa penasihat PKR itu akan mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan.Bagaimanapun, ketika menunggu di situ, pegawai SPR mengarahkan mereka supaya meninggalkan dewan tersebut.
Percubaan penyelaras media PKR, Ginie Lim berunding dengan pihak SPR untuk membenarkan sidang akhbar diadakan di situ, menemui kegagalan.
'Kawasan larangan'
Sebaliknya, para pegawai SPR berkeras mengatakan sidang akhbar tidak dibenar diadakan di situ walaupun dewan berkenaan merupakan satu-satunya tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.Pada masa lalu, seperti sewaktu pilihanraya umum 2004 dan 2008, sidang akhbar dibenar diadakan di dewan perjumlahan undi, selepas keputusan diumumkan.
Ketika menutup pintu dewan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, beliau terpaksa melarang bukan kakitangan SPR berada di situ, kerana dewan tersebut masih merupakan kawasan larangan kerana kotak-kotak undi ditempatkan di situ.
Sebelum itu, kira-kira 500 orang, termasuk pemimpin parti politik dan media, berada di dewan tersebut untuk mengikuti pengumuman keputusan pilihanraya kecil tersebut.Ekoran tindakan SPR itu, kumpulan wartawan berkenaan terpaksa keluar dan sidang akhbar kemudiannya diadakan di luar dewan tersebut.
Kemudian timbul masalah baru dengan pengawal peribadi Anwar ketika para wartawan mahu menghampiri penasihat PKR itu untuk mendapatkan komennya.Malah, sidang akhbar tersebut berjalan dengan diawasi ketat oleh para pengawal peribadi Anwar.
Tuesday, August 26, 2008
TAHNIAH KEPADA PETUGAS DAN PENGUNDI
SUMBANGAN ANDA SEMUA AMAT RAKYAT MALAYSIA HARGAI.ANDA SEMUA TELAH MEMULAKAN LANGKAH UNTUK MENGUBAH LANGSKAP POLITIK MALAYSIA YANG BOBROK SELAMA INI.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA
MP yang nak lompat ke PR, dah boleh lompat dah
bagi cukup jumlah untuk mengambil alih Kerajaan dan
melantik Speaker baru untuk membolehkan DSAI
mengangkat sumpah dengan segera!
SUMPAH YANG BELUM DIJAWAB
Unofficial: Anwar gets BIGGER majority-MALAYSIAKINI
ANWAR MENANG DENGAN MAJORITI 15671
TERKINI ANWAR MENANG DENGAN MAJORITI 15000
GAMBAR2 PERMATANG PAUH-TANGKAP PENGUNDI HANTU
KEPUTUSAN AWAL -ANWAR MENANG
KEPUTUSAN ANWAR MENANG
POLICE RIOT
Polis chasing demostrators.Assault MP Gobala and 2 sons arrested for stopping buses of phantom voters.He and sons and wife punched by, at Seberang jaya balai
SETAKAT INI MEMIHAK KEPADA DSAI
BEBERAPA SUMBER MENGATAKAN SETAKAT INI MASIH MEMIHAK KEPADA DSAI.
TERKINI-7 BAS PENGUNDI HANTU DITAHAN-malaysiakini
3 BAS DI SEBERANG JAYA
2 BAS DITAHAN OLEH KETUA AMK PERMATANG PASIR
2 BAS DI MENGKUANG ULU-DSAI SENDIRI HADIR
GAMBAR2 SEBENTAR LAGI
DATUK SERI ANWAR DIJANGKA MENANG MAJORITI + -7000 UNDI
Lagi pengundi hantu dikesan
[3 Petang]Tiga Bas yang dipercayai membawa pengundi hantu telah di tahan di kira-kira jam dua petang oleh para petugas yang dinamakan ‘team ghostbuster KeADILan’.
Dua buah bas ditahan di Mengkuang Homestay Mengkuang Titi manakala sebuah lagi di Seberang Jaya.
SK online difahamkan Anwar telah pergi di tempat kejadian terbabit, beliau berada di sana kira-kira 10 minit dan juga telah bertemu dengan pengundi-oenngundi di Sek Menengah Kebangsaan Mengkuang
Petugas telah membawa bas tersebut ke balai polis. Anwar Ibrahim meminta polis melepaskan pengundi hantu berkenaan, walaubagaimanapun meminta polis mengiringi bas-bas berkenaan keluar dari Permatang Pauh..
nie berita best dari harakahdaily...
"Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengetuai skuad gempur pengundi hantu AMK, bas ketiga dijumpai di Plaza Tol Kubang Semang.
Katanya salah seorang pemandu daripada tiga buah bas tersebut mengakui membawa pengundi daripada Melaka.
Katanya, bas yang bernombor plat CDE 1122 memuatkan 44 orang penumpang yang disyaki bukan penduduk tempatan. "
ANWAR -NEXT PRIME MINISTER-malaysiakini
Hanya separuh mengundi sehingga 2 petang
Three buses - one of which was filled with passengers - have been escorted to a police station in Permatang Pauh after PKR supporters believe they were used to ferry phantom voters. more
Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula, 48.44 peratus atau 28,317 daripada 58,459 pengundi keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata, jumlah itu masih lagi rendah memandangkan hanya ada tiga jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup jam 5 petang.
Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata, kesesakan lalulintas menyumbang kepada kelewatan pengundi tiba di pusat-pusat mengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
"Pengundi masih mempunyai masa untuk menunaikan tanggungjawab mengundi dan berharap mereka yang belum berbuat demikian supaya keluar segera," katanya.
Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan perletakan jawatan anggota Parlimennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.
Dalam pilihanraya itu, Anwar, 61, ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, dan Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
Monday, August 25, 2008
PANAS-IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi
Ikuti pendedahan yang pasti menggegarkan ini bersama dua orang wartawan kanan Edi Suleiman dan Dzulkarnain Taib serta Rusnizam Mahat dan juruvideo Ebrahim Harris.
SK: Boleh ustaz terangkan siapa yang arahkan ustaz untuk menjadi saksi kepada sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?
RP: Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang Al-Quran atau tidak.
SK: Saiful dikatakan tersalah sebut beberapa istilah semasa lafaz sumpah beliau. Adakah ini mencacatkan kesahihan sumpah yang dia ucapkan?
RP: Bagi saya kalau dia bersumpah untuk dirinya sendiri sumpah itu boleh diterima lagi tetapi dikatakan mubahalah tidak sempurna selagi kedua-dua pihak tidak bersumpah.
SETERUSNYA
Sunday, August 24, 2008
10 PERKARA ANDA MESTI ELAKKAN SEMASA DI PERMATANG PAUH
1 -Kalau hendak mendengar ceramah Anwar dan tersesat jalan di Permatang Pauh jangan sesekali bertanya di pondok yang ada lencana keris atau gambar dacing. Bahaya nanti patah gigi.
2 - Kalau hendak mendengar "stand comic Mat Ezam dan 40 Penyamun" jangan memakai baju T bercap kepala Anwar. Bahaya.
3 - Kalau hendak makan satay dan laksa percuma sila cari tempat orang yang paling sikit berkumpul. Pasti ada satay dan laksa.
4 - Apabila berjumpa anak muda yang memakai baju T bercap Anwar jangan tanya "malam ini Ezam berceramah di mana?" Bahaya.
5 - Kalau jumpa ular dan Mat Ezam jangan sesekali ketuk kepala ular. Ular adalah umat yang Maha Esa. Sayangi binatang liar. Kalau ular ini besar berikan Ezam untuk dijadikan makanan ular. LAGI
Selasa 26/8 08 ini sebagai cuti umum-malaysiakini
10 PERKARA ANDA MESTI ELAKKAN SEMASA DI PERMATANG PAUH
Next Tuesday, the polling day for the crucial Permatang Pauh by-election, has been declared a special public holiday in Penang by the state government.MORE
Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Selasa ini 26/8/08 sebagai cuti umum di Pulau Pinang.
Beliau berkata cuti khas itu bagi membolehkan pengundi-pengundi berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada hari berkenaan.
Komen:
Cekap .prihatin dan memahami hasrat rakyat...memang kerajaan negeri yang prihatin dan berwawasan..nampak remeh dgn memberi cuti tetapi satu tindakan yang memberi impak kepada keputusan PRK nanti.Syabas KM Lim Guan Eng.
Dipihak yang lain SPR telah membuat rekod Malaysia,iaitu mengundi pada hari berkerja.
Thursday, August 21, 2008
Imam diarah hadir sumpah Saiful-malaysiakini
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.
Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.'Memang ahli Umno'
Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos. Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".
Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful."Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya. Tiada kaitan
Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.
Tuesday, August 19, 2008
PERMATANG PAUH-18,000 undi majoriti-MALAYSIAKINI
Apa senario selepas itu?
Setelah diisytiharkan menang, DSAI dijangka angkat sumpah seawal-awalnya 27 Ogos. Parlimen bersidang hingga 28 Ogos shj. 29 Ogos pembentangan bajet. Selepas dari itu Parlimen akan hanya bersidang semula pada 13 Oktober.Ini bermakna sebarang pertukaran kerajaan sebelum 16 Sept hanya boleh dibuat samada pada 27/28 Ogos melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Berdasarkan perkiraan DSAI membentuk Kerajaan pada 16 Sept..the actual date is actually 28 Ogos. If nothing happen by 28 Ogos..then nothing will happen on 16 Sept..a date which I think is just a psychological date.
So guys..insyallah kalau menurut jadual DSAI..kerajaan baru akan dibentuk sebenarnya pada 28 Ogos. Tak sempatlah Pak Lah nak bentangkan bajet..silap haribulan DSAI yang akan bentangkan bajet sebagai PM baru..Tapi kalau tak jadi by 16 Sept ape jadi?! Aku pun tak berani nak pikio..isyk..isyk..jgn tak jadi yop..letih teman nak bersilat nanti..hehehe..
Yes Mr. Prime Minister..we welcome you on 16 Sept..
Zulkifli Noordin
Saturday, August 16, 2008
Dr M cabar Anwar bersumpah-MALAYSIAKINI
Beliau menegaskan demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA), demikian menurut Bernama.Beliau yang merujuk kepada sumpah laknat yang dibuat Saiful semalam berkata, ia (bersumpah) adalah cara bekas pembantu Anwar itu untuk membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.Semalam Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengatakan bahawa beliau bercakap benar mengenai dakwaannya yang beliau diliwat oleh Anwar.Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali.
Mahathir berkata sebagai seorang tokoh dalam arena politik Malaysia, Anwar perlu berkelakuan sempurna dan mengikut sentimen orang ramai yang mahukan beliau bersumpah.
Menurutnya langkah mengangkat sumpah itu boleh dianggap sebagai gerakan politik yang baik, namun Anwar sendiri perlu mengemukakan bukti yang sah, bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah berhubung perkara itu."Dalam kes ini, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA," katanya
Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.