PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, August 26, 2008

ANWAR -NEXT PRIME MINISTER-malaysiakini

Aug 26, 08 3:56pm breaking news If the turnout is about 80 percent, this will translate into about 28,000 votes for Anwar against Arif's 18,000, with a majority of around 10,000.

Hanya separuh mengundi sehingga 2 petang

Three buses - one of which was filled with passengers - have been escorted to a police station in Permatang Pauh after PKR supporters believe they were used to ferry phantom voters. more

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pula, 48.44 peratus atau 28,317 daripada 58,459 pengundi keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata, jumlah itu masih lagi rendah memandangkan hanya ada tiga jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup jam 5 petang.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata, kesesakan lalulintas menyumbang kepada kelewatan pengundi tiba di pusat-pusat mengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

"Pengundi masih mempunyai masa untuk menunaikan tanggungjawab mengundi dan berharap mereka yang belum berbuat demikian supaya keluar segera," katanya.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan perletakan jawatan anggota Parlimennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya itu, Anwar, 61, ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, dan Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.