Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membaca kenyataan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung kes terhadap Anwar. Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang menyifatkannya sebagai satu kezaliman politik terhadap Anwar.
Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut hadir memberi sokongan.Sementera itu, polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan-jalan utama masuk ke bandaraya pendakwaan Datuk Seri Anwar ke mahkamah hari ini atas tuduhan liwat.
Keadaan itu menyebab kesesakan lalulintas yang teruk menuju ke bandaraya.
Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar diikatjamin diri tanpa penjamin.
Katanya, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.
Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September depan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment