PEMERHATI / RAKAN2

Wednesday, August 13, 2008

Datuk Ahmad Said: Orang kampung mahu saya..-MALAYSIAKINI.

Bekas timbalan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Ahmad Saad mendakwa pengundi di kampung-kampung mahukan beliau bertanding sebagai calon dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini."Orang kampung bercakap mereka mahukan saya. Ini bancian yang mereka buat. Saya tahu kerana orang kampung yang bercakap," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Menurut mereka, bukan (hanya) satu kajian tetapi beberapa kajian yang mereka buat. Ini bermakna mereka mahukan saya bertanding." Ahmad, yang juga ketua Umno cawangan Kampung Bukit Indera Muda berkata, beliau tidak menyuruh orang kampung berbuat demikian tetapi sebaiknya mereka membuatnya sendiri.

Menurut kajian itu, katanya, calon yang paling layak dan sesuai menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah orang yang rapat dengan penasihat PKR itu."Oleh itu, saya orang yang paling rapat dengan Anwar kerana saya pernah menjadi timbalannya semasa beliau mengetuai Umno."Anwar menjadi ketua bahagian Permatang Pauh sejak masuk Umno pada 1982 hingga dipecat pada 1998," katanya.

Pernah jadi Adun


Ahmad juga berasal dari Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang, Bukit Mertajam dalam kawasan Permatang Pauh.Beliau pernah menjadi pegawai daerah Bukit Mertajam dari tahun 1976 hingga 1978."Semua orang kampung di Permatang Pauh kenal saya, bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Cina dan India juga.

"Hari ini pun mereka datang memberi sokongan kepada saya supaya bertanding di Permatang Pauh," katanya lagi.Ahmad yang kini berusia 57 tahun tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Umno bahagian.Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dari 1991 hingga 1995 dan Adun Permatang Pasir (1995-199).

Sebelum ini, ketua bahagian itu Datuk Abdul Jalil Majid berkata, hanya Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang boleh menentukan siapa calon BN untuk kawasan itu.Selain Abdul Jalil, nama lain yang disebut-sebut termasuklah bekas calon Datuk Pirdaus Ismail dan bekas ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor.

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.