PEMERHATI / RAKAN2

Monday, August 18, 2008

Kewibawaan mahkamah?-malaysiakini

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah, demikian menurut laporan Bernama.Mohd Saiful mengangkat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lalu dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya secara paksa.Majlis angkat sumpah itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat.Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara.Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat.

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.