PEMERHATI / RAKAN2

Wednesday, August 20, 2008

Penahanan Exco - Nizar serahkan kepada siasatan BPR

20 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk melakukan siasatan secara adil dan telus terhadap dua orang anggota Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nizar berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan mereka yang disiasat tidak semestinya bersalah sebelum kesalahan dibuktikan.Difahamkan antara enam orang yang ditahan pagi ini oleh BPR, termasuk dua orang Exco dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti KeADILan Rakyat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini BPR menahan enam orang berkaitan projek perumahan membabitkan RM180 juta di Seri Iskandar.

Sementara itu Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit memangsakan dua anggota Exco untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat. - mr_

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.