PEMERHATI / RAKAN2
Thursday, March 5, 2009
Polis benar himpunan anti-PPSMI -malaysiakini
Bagaimanapun perhimpunan hanya dibenarkan diadakan di Masjid Negara jam 2 petang, sementara dua lokasi lagi yang dirancang - Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo - tidak jelas.
Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas memberitahu Malaysiakini sebentar tadi, polis bagaimanapun melarang perarakan ke Istana Negara seperti dirancang.
"Kami dimaklumkan boleh berhimpun di Masjid Negara tetapi perarakan (ke Istana Negara) tidak boleh," katanya.
Beliau dimaklumkan, tambahnya, perarakan itu tidak dibenarkan setelah polis mempertimbangkan faktor keselamatan.
Bagi menyerahkan memorandum gabungan itu kepada istana, polis menawarkan khidmat menghantar pemimpin GMP ke lokasi itu menggunakan kenderaan pasukan keselamatan itu, kata Hasni.
Kebenaran itu dimaklumkan oleh polis sewaktu pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad, timbalannya Dr Shahrir Mohd Zain dan beliau sendiri ke ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pagi tadi.
Keputusan terbaru ini membayangkan polis mengambil sikap bertolak ansur selepas amaran diberikan kepada orang ramai semalam agar tidak menyertai perhimpunan itu.
Ditanya tindakan lanjut GMP setelah mendapat kebenaran polis itu, Hasni berkata, gabungan itu akan bermesyuarat petang esok di ibu pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) bagi memutuskan perkara itu.
Semalam, Istana Negara dilaporkan bersedia menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera.
Satu salinan memorandum pemansuhan PPSMI telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong kelmarin, kata Dr Hassan.
Sementara itu Bernama pula melaporkan, polis tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang ingin meneruskan perhimpunan di hadapan
Istana Negara, kata ketua polis Kuala Lumpur.
Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan menempatkan anggota di beberapa kawasan sekitar istana.
"Kita tengok pada situasi yang akan berlaku pada hari itu dan mengambil tindakan jika keadaan di luar kawalan," beliau dipetik berkata.
Sunday, January 18, 2009
'Jangan putus hubungan dengan Allah' - Abdul Wahid Endut
Iklan
Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.
"Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.
"Jangan putus hubungan dengan Allah," tegasnya.
Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah.
"Kita belajar daripada Kelantan, yang memperolehi kekuatan dengan cara tarbiyah seperti ini," katanya.
Adun Wakaf Mempelam itu turut mengingatkan semua pihak bahawa banyak daripada mereka yang mendapat kuasa tidak dapat menahan diri dengan ujian kemenangan
"Sedangkan itu merupakan prasyarat utama agar Allah memberikan kemenangan,"
"Kita berharap agar Allah akan memberikan kemenangan kepada kita untuk menjadi kerajaan di negeri Terengganu ini," ujarnya sambil disambut lauangan takbir.
Abdul Wahid juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas Pakatan Rakyat termasuklah petugas daripada negeri-negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan pilihan raya ini.
Untuk itu katanya, beliau akan turun ke setiap UPU bagi mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas daripada dalam dan luar Kuala Terengganu.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Timbalannya Ustaz Abu Bakar Chik. - azm_
Friday, October 10, 2008
Tukar kerajaan-malaysiakini
“Mesyuarat memilih lima orang untuk mewakili parti dalam mesyuarat Pakatan,” kata ahli jawatankuasa pusat Khalid Samad, yang menganggotai lajnah politik dan pilihanraya PAS.
Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, awal minggu ini juga memutuskan untuk mendapat restu secara rasmi oleh anggota-anggota jawatankuasa pusat bersama ahli-ahli Dewan Rakyat parti itu.
Khalid menambah, pertemuan untuk mendapat mandat barisan pemimpin itu diadakan pada Ahad ini.“Mesyuarat putuskan, pada 12 Oktober, perkara ini akan dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat bersama ahli-ahli parlimen (PAS). Mereka kena terima (keputusan itu),” katanya.
Selain Abdul Hadi, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, dua timbalannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu terpilih bersama setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaffar untuk mewakili PAS ke mesyuarat Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kumpulan pemimpin berprofil tinggi itu dihantar sebagai persiapan pakatan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan seperti rancangan Anwar yang dikenali "projek 16 September." PAS selama ini mengirim pemimpin lebih rendah kerana pada peringkat awal pembentukan Pakatan, yang bermula hanya selepas kemenangan mengejut pembangkang dalam pilihanraya umum Mac lalu, ia bertujuan "menyemak nama-nama ahli parlimen BN" yang bakal menyertai gabungan tersebut.
“Dulu kita berusaha menyemak nama-nama ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan. Sekarang kita hendak menyelaraskan kerjasama dalam Pakatan ke arah membentuk kerajaan baru. Termasuklah membincangkan soal (anggota) kabinet dan sebagainya,” kata Khalid.Beliau mengulas sebab pergantian wakil PAS dalam majlis kepemimpinan Pakatan Rakyat daripada pemimpin rendah kepada pemimpin yang lebih kanan.
Mengulas pertembungan terbuka beberapa pemimpin parti itu di pelbagai peringkat, khususnya reaksi terhadap projek 16 September, beliau berkata “semua sudah OK” selepas mesyuarat lajnah tersebut. Dalam mesyuarat Isnin lalu, perkara itu “ada perbahasan sedikit”, katanya.
Khalid menambah, “semua pemimpin faham” dan bersetuju untuk mengeluarkan pandangan rasmi parti sahaja dan mengelak mengemukakan idea peribadi secara terbuka.
“Kalau semua orang hendak kemukakan pandangan peribadi, susahlah (PAS),” katanya.
Permukiman di Langkawi bulan depan bagaimanapun tetap diadakan untuk membincangkan banyak perkara berkaitan strategi pembentukan kerajaan persekutuan, tambahnya.
Thursday, October 9, 2008
Nik Aziz dan Anwar di majlis Aidilfitri Pulau Pinang Sabtu ini
PULAU PINANG, 9 Okt (Hrkh) - Tiga program besar akan diadakan serentak pada hari Sabtu ini (11 Oktober) di Pulau Pinang membabitkan Kerajaan Negeri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Program tersebut ialah Rumah Terbuka Aidilfitri 2008 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama, Haji Abdul Rahman Abas.
Majlis yang sama juga akan diadakan di kediaman Dato' Seri Anwar di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Manakala bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang satu lagi program jamuan Aidilfitri diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.
Di mana Tuan Guru Nik Aziz dijangka datang meraikannya di samping mengadakan pertemuan dengan Dato' Seri Anwar dan Lim Guan Eng. - mksTuesday, October 7, 2008
Khalid jelas sebab pertikai 3M PAS-malaysiakini
"Ia adalah cetusan idea untuk difikirkan. Kalau semua syarat kita diterima dan menguntungkan kita, susah kepada parti-parti lain (dalam Pakatan Rakyat) menerima PAS," kata Khalid Samad ketika dihubungi Malaysiakini.Ahli parlimen Shah Alam diminta mengulas tulisannya di blog peribadinya yang menyifatkan syarat tersebut "agak sukar" memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh Umno.
Dalam tulisannya itu, Khalid menyebut: "Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi tidak boleh elak daripada memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah."Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasati ia tidak akan ditandatangani.
"Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (saw) terpaksa membenarkan kalimah 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' serta istilah 'Rasullullah' digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy.
"Namun Hudaibiyyah diisytiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul (Pembukaan) Mekah."
Dalam blognya juga, Khalid berkata: "Kadangkala kita kena lihat pada potensi sesuatu keadaan dan dengan mengambil kira potensi itu, perlu berani dan yakin terhadap pertolongan Allah untuk maju ke hadapan. Dengan itu, apa yang dilihat sebagai satu kerugian boleh berubah menjadi kejayaan."Perjuangan semestinya memerlukan pimpinan mengambil risiko yang dipertimbangkan terdahulu atau “calculated risk” (risiko yang diperhitungkan).
"Perjuangan yang tidak sanggup mengambil risiko tidak akan maju dan tidak akan ke mana-mana. Pemimpin yang tidak berani mengambil risiko tidak akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang."
"Oleh itu, jika dikaji secara objektif, beliau bertanya apakah risiko yang akan terpaksa kita hadapi sekiranya majoriti ahli parlimen Pakatan Rakyat adalah bukan Islam? Pada pandangan saya, amat minimum sekali.
"Pertama, Islam dan kedudukan Melayu dilindungi Perlembagaan (Persekutuan). Tuntutan perlembagaan akan pasti dipertahankan oleh semua institusi termasuk Yang di-Pertuan Agong.
"Kedua, sekiranya bermasalah dan terancam, PAS boleh keluar dari pada Pakatan Rakyat pada bila-bila masa dan pada ketika itu kerajaan PR akan terbubar dengan sendirinya," tambahnya.
Berbanding dengan risiko yang minimum ini, tegasnya, potensi kebaikan sebaliknya begitu menggunung sekiranya Pakatan Rakyat bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengambil alih kuasa di peringkat pusat.
"Namun, potensi ini akan hanya tercapai sekiranya diusahakan. Ia tidak datang bergolek dan oleh itu mesti ada kesungguhan dan keyakinan terhadap kemampuan Islam untuk menawan hati semua yang melihat. "Kalau kita tidak yakin dengan potensi yang ada, lagi mudah melepaskan sahaja peluang ini tanpa mengambil apa-apa risiko," katanya.
"Mungkin masalah kita sekarang ialah kita tidak lihat perlunya rakyat Malaysia keluar daripada bawah pemerintahan Umno/BN. Pemerintahan zalim ini yang ditolak oleh rakyat kita anggap lebih baik daripada Pakatan Rakyat semata-mata kerana bilangan ahli parlimennya (nanti) bukan terdiri dari majoriti Melayu-Muslim.
"Maka amatlah malang sekiranya kita terpaksa melihat pada akhirnya kerajaan yang zalim dan korup gagal ditumbangkan kerana PAS!" tulis Khalid lagi.Mengulas lanjut maksud tulisannya itu, Khalid berkata, beliau menyamakan hal ini dengan perjanjian Hudaibiyah kerana ia memberi keuntungan pada masa depan kepada PAS dan Pakatan.
"Ia memberi persamaan (dengan perjanjian Hudaibiyah) kerana memberi keuntungan kepada kita (Pakatan) pada masa hadapan iaitu, BN tidak akan mengganggu kerana kita bentuk kerajaan dan pengiktirafan DAP kepada PAS," katanya.
Beliau menambah, antara manfaat lain yang diperolehi sekiranya Pakatan membentuk kerajaan ialah membolehkan demokrasi tertegak, media menjadi lebih bebas dan rakyat bebas membuat pilihan dan penilaian."Ia membuatkan kedudukan kita menjadi lebih kukuh," jelasnya.
Bagaimanapun, tegas Khalid, buat masa kini PAS akan terus bersama Pakatan selagi gabungan tiga parti besar itu memberi manfaat kepada perjuangannya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan agar PAS tidak tergesa-gesa keluar daripada Pakatan di peringkat pusat, sekiranya majoriti ahli parlimen gabungan pembangkang terdiri bukan Islam.
Sebaliknya, Khalid menyarankan agar PAS mengadakan muktamar khas untuk memutuskan kedudukan parti itu dalam Pakatan.
Wednesday, September 24, 2008
Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan-malaysiakini
Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dipetik sebagai berkata "orang tengah" kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.
Abdullah menyifatkan kenyataan itu "paling gila" pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau "tidak tahu-menahu" tentang rundingan seumpama itu yang menurutnya sebagai "tersalah tafsir".
Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu.
Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur berhubung perkara yang sama malam tadi.
"Kami juga berbincang langkah-langkah seterusnya yang sepatutnya Pakatan Rakyat ambil dalam usaha membentuk kerajaan baru yang mencerminkan sokongan majoriti anggota-anggota parlimen," kata Anwar dalam satu kenyataan.Beliau menyifatkan keengganan Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sebagai satu tindakan Umno "mensabotaj dan membantutkan proses demokrasi."
Pakatan Rakyat juga merancang menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung projek undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
Friday, September 19, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Anwar: We're ready to form new gov't-malaysiakini
Anwar mahu temui PM isu tukar k'jaan
Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya dalam masa terdekat. Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".
Bercakap di depan puluhan ribu penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru.
"Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar.
"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."
Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."
"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.
"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.
"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.
"Esok kita akan umumkan pendirian kita."
Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku."Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.
"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat."Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.
Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan.
"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan."Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar membayangkan wujud perbincangan antara pihaknya dengan bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu itu.
"Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata bekas timbalan perdana menteri.
Anwar bagaimanapun tidak menjelas lanjut berhubung perkara itu. Zaid hari menyerahkan surat peletakan jawatan, namun perdana menteri memintanya bercuti sebelum mengambil keputusan muktamad tentang perkara tersebut.
Monday, September 15, 2008
Pelan 16 Sept.: Anwar umum formula Pakatan esok
PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.
"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.
Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.
Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.
"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.
"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini."Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.
Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."mstar
Friday, September 12, 2008
SURAT TERBUKA BUAT ANWAR IBRAHIM-MALAYSIAKINI
Untuk itu YB Dsai mempunyai 2 pilihan.
1) Berhenti menyakat Pak lah.Tak sampai hati melihat beliau begitu keletihan.Yang sebenarnya RAKYAT pun amat keletihan.
ATAU
2) Ambil alih pemerintahan dengan segera , supaya ketidak- tentuan politik dan ekonomi dapat segera di baiki.
Sekian.
Friday, September 5, 2008
TARIKH HIJRAH AHLI PARLIMEN
SUMBER
ulasan
5 SEPT - TIADA APA-APA BERLAKU,TAPI nampaknya umno/bn/Pak Lah semakin kepanasan
Monday, September 1, 2008
Mahyuddin akan ketuai 43 MP menyeberang pada 16 Sept-malaysiakini
Mahyuddin dah tak tahan lagi dengan sikap pak lah yg melambat2kan proses peralihan kuasa yg menyebabkan imej BN bertambah teruk.
LAGI
Saturday, August 30, 2008
BAJET 2008-ULASAN SAIFUDDIN-malaysiakini
War of words between Sapp and Umno
Sabah Barisan Nasional’s ‘rebel’ party Sabah Progressive Party (Sapp) has left little doubt that it no longer holds any desire to remain part of the Barisan Nasional.
Wednesday, August 27, 2008
i try to be neutral-malaysiakini
i look at anwar face... bravo, committed, determined
i look at ezam face... full of hatred
i look at saiful face... full of hatred
i look at wan azizah face... pity, blessed, faith
i look at PR faces... wanna prove something and can offer better...
i look at BN faces... anxious, greedy, power crazy... rakyat the last thing in their mind..
it comes naturally, and i ask myself why...
could not get the answer..
but my heart is telling me something...
i just want to keep it.
unggahunggah
YANG DI TUNGGU SUMPAH ANWAR
Saturday, August 23, 2008
K'jaan Perak tuntut BPR, media mohon maaf
Kerajaan negeri Perak hari ini memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran penyiaran laporan yang telah mencemarkan nama baik dua anggota exconya.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dengan meminta gantirugi daripada pihak terbabit yang telah membuat dan menyiarkan laporan mencemarkan nama baik dua anggota exco berkenaan.
Nizar Jamaluddin memberitahu demikian dalam satu sidang media bersama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.
Menurut Bernama, hadir sama di sidang media itu ialah Exco Kanan kerajaan negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Nga Kor Ming serta kedua-dua exco terbabit.
Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, di selatan Ipoh.
Menurut Nizar, BPR membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.‘Tidak perlu gantung kerja'
Selain itu, Mohammad Nizar berkata dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan tidak perlu digantung tugas bagi tujuan siasatan lanjut.Katanya, penggantungan tugas kedua-dua exco itu tidak perlu kerana dakwaan mereka terbabit dalam kes berkenaan tidak dibuktikan."Kita akan benarkan proses undang-undang dilaksanakan dengan mengikut ketetapan dan fitrahnya. Kita tidak akan menghalang proses undang-undang," katanya.
Beliau berkata tidak ada peraturan dalam perkhidmatan kerajaan yang menetapkan mereka yang ditahan reman berhubung sesuatu kes perlu digantung tugas.Katanya pentadbiran kerajaan negeri juga tidak terjejas dengan penahanan reman dua anggota exco berkenaan, sebaliknya mereka masih meneruskan tanggungjawab dan menghadiri mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini yang berlangsung mulai 10 pagi selepas dibebaskan.
"Kita akan meneruskan kerja-kerja kita sebagaimana yang diberikan mandat oleh rakyat negeri Perak untuk kita mentadbir dan kita mahu menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa kerajaan negeri tetap melawan dan menentang apa-apa elemen rasuah serta apa-apa sahaja penyalahgunaan kuasa," katanya.
Semalam Mahkamah Tinggi di Ipoh membebaskan seorang anggota exco kerajaan negeri dan empat yang lain yang ditahan reman oleh BPR manakala hari ini seorang lagi anggota Exco dibebaskan daripada tahanan reman yang dikenakan terhadapnya.LAGI
Wednesday, August 20, 2008
Penahanan Exco - Nizar serahkan kepada siasatan BPR
Dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nizar berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan mereka yang disiasat tidak semestinya bersalah sebelum kesalahan dibuktikan.Difahamkan antara enam orang yang ditahan pagi ini oleh BPR, termasuk dua orang Exco dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti KeADILan Rakyat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini BPR menahan enam orang berkaitan projek perumahan membabitkan RM180 juta di Seri Iskandar.
Sementara itu Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit memangsakan dua anggota Exco untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat. - mr_
Tuesday, August 19, 2008
Dr Jeffrey: 13 MP Sabah sertai Pakatan -malaysiakini
Katanya, daripada jumlah 13 orang itu, dua ahli Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.Beliau memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di Bukit Mertajam malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.
Menurutnya, kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.
"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihanraya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya.
Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).
Thursday, August 14, 2008
Penjelasan Isu Kuota UiTM
Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.
Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.
Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi "Merakyatkan Ekonomi Selangor".
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor-suara keadilan
Friday, August 8, 2008
'Comfortable number' for Sept 16-MALAYSIAKINI
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar, apabila Pakatan Rakyat memerintah, rakyat tidak perlu lagi "takut terhadap penahanan dan perbicaraan yang sewenang-wenangnya."
Tegasnya, penggunaan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik, akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat.
Anwar juga mendakwa, perbicaraan ke atasnya adalah bermotifkan politik dan "dengan izin Allah merupakan yang terakhir".
Mantan timbalan perdana menteri itu juga yakin Pakatan Rakyat akan mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi pada 16 September depan untuk mengambil alih kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, ahli-ahli parlimen BN telah memberikan jaminan kepadanya.
Sebelum ini, mantan timbalan perdana menteri berkata, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai pakatan pada tarikh tersebut.
Friday, August 1, 2008
Program Lawatan DSAI ke Negeri PahanG
DSAI berucap di Ceramah Perdana di Markas Cegar Medang
Benus,Bentong
Penceramah:
1)YB Choong Siew Onn (DAP)
2)Dato Tuan Ibrahim Tuan Mas (PAS)
3)Sdr Mustapa Kamil Ayub
4)Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Untuk Dihubungi:
En. Ram
Tel: 017-9708423
En. Nizam
Tel:013-3970011
Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.
