PEMERHATI / RAKAN2

Thursday, October 9, 2008

Nik Aziz dan Anwar di majlis Aidilfitri Pulau Pinang Sabtu ini

PULAU PINANG, 9 Okt (Hrkh) - Tiga program besar akan diadakan serentak pada hari Sabtu ini (11 Oktober) di Pulau Pinang membabitkan Kerajaan Negeri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program tersebut ialah Rumah Terbuka Aidilfitri 2008 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama, Haji Abdul Rahman Abas.

Majlis yang sama juga akan diadakan di kediaman Dato' Seri Anwar di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Manakala bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang satu lagi program jamuan Aidilfitri diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Di mana Tuan Guru Nik Aziz dijangka datang meraikannya di samping mengadakan pertemuan dengan Dato' Seri Anwar dan Lim Guan Eng. - mks

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.