Calon Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah, mendakwa terdapat "pengundi hantu" di kawasan itu.Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya berkata, satu kajian yang dibuat selepas pilihanraya 8 Mac lalu, mendapati banyak nama pengundi yang didaftarkan menggunakan satu alamat tetapi apabila disemak, hanya dua atau tiga orang sahaja yang tinggal di alamat itu.
"Saya tidak pasti sama ada mereka ini pengundi hantu, pengundi yang menumpang atau pekerja kilang di kawasan Sungai Petani atau berhampiran yang menggunakan alamat itu tetapi tidak tinggal di situ," katanya kepada pemberita di rumahnya di Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya, dekat Bukit Mertajam.
Bernama memetiknya sebagai berkata, kebanyakan pemilik rumah itu juga tidak mengenali nama-nama yang menggunakan alamat rumah mereka dan beliau mahu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), menyiasat perkara itu.LAGI
SUB-MEMORI LAMA
No comments:
Post a Comment