PEMERHATI / RAKAN2

Showing posts with label TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT. Show all posts
Showing posts with label TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Nik Aziz yakin kerajaan baru bakal ganti BN

KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru.

Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah."Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam."Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini. ��

Isu 16 September ternyata menjadi hambatan besar kepada pemimpin-pemimpin Umno dan BN sehingga mereka mengangggap sebagai gimik politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.Malah mengikut laporan terbaru 43 anggota parlimen BN sudah menyatakan komitmen akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam misi menubuh kerajaan baru di Putrajaya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, bagi mengelakkan masyarakat sentiasa memperbesarkan isu perkauman beliau berhasrat menunaikan solat di masjid pelbagai budaya di Rantau Panjang sempena Ramadan ini yang diimamkan Cina Muslim.

"Dalam bulan ini saya bercadang menunaikan solat di Masjid Pelbagai Budaya yang mana imamnya orang Cina Muslim. Saya mahu menjadi makmum di belakangnya," ujarnya.Beliau berkata, perkara itu dilakukan bertujuan meredakan semangat perkauman yang tidak berkesudahan dalam masyarakat sehingga sekarang.Sedangkan katanya umat Islam mempunyai gurunya iaitu Nabi Muhammad saw, namun mereka lebih berbangga dengan fahaman yang dibawa bangsa lain.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Islam sejak awal lagi Islam tidak memberi ruang kepada isu perkauman kerana Islam mahu merapatkan hubungan sesama bangsa."Saya sentiasa sebut, kalau Allah yang buat rupa paras manusia termasuk Cina atau Melayu sama sahaja sudah tentu tidak akan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.

Beliau berkata, sebenarnya masalah perkauman berpunca akibat penjajahan Eropah yang berlaku sejak beratus tahun lalu.Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan pihak berwajib mengenakan tindakan yang berat terhadap peniaga mercun bagi mengelak berulangnya kecederaan yang menimpa kanak-kanak.Katanya, masalah itu berpanjangan sejak sekian lama dan tidak pernah selesai kerana tiada tindakan tegas kerajaan bagi menanganinya.

Beliau diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak dari Rantau Panjang yang cedera akibat bermain mercun malam tadi.Kanak-kanak berkenaan difahamkan merupakan mangsa mercun pertama di Kelantan.

Sunday, August 17, 2008

Tuan Guru Nik Aziz NAFI laporan akhbar-malaysiakini


 IPOH, 17 Ogos (Hrkh) -
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.
Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya


SUB-VIDEO SAIFOL 27 SAAT -SUMPAH LIWAT PD 26/8/08

SUB2-Saiful! Anda Bukan Makhluk Pertama Bersumpah Di Atas Nama Tuhan

SUB3-KONSPIRASI 1(98),TUDUHAN LIWAT- ULASAN ZUL NOORDIN

Wednesday, August 13, 2008

Nik Aziz akan iringi Anwar di hari pernamaan calon


KOTA BHARU, 12 Ogos: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh 16 Ogos ini.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan Tvpas.com baru-baru ini.16 Ogos adalah hari kedua muktamar PAS yang akan diadakan di Ipoh mulai 15 hingga 17 Ogos.
"Saya akan turun di hari penamaan calon, insya Allah," katanya sebagaimana yang dilaporkan Tvpas.Beliau juga yakin Anwar boleh menang bahkan lebih besar berbanding dengan apa yang diperolehi oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

"Kalau Wan Azizah boleh majoriti lebih 13,000, saya yakin Anwar akan dapat lebih lagi," katanya.Nik Aziz yakin, pengundi Permatang Pauh tidak akan termakan dengan fitnah yang dihadapi Anwar.

Beliau menyifatkan mereka yang membuat tuduhan liwat ini sebagai tidak bermaruah dan bersifat kebinatangan."Belum dibawa ke mahkamah lagi sibuk dah luruhkan nama baik Anwar. Tv, radio, akhbar dah tuduh Anwar. Binatang ini akan masuk neraka jika Anwar tidak maaf. Mana boleh maruah tidak dibela," kata beliau.-SIASAH



Saturday, July 26, 2008

Ingat, berani untuk berdamai!-NIK ABDUH NIK AZIZ

Bila saya kemukakan nas dan sirah serta praktikal gerakan Islam menghadamkan politik damai dalam perjuangan menuju keredhaanNya, teman yang menghujah saya itu membalas, yalah, nas itu satu hal. Tapi UMNO ni bla bla bla. Taring kemarahan saya segera menyeringai. Kalau tidak kerana saya cepat memacak tanda bodoh jahil di atas kepalanya, pasti saya ketuk kepalanya dengan cawan kopi panas di depan saya lalu berkata, ” Bodoh lebih baik daripada degil. Kamu ni degil.” Kawan saya ini hanya jahil.

Bolehkah anda menghujah nas dengan perkiraan dan jenis strategi bebal otak anda? Saya bacakan nas dan menghurainya, anda pun berkata, “Yang Allah kata tu ye lah. Tapi bla bla bala..” Apa kita diajar beradab begitu di depan Allah? Lihat al Hujurat:1-2.

Hujah nas mesti didepani nas juga. Samada anda datangkan nas lain atau anda mentafsir nas yang sama dalam kerangka ilmu tafsir dan takwil yang dibenarkan. Anda tak boleh menolaknya dengan hujah bengal bingal otak anda. Salah, lemah dan tak beradab namanya di sisi agama.

Jangan jadi sesat seperti segolongan manusia yang melayan ayat al Quran yang memuji kebesaran para sahabat ar Rasul sallaLlhu alaihi wasallam dengan tafsiran dan takwilan sesat demi semata - mata nak menegakkan bahawa kebenaran dan kebesaran hanya milik Ali karramaLlahu wajhahu dan ahlil Bait sahaja, bukan untuk seluruh para sahabat.

Allah menyuruh kita berdamai bila musuh miring untuk berdamai. Abaikan dulu soal tipu daya. Allah bersama kita menolong kita. Jika Pak Lah nak tipu, tipulah. Allah takkan bersama Pak Lah pun. Apa takut? Bila Pak Lah tipu, Allah tipu Pak Lah. Tipah tertipu, Pak Lah lagi tertipu.

Berdamai! Kamu takut? Allah bersama. Dia tunjukkan jalan untuk mengelak daripada ditipu atau, jika Dia benarkan tipu daya berlaku, Dia sendiri ambil risiko tipu daripada kita. Bila dia ambil, sekali lipat Allah pukul balik musuh yang menipu.

Allah tidak membebankan kita dengan risiko rugi ditipu. Allah bebankan kita dengan keberanian untuk berdamai.

Ingat, berani untuk berdamai!

Sesetengah anda takut untuk berdamai. Allah telah menjawabnya. Anda mesti berani untuk berdamai. Allah mahu dan sukakan perdamaian.

Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.

Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?

Sekarang, ayahanda telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.

Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..

Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.

Isteriku, hidangkanku secangkir kopi panas. Aku mahu terus berperang. Damai itu hanya rehat mengesat hanyir darah yang mengalir.."

http://nikabduh.wordpress.com

Thursday, July 3, 2008

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi.

Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.


LAGI

Sunday, June 29, 2008

Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar ? Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) ? Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

?Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni,? katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.

Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.

Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

LAGI

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.