PEMERHATI / RAKAN2

Wednesday, December 31, 2008

Selamat tahun baru HIJRAH & masihi

SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN UNTUK KITA BERHIJRAH KEPADA YANG LEBIH BAIK.

DATO FAUZI !

Tahniah diucapkan pada Dato Fauzi kerana dilantik mengetuai KEADILAN PAHANG.Diharapkan dapat membawa perubahan pada PKR di PAHANG,yang selama ini LESU DAN TAK BERMAYA.

Saturday, November 22, 2008

SURAT TERBUKA BUAT BAKAL PM-malaysiakini

Rujuk artikel2 berikut: RUJUK ARTIKEL EHSAN / RUJUK ARTIKEL 2

Setakat ini hanya bantuan Wang Ehsan berjumlah RM500.00 sahaja yang diperolehi.
Harap dapat perhatian daripada bakal perdana menteri.

dari Kami penduduk2 Sungai Isap Kuantan

Monday, November 17, 2008

YAB NIZAR DI KUANTAN 15/11/08-MALAYSIAKINI

YAB NIZAR DI KUANTAN .TURUT HADIR YB FUZIAH,YB LEONG,YB SYED RAHMAN.
VIDEO CLIP
yang selanjutnya akan menyusul

Tuesday, October 28, 2008

DATO FAUZI MULA BERCERAMAH-malaysiakini

Semalam Dato Fauzi berceramah di Kg kurnia,Kuantan berganding dengan Ust Kamal Asaari.Sehingga kini tidak kurang dari 3 program ceramah yang telah disertai ,sejak mengisytiharkan diri menyertai Pakatan Rakyat.Syabas

Monday, October 13, 2008

Karung undi dijumpai di sungai-MALAYSIAKINI

Karung undi pos di dalam sebatang sungai di Menggatal, Sabah yang ditemui Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihanraya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui.

"Ia disebabkan oleh kegagalan petugas-petugas pilihan raya mengembalikan semua peralatan pilihan raya yang tidak digunakan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab soalan Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (BN-Batu Sapi) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya berdasarkan kepada semakan yang dibuat, didapati sampul plastik yang dijumpai tersebut adalah sampul-sampul plastik yang digunakan semasa pilihanraya umum Sabah pada 1999.

"Oleh sebab terdapat keraguan ke atas dokumen-dokumen tersebut dan memandangkan tempoh masa yang agak lama, maka pihak polis akan membuat pemeriksaan forensik bagi mengesan usia karung berkenaan," katanya, seperti laporan Bernama.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata sehngga kini pihak polis belum memaklumkan hasil pemeriksaannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Menurut beliau, hanya selepas disahkan, sampul-sampul plastik berkenaan boleh dimusnahkan mengikut peruntukan Peraturan 25 E Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Pada 24 Julai lepas, dilaporkan satu karung berwarna perang yang digunakan untuk undi pos telah ditemui di Sungai Tebobon.Karung berkenaan tertera perkataan "undi pos" dan "Suruhanjaya Pilihan Raya". Ia mengandungi 10 beg plastik biru ketika ditemui oleh seorang petani yang memotong rumput di kawasan berhampiran.

Menurut agensi berita itu lagi, hasil siasatan awal polis bagaimanapun mendapati karung berkenaan hanya mengandungi beg-beg plastik kosong.

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.