PEMERHATI / RAKAN2

Monday, June 30, 2008

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG
29th Jun 2008



Penubuhan Unit Ehsan




- Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mengumumkan penubuhan Unit Ehsan AMK Pulau Pinang. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk membantu menjalankan tugas amal dan kebajikan di Negeri Pulau Pinang. Setiap bahagian Angkatan Muda di negeri Pulau Pinang akan mewujudkan Unit ini.




- Penubuhan Unit ini dipelopori oleh Ahli Angkatan Muda sendiri. Unit ini juga akan memainkan peranan menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kekal maju dan berkepedulian terhadap kebajikan rakyat.






Tuduhan Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim



- Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang memandang serius tuduhan palsu liwat siri-2 yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang yakin tuduhan ini sengaja diadakan bertujuan menghalang beliau dari mendedahkan maklumat terbaru yang mengaitkan Ketua Polis Negara- Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara -Ghani Patail dengan konspirasi menjatuhkan beliau pada tahun 1998.





- Kami percaya ini juga merupakan langkah terdesak regim BN untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan rakyat Malaysia kerana takut akan kuasa rakyat yang semakin berani menyanggah kezaliman, menolak kerajaan serta pimpinan yang korup dan nyata mahukan perubahan setelah pilihanraya umum – 12 yang lepas.
- Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang mendesak agar tindakan segera diambil terhadap kenyataan bersumpah Y.M Raja Petra yang mengaitkan Orang No 2 Negara dengan pembunuhan Altantunya. Tuduhan yang disertakan dengan kenyataan bersumpah adalah serius dan wajar diambil tindakan segera.





- Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dengan ini menyatakan sokongan teguh dan menolak sepenuhnya tuduhan liwat siri 2 yang nyata mempunyai niat jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami meminta agar penyokong dan pendokong parti bersabar serta jangan melatah dengan perkembangan ini. Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang telah mengerakkan ahlinya ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan terhadap Bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.







Ahmad Azrizal Tahir





Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan





Negeri Pulau Pinang.

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.