PEMERHATI / RAKAN2

Sunday, June 29, 2008

Konspirasi politik cuba jatuhkan imej Anwar ? Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 29 Jun (Hrkh) ? Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

?Ini kerja-kerja politik belaka. Geng-geng politik semua, kerana tidak beriman. Dalam blog pun dibuat macam-macam tuduhan.. apa ni,? katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan dilaporkan mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu yang dianggap cuba mengulangi kes serupa pada 1998.

Beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatannya pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dengan perbuatan liwat.

Kemudian pada 1999 Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada 2000 dikenakan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

LAGI

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.