Setiausahanya Lau Weng San juga berkata tidak wajar pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak menghalang DAP "campur tangan" dalam rundingan rakan kongsinya itu dalam Pakatan Rakyat dengan Umno.

"Tindakan beberapa orang pemimpin kanan PAS ini bukan sahaja telah menimbulkan kerisauan dan kemarahan ahli-ahli akar umbi serta penyokong-penyokong bukan Muslimnya, malahan mereka pula mempermainkan perkataan-perkataan seperti 'muzakarah' dan 'muqabalah'."
Lau berkata perbincangan sulit antara beberapa pemimpin kanan PAS dan Umno bukan sahaja tidak dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain di dalam Pakatan Rakyat, malahan kebanyakan ahli akar umbi PAS, termasuk ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat PAS yang turut tidak dimaklumkan terhadap pertemuan ini.
Beliau, yang juga wakil rakyat Kampung Tunku, berkata tindakan PAS itu "membelakangi konsep PAS untuk semua" yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS dan "satu pengkhianatan terbuka kepada pengundi-pengundi bukan Muslim dan pengundi-pengundi Muslim yang tidak menyokong dasar-dasar perkauman Umno."
1 comment:
DSAI will be contest by election in Permatang Pauh!
The road to Putrajaya is getting closer!!!
DSAI, save the nations!!!!
Saiful, siaplah engkau! Baik berambus dari Malaysia sekarang!!!
Post a Comment