PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, October 28, 2008

DATO FAUZI MULA BERCERAMAH-malaysiakini

Semalam Dato Fauzi berceramah di Kg kurnia,Kuantan berganding dengan Ust Kamal Asaari.Sehingga kini tidak kurang dari 3 program ceramah yang telah disertai ,sejak mengisytiharkan diri menyertai Pakatan Rakyat.Syabas

Monday, October 13, 2008

Karung undi dijumpai di sungai-MALAYSIAKINI

Karung undi pos di dalam sebatang sungai di Menggatal, Sabah yang ditemui Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihanraya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui.

"Ia disebabkan oleh kegagalan petugas-petugas pilihan raya mengembalikan semua peralatan pilihan raya yang tidak digunakan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab soalan Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (BN-Batu Sapi) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya berdasarkan kepada semakan yang dibuat, didapati sampul plastik yang dijumpai tersebut adalah sampul-sampul plastik yang digunakan semasa pilihanraya umum Sabah pada 1999.

"Oleh sebab terdapat keraguan ke atas dokumen-dokumen tersebut dan memandangkan tempoh masa yang agak lama, maka pihak polis akan membuat pemeriksaan forensik bagi mengesan usia karung berkenaan," katanya, seperti laporan Bernama.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata sehngga kini pihak polis belum memaklumkan hasil pemeriksaannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Menurut beliau, hanya selepas disahkan, sampul-sampul plastik berkenaan boleh dimusnahkan mengikut peruntukan Peraturan 25 E Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Pada 24 Julai lepas, dilaporkan satu karung berwarna perang yang digunakan untuk undi pos telah ditemui di Sungai Tebobon.Karung berkenaan tertera perkataan "undi pos" dan "Suruhanjaya Pilihan Raya". Ia mengandungi 10 beg plastik biru ketika ditemui oleh seorang petani yang memotong rumput di kawasan berhampiran.

Menurut agensi berita itu lagi, hasil siasatan awal polis bagaimanapun mendapati karung berkenaan hanya mengandungi beg-beg plastik kosong.

Kerusi Kulim -Bandar Baharu kekal PKR

 PETALING JAYA: Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu kekal milik calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Barisan Nasional (BN) hari ini menarik balik petisyen pilihan raya yang kemukakan April lalu.

Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini menolak petisyen tersebut selepas BN memohon untuk menarik balik petisyen berkenaan.

Kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Zulkifli Nordin.

Pada 27 April lepas, bekas calon BN bagi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Mohd Hafarizam Harun memfailkan petisyen memohon keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas bagi kerusi itu diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

Mengikut jadual asal, petisyen itu sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star pada 3 Jun lepas, bagaimanapun tarikh tersebut telah ditunda beberapa kali.

Alasan yang dikemukakan oleh Abdul Aziz semasa membuat tuntutan petisyen itu ialah Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan beliau pada pilihan raya umum itu yang dilihat sebagai melanggar Akta Pilihan.

TKO

Saturday, October 11, 2008

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR MENJELANG 17 OKT-malaysiakini

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR MENJELANG 17 OKT.Doa dari rakyat malaysia diharapkan.

Friday, October 10, 2008

Tukar kerajaan-malaysiakini

Lima pemimpin paling kanan PAS akan terlibat sepenuhnya dalam mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat mulai minggu depan, demikian diputuskan oleh biro politik parti itu.

“Mesyuarat memilih lima orang untuk mewakili parti dalam mesyuarat Pakatan,” kata ahli jawatankuasa pusat Khalid Samad, yang menganggotai lajnah politik dan pilihanraya PAS.
Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, awal minggu ini juga memutuskan untuk mendapat restu secara rasmi oleh anggota-anggota jawatankuasa pusat bersama ahli-ahli Dewan Rakyat parti itu.

djz english teaching conference 080707 khalid samadKhalid menambah, pertemuan untuk mendapat mandat barisan pemimpin itu diadakan pada Ahad ini.

“Mesyuarat putuskan, pada 12 Oktober, perkara ini akan dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat bersama ahli-ahli parlimen (PAS). Mereka kena terima (keputusan itu),” katanya.

Selain Abdul Hadi, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, dua timbalannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu terpilih bersama setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaffar untuk mewakili PAS ke mesyuarat Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan pemimpin berprofil tinggi itu dihantar sebagai persiapan pakatan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan seperti rancangan Anwar yang dikenali "projek 16 September." PAS selama ini mengirim pemimpin lebih rendah kerana pada peringkat awal pembentukan Pakatan, yang bermula hanya selepas kemenangan mengejut pembangkang dalam pilihanraya umum Mac lalu, ia bertujuan "menyemak nama-nama ahli parlimen BN" yang bakal menyertai gabungan tersebut.

“Dulu kita berusaha menyemak nama-nama ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan. Sekarang kita hendak menyelaraskan kerjasama dalam Pakatan ke arah membentuk kerajaan baru. Termasuklah membincangkan soal (anggota) kabinet dan sebagainya,” kata Khalid.Beliau mengulas sebab pergantian wakil PAS dalam majlis kepemimpinan Pakatan Rakyat daripada pemimpin rendah kepada pemimpin yang lebih kanan.

Mengulas pertembungan terbuka beberapa pemimpin parti itu di pelbagai peringkat, khususnya reaksi terhadap projek 16 September, beliau berkata “semua sudah OK” selepas mesyuarat lajnah tersebut. Dalam mesyuarat Isnin lalu, perkara itu “ada perbahasan sedikit”, katanya.

Khalid menambah, “semua pemimpin faham” dan bersetuju untuk mengeluarkan pandangan rasmi parti sahaja dan mengelak mengemukakan idea peribadi secara terbuka.

“Kalau semua orang hendak kemukakan pandangan peribadi, susahlah (PAS),” katanya.
Permukiman di Langkawi bulan depan bagaimanapun tetap diadakan untuk membincangkan banyak perkara berkaitan strategi pembentukan kerajaan persekutuan, tambahnya.

Thursday, October 9, 2008

Nik Aziz dan Anwar di majlis Aidilfitri Pulau Pinang Sabtu ini

PULAU PINANG, 9 Okt (Hrkh) - Tiga program besar akan diadakan serentak pada hari Sabtu ini (11 Oktober) di Pulau Pinang membabitkan Kerajaan Negeri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program tersebut ialah Rumah Terbuka Aidilfitri 2008 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama, Haji Abdul Rahman Abas.

Majlis yang sama juga akan diadakan di kediaman Dato' Seri Anwar di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Manakala bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang satu lagi program jamuan Aidilfitri diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Di mana Tuan Guru Nik Aziz dijangka datang meraikannya di samping mengadakan pertemuan dengan Dato' Seri Anwar dan Lim Guan Eng. - mks

Wednesday, October 8, 2008

Presiden Umno-malaysiakini

kemaskini 4:40pm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan penting yang ditunggu-tunggu - melepaskan jawatan nombor satu Umno enam bulan lagi apabila tidak bersedia bertanding dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.Keputusan perdana menteri itu yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

abdullah badawi supporter pwtc 081008Abdullah pada awalnya dijadual meninggalkan jawatan nombor teratas Umno, dan perdana menteri, pada pertengahan 2010.
Mesyuarat BN itu yang bermula selepas jam 3.30 petang masih lagi berlangsung ketika ini.

Sementara itu, sekumpulan penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, tempat berlangsung mesyuarat berkenaan.

Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.

Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'. Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.

Penyokong Pak Lah berhimpun di PWTC-malaysiakini

Sekumpulan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) edang berlangsung di situ sejak jam 3.40 petang tadi.Mereka turut membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan sehingga 2010 - di tengah-tengah spekulasi yang beliau mungkin dipaksa meletakkan jawatan lebih awal.

Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.

Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.

Abdullah dijangka mengumumkan keputusannya sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan Umno Mac depan.

Beliau dijangka mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat
berkenaan.Abdullah mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang dihadiri oleh pemimpin kesemua 13 parti Komponennya.


Islam Agama Yang Syumul Mencakupi Semua Aspek Kehidupan - Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.“Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

“Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.

Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

“Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Maruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

“Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua,” kata beliau.Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.
Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.

“Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.“Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

“Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan,” kata Guan Eng.

Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

“Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.
“Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

“Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Maruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin,” kata beliau mengakhiri perutusannya.
Harakahdaily.net

Tuesday, October 7, 2008

Khalid jelas sebab pertikai 3M PAS-malaysiakini

Saranan agar PAS tidak terlalu menekankan syarat "majoriti Melayu-Muslim" (3M) sebelum menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan hanyalah untuk perbahasan, jelas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor.

"Ia adalah cetusan idea untuk difikirkan. Kalau semua syarat kita diterima dan menguntungkan kita, susah kepada parti-parti lain (dalam Pakatan Rakyat) menerima PAS," kata Khalid Samad ketika dihubungi Malaysiakini.Ahli parlimen Shah Alam diminta mengulas tulisannya di blog peribadinya yang menyifatkan syarat tersebut "agak sukar" memandangkan kebanyakan kerusi Melayu dipegang oleh Umno.

Dalam tulisannya itu, Khalid menyebut: "Saya tidak mahu mempertikaikan keputusan yang dibuat tetapi tidak boleh elak daripada memikirkan peristiwa perjanjian Hudaibiyyah."Sekiranya syarat-syarat yang menguntungkan dan menjamin kedudukan Islam sahaja yang boleh diterima, maka sudah pasati ia tidak akan ditandatangani.

"Malahan, syarat-syarat Hudaibiyyah bukan sekadar berat sebelah, Rasulullah (saw) terpaksa membenarkan kalimah 'Ar-Rahman' dan 'Ar-Rahim' serta istilah 'Rasullullah' digugurkan untuk memenuhi kehendak wakil kaum Quraisy.

"Namun Hudaibiyyah diisytiharkan sebagai kemenangan besar oleh Allah dan setelah beberapa tahun membawa kepada Fathul (Pembukaan) Mekah."

dap abolish isa forum 230908 khalid samad 02Dalam blognya juga, Khalid berkata: "Kadangkala kita kena lihat pada potensi sesuatu keadaan dan dengan mengambil kira potensi itu, perlu berani dan yakin terhadap pertolongan Allah untuk maju ke hadapan. Dengan itu, apa yang dilihat sebagai satu kerugian boleh berubah menjadi kejayaan.

"Perjuangan semestinya memerlukan pimpinan mengambil risiko yang dipertimbangkan terdahulu atau “calculated risk” (risiko yang diperhitungkan).

"Perjuangan yang tidak sanggup mengambil risiko tidak akan maju dan tidak akan ke mana-mana. Pemimpin yang tidak berani mengambil risiko tidak akan mampu mencapai kejayaan yang cemerlang."
"Oleh itu, jika dikaji secara objektif, beliau bertanya apakah risiko yang akan terpaksa kita hadapi sekiranya majoriti ahli parlimen Pakatan Rakyat adalah bukan Islam? Pada pandangan saya, amat minimum sekali.

"Pertama, Islam dan kedudukan Melayu dilindungi Perlembagaan (Persekutuan). Tuntutan perlembagaan akan pasti dipertahankan oleh semua institusi termasuk Yang di-Pertuan Agong.
"Kedua, sekiranya bermasalah dan terancam, PAS boleh keluar dari pada Pakatan Rakyat pada bila-bila masa dan pada ketika itu kerajaan PR akan terbubar dengan sendirinya," tambahnya.

Berbanding dengan risiko yang minimum ini, tegasnya, potensi kebaikan sebaliknya begitu menggunung sekiranya Pakatan Rakyat bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengambil alih kuasa di peringkat pusat.

"Namun, potensi ini akan hanya tercapai sekiranya diusahakan. Ia tidak datang bergolek dan oleh itu mesti ada kesungguhan dan keyakinan terhadap kemampuan Islam untuk menawan hati semua yang melihat. "Kalau kita tidak yakin dengan potensi yang ada, lagi mudah melepaskan sahaja peluang ini tanpa mengambil apa-apa risiko," katanya.

"Mungkin masalah kita sekarang ialah kita tidak lihat perlunya rakyat Malaysia keluar daripada bawah pemerintahan Umno/BN. Pemerintahan zalim ini yang ditolak oleh rakyat kita anggap lebih baik daripada Pakatan Rakyat semata-mata kerana bilangan ahli parlimennya (nanti) bukan terdiri dari majoriti Melayu-Muslim.

"Maka amatlah malang sekiranya kita terpaksa melihat pada akhirnya kerajaan yang zalim dan korup gagal ditumbangkan kerana PAS!" tulis Khalid lagi.Mengulas lanjut maksud tulisannya itu, Khalid berkata, beliau menyamakan hal ini dengan perjanjian Hudaibiyah kerana ia memberi keuntungan pada masa depan kepada PAS dan Pakatan.

"Ia memberi persamaan (dengan perjanjian Hudaibiyah) kerana memberi keuntungan kepada kita (Pakatan) pada masa hadapan iaitu, BN tidak akan mengganggu kerana kita bentuk kerajaan dan pengiktirafan DAP kepada PAS," katanya.

Beliau menambah, antara manfaat lain yang diperolehi sekiranya Pakatan membentuk kerajaan ialah membolehkan demokrasi tertegak, media menjadi lebih bebas dan rakyat bebas membuat pilihan dan penilaian."Ia membuatkan kedudukan kita menjadi lebih kukuh," jelasnya.
Bagaimanapun, tegas Khalid, buat masa kini PAS akan terus bersama Pakatan selagi gabungan tiga parti besar itu memberi manfaat kepada perjuangannya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar PAS tidak tergesa-gesa keluar daripada Pakatan di peringkat pusat, sekiranya majoriti ahli parlimen gabungan pembangkang terdiri bukan Islam.
Sebaliknya, Khalid menyarankan agar PAS mengadakan muktamar khas untuk memutuskan kedudukan parti itu dalam Pakatan.

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.