PEMERHATI / RAKAN2

Friday, August 1, 2008

Program Lawatan DSAI ke Negeri PahanG

Tarikh: 5hb. Ogos 2008 (Selasa)

DSAI berucap di Ceramah Perdana di Markas Cegar Medang
Benus,Bentong

Penceramah:
1)YB Choong Siew Onn (DAP)
2)Dato Tuan Ibrahim Tuan Mas (PAS)
3)Sdr Mustapa Kamil Ayub
4)Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Untuk Dihubungi:
En. Ram
Tel: 017-9708423
En. Nizam
Tel:013-3970011

Harakah lebih murah 15 Ogos-MALAYSIAKINI

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini, ia akan berada di pasaran pada setiap Isnin dan Jumaat seperti sebelum dikurangkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada awal 2000.LAGI

RASUAH POLITIK-SUMPAH ZUL HELMI

Najib: Permatang Pauh will be tough-MALAYSIAKINI

Najib and Anwar have been involved in a protracted political fued which is bound to heat up as the deputy premier is most likely going to lead Barisan's campaign on the PKR leader's home turf.MORE

Datuk Seri Najib Razak mengakui BN berdepan dengan kesukaran untuk menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon pembangkang di kerusi parlimen tersebut.

"Secara realistik, ia sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini.

Mengulas lanjut keputusan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya sebagai anggota parlimen di kawasan itu, Najib berkata Anwar mempertaruhkan "masalah peribadi" kepada orang ramai.

"Tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Tetapi beliau memilih membawanya (isu itu) kepada pengundi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur.

Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.

anwar ibrahim wan azizah permatang pauh by election 310708Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Desas-desas Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan.

Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen.

Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya itu pada sebelah pagi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama lebih dua penggal selepas Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Hadi: Tiada k'jaan campuran PAS-Umno

PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Oleh itu, itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat tidak lagi berbangkit," katanya.

Keputusan itu dicapai selepas pertemuan khas hampir lima jam barisan pemimpin tertinggi PAS bagi meredakan kehangatan kontroversi rundingan sulit dengan Umno sejak beberapa minggu, khususnya selepas pengakuan Abdul Hadi awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu - jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama - melibatkan hampir 50 pemimpin parti, termasuk mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan semua wakil PAS yang bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selain timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, pertemuan pertama peringkat tertinggi Umno-PAS sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac turut disertai pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Ir. Khalid Samad.

Khalid bertindak mewakili pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali yang hadir dalam pertemuan lebih awal dengan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pertemuan yang bermula jam 10 pagi diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Wan Azizah ... the true hero-MALAYSIAKINI

Anwar has stolen the limelight once again but we should not forget the true hero - the brave woman that held the fort for her beloved husband.MORE

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.