PEMERHATI / RAKAN2

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Saturday, August 16, 2008

Hadi: Saiful's swearing a stupid act-malaysiakini

PAS president Abdul Hadi Awang was highly critical of Mohd Saiful Bukhari Azlan's act of swearing at the mosque yesterday that he was sodomised.

Sumpah Saiful Tindakan Bodoh - Ustaz Hadi Awang

Saiful TELAH BERSUMPAH terpulang pada umat ISLAM menilai-MALAYSIAKINI

Jiwa besar Kepimpinan Ulama PAS

Kebelakangan ini senario politik negara digegarkan oleh satu perkembangan yang sangat menarik. Pertemuan PAS-UMNO, dua buah parti politik terbesar Malaysia yang mana hampir sepanjang sejarah berada di dua posisi saling bertentangan. Pertemuan UMNO-PAS melahirkan satu episod yang menggemparkan, dan mencelarukan pemikiran politik banyak pihak.

Ahli-ahli PAS menjadi keliru. Bahkan sesetengah kepimpinan PAS turut menjadi kelam kabut dan mengambil tindakan-tindakan yang bercelaru. Parti-parti sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP juga kelihatan tidak mampu menggarap perkembangan luar biasa ini.

Ahli-ahli UMNO pula seperti tergamam dan tidak dapat memberi respons secara jelas. Walau bagaimanapun, kepimpinan UMNO rata-ratanya menyokong pertemuan UMNO-PAS tersebut, di atas sebab yang sedia difahami umum; menyelamatkan survival politik mereka. Sikap pimpinan UMNO ini memang sedia termaklum, kerana begitulah darah-daging, budaya UMNO. Mereka akan sanggup melakukan apa saja, asal dapat memberi laba dan menjaga kepentingan mereka.

UMNO (baca: PM) melihat PAS sebagai talian hayat yang mampu melonjakkan kembali penerimaan rakyat kepada nya jika beliau berjaya memainkan lagu dan lenggok Islam dan Ketuanan Melayu menggabungkan PAS dalam kerangka UMNO/Barisan Nasional. Jika Pak Lah berjaya menggabungkan PAS di bawah dahan (rapuhnya), beliau akan berjaya ”membunuh” banyak burung dengan hanya satu balingan batu ajaib bernama PAS. Jika angan-angan Pak Lah ini berhasil, skim peralihan kuasa kepada timbalannya tidak perlu diteruskan lagi, legasi M akan dapat dipadamkan, Anwar Ibrahim, DAP dan Pakatan Rakyat akan segera menjadi hanya satu lagi nota sejarah. Pak Lah akan muncul selaku wira yang berjaya menyatukan bangsa Melayu-Islam, mewujudkan sebuah kekuatan politik yang begitu ampuh.
BACA LAGI

Friday, August 15, 2008

HJ HADI tak sebut nak tinggalkan Pakatan-MALAYSIAKINI

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak pernah menyebut PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat, tetapi parti itu mahu sebuah kerajaan orang Melayu, yang menjadi teras pemerintahan.

Bekas menteri besar Terengganu itu menyatakan demikian ketika ditanya adakah benar beliau membuat kenyataan bahawa PAS akan tinggalkan pakatan jika kerajaan selepas 16 Septetmber, bukan lagi majoriti Islam.

Laporan media menyebut Hadi berkata demikian ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang, baru-baru ini.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan muktamar PAS di Ipoh pagi ini, Abdul Hadi berkata: "Terasnya adalah pemimpin Islam dan tidak semestinya PAS yang menjadi teras. Dia ikut keadaan semasa".LAGI

SUB-Hadi non-commital on Anwar's PM bid
PAS was non-committal on whether Anwar Ibrahim should be made prime minister in the event Pakatan Rakyat takes over the federal government.

Isu muqabalah panaskan muktamar Pemuda-MALAYSIAKINI

Cadangan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin atasan PAS yang mengulas rundingan dengan Umno mencetuskan puncak kehangatan sidang muktamar Dewan Pemuda hari ini.
Pemimpin-pemimpin itu termasuklah naib presiden Datuk Husam Musa dan ketua Pemuda sendiri Salahuddin Ayub, selain ketua penerangan Mahfuz Omar.

Mengesahkan perkara itu, timbalan ketua Penerangan Pemuda PAS, Abdullah Karim menjelaskan, Mahfuz dikritik kerana menyalahkan pemimpin tertinggi PAS yang tidak mendedahkan sepenuhnya butiran perbincangan dua parti Melayu itu kepada jawatankuasa pusat.
Sedangkan pada pandangan perwakilan itu, menurut Abdullah lagi, sebagai ahli jawatankuasa pusat, Mahfuz boleh menimbulkan isu berkenaan dalam mesyuarat di peringkat pusat.

Beberapa sumber lain memberitahu Malaysiakini, saranan perwakilan-perwakilan Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan – yang dianggap pro-muqabalah – menerima sokongan hampir sama kuat dengan bantahan lebih 200 perwakilan lain.
Perwakilan dari Melaka dikatakan mengepalai dua lagi kumpulan perwakilan yang anti-muqabalah iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan, sementara negeri-negeri lain tidak menunjukkan sikap dengan jelas terhadap isu itu.LAGI

Wednesday, August 13, 2008

Tuan Guru Nik Aziz, Hadi diizin khutbah di Ipoh-MALAYSIAKINI

Dua tokoh utama PAS dibenarkan menyampaikan khutbah Jumaat di dua masjid di Perak bersempena muktamar parti itu di Ipoh minggu ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul
Hadi Awang masing-masing berkhutbah di Masjid Sultan Azlan Shah II (masjid negeri) dan Masjid Sultan Azlan Shah.

Menurut laporan Bernama, Mohammad Nizar berkata perkenan itu sebagai tanda penghormatan kepada dua tokoh PAS itu yang menghadiri Muktamar PAS ke-54 antara 15-17 Ogos.Raja Dr Nazrin dilaporkan menyampaikan perkenan itu melalui Mohammad Nizar semasa menerima mengadap menteri besar sebelum mengadakan mesyuarat mingguan majlis kerajaan negeri Perak hari ini.

Mohammad Nizar menambah, Raja Muda Perak turut berkenan menerima mengadap 12 pemimpin tertinggi PAS di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 11 pagi esok.Muktamar PAS yang akan bersidang di Stadium Indera Mulia pada Jumaat ini dimulakan dengan perasmian persidangan Dewan Pemuda malam ini.

SUB:-Raja berhati rakyat


Tuesday, August 12, 2008

Sesuaikan agenda PAS bersama Pakatan


PAS boleh menyesuaikan agenda Islamnya dalam kerjasama bersama Pakatan Rakyat seperti DAP berbuat demikian, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah terima parti PAS. Saya pernah jadi setiausaha agung PKR. Kita telah terima parti PAS dan DAP sebagai rakan kita dalam politik.

"Kita terima hakikat bahawa PAS memperjuangkan pembangunan Islam, dan (hakikat) ini kita dapat sesuaikan dengan pembangunan negeri kita.

"Rakan kita dalam DAP (pula) memperjuangkan rakyat keseluruhannya. Dan ini (Pakatan) merupakan platform bersama," katanya, mengulas amaran Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika gabungan itu gagal melaksanakan idealisme Islam di peringkat persekutuan.

seterusnya

SUB-
JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN PAS WAJIB TARIK DIRI - 2

 (ARTIKEL INI adalah bermaksud memberi penjelasan kepada semua respon terhadap artikel saya sebelum ini. juga sebagai penjelasan kepada artikel abang raja )

Saya mendapat maklum balas dalam bentuk pro dan kontra dalam isu yang di kemukakan . Sikap saya terhadap khilaf ini adalah positif selama ia berlangsung dibawah pengaruh ilmu ( nas ) dan adab ikhtilaf . Semoga Allah swt. memberi petunjuk dan kekuatan kepada hambanya yang ikhlas berjuang.Ada beberapa perkara yang perlu saya buat penegasan semula terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk : “ Cadangan : Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri ” bagi menjernihkan beberapa kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan .

1. Sebahagian meminta agar PAS terlebih dahulu memberi peluang kepada PAKATAN untuk membentuk kerajaan . Apa yang penting ialah menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN.

Perenggan ketiga kenyataan saya dalam artikel sebelum ini telah menjelaskan maksud saya untuk menjatuhkan Kerajaan zalim dan kejam UMNO dan BN. Persoalan ini tidak berbangkit malah saya sangat bersetuju kerajaan UMNO dan BN ditumbangkan .

bersambung kemuka2

SUB-2:Wujud hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Anwar

Usul urusetia Melayu-Islam ala Suqiu

Pemuda PAS akan membahaskan usul mewujudkan satu sekretariat bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu-isu Melayu dan Islam seumpama kumpulan pelobi Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Gabungan Persatuan China (Suqiu) dalam muktamarnya yang bermula esok.

"Penubuhan sekretariat tersebut bertujuan menyatukan pandangan semua kelompok yang memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat kepada Malaysiakini hari ini.Beliau, yang juga ketua jawatankuasa usul Pemuda PAS, menjelaskan pertubuhan-pertubuhan itu boleh menyatukan orang Melayu-Islam.

Jawatankuasa usul ini memutuskan hal ini dalam mesyuaratnya malam tadi di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.Usul penggabungan NGO Islam dan Melayu itu yang dibawa oleh Pemuda PAS Terengganu merupakan satu daripada empat usul yang diterima dan akan dibahas dalam persidangan dewan tersebut.

Suhaizan juga menjelaskan, jawatankuasa usul yang dianggotai oleh enam anggota Lajnah Penerangan Pemuda PAS menerima enam lagi usul tanpa bahas.Persidangan dewan itu dijadual dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa jam 8 malam di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh.

Dewan Pemuda PAS sendiri mengusulkan penyokong bukan Islam PAS diberi lebih peranan dalam parti itu, tambah Suhaizan, khususnya setelah melihat senario sokongan mereka dalam pilihanraya umum Mac lalu."PAS harus memberi peluang yang lebih kepada mereka agar mereka lebih selesa dengan PAS," katanya.Beliau menyerahkan kepada muktamar PAS untuk memperhalusi peranan dan peluang yang akan diberikan kepada kaum bukan Islam.

Usul ketiga, yang dibawa oleh Perlis dan Johor, berhubung peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.
"Perlu ada beberapa penegasan agenda PAS dan diharap dapat diterima dan dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat," kata Suhaizan.Diminta mengulas lanjut agenda PAS yang perlu diterima dan dilaksanakan dalam gabungan tiga parti pembangkang itu, beliau berkata:

"Agenda yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan agama Islam terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat." Usul tersebut, tambah Suhaizan, dijangkakan memanaskan lagi perbahasan di persidangan dewan tersebut yang bermula 8.30 pagi lusa.

Usul keempat, jelasnya lagi, yang dibawa daripada perwakilan Johor menegaskan isu kedaulatan negara dengan mendesak kerajaan memperhalusi perjanjian Malaysia dengan Singapura.Usul tersebut diterima berikutan terlepas Pulau Batu Putih kepada Singapura pada Mei lalu.

Monday, August 11, 2008

Muslimat usul tubuh 'Puteri PAS'-MALAYSIAKINI

Dewan Muslimat PAS bercadang membawa usul menubuhkan pergerakan seumpama Puteri Umno dalam muktamar tahunannya minggu ini.
Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi memberitahu Malaysiakini hari ini, usul menubuhkan 'Dewan Muslimat Muda' telah diterima dan akan dibahaskan oleh perwakilan dewan itu.

"Besar kemungkinan usul tersebut akan dibawa ke muktamar penuh nanti," katanya.
Beliau menjelaskan, kira-kira 300 perwakilan termasuk barisan ahli jawatankuasa Muslimat dijangka hadir ke muktamarnya pada 14 Ogos di Ipoh.
Dewan Muslimat juga membawa usul agar kerajaan menetapkan tarikh berbeza untuk sambutan hari kekeluargaan seperti hari ibu dan hari bapa yang dianggap lebih sesuai dengan konteks Malaysia.

Aiman Athirah menambah, penetapan tarikh dan bentuk sambutan hari-hari tersebut haruslah bersesuaian dengan budaya negara kita yang tidak mengambil kira konteks khusus Malaysia.
"Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama Islam adalah agama rasmi. Adakah kita nak sambut (hari-hari tersebut) sama dengan sejarah negara-negara luar?" katanya.
Dewan Muslimat juga mencadangkan penubuhan Akademi Pembantu Rumah Tempatan untuk mengatasi kebergantungan negara kepada pembantu negara asing.

Friday, August 1, 2008

Harakah lebih murah 15 Ogos-MALAYSIAKINI

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini, ia akan berada di pasaran pada setiap Isnin dan Jumaat seperti sebelum dikurangkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada awal 2000.LAGI

Friday, April 11, 2008

Al-Marhum Ustaz Fadhil Doa Mahathir Dipanjang Umur …




Gambar kenangan Al-Marhum Ustaz Fadhil merasmikan Pejabat Keadilan Kuantan.Pemimpin berjiwa besar.1999

Presiden Pas Beransur Pulih


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.