PEMERHATI / RAKAN2

Wednesday, September 3, 2008

Nik Aziz yakin kerajaan baru bakal ganti BN

KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru.

Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah."Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam."Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini. ��

Isu 16 September ternyata menjadi hambatan besar kepada pemimpin-pemimpin Umno dan BN sehingga mereka mengangggap sebagai gimik politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.Malah mengikut laporan terbaru 43 anggota parlimen BN sudah menyatakan komitmen akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam misi menubuh kerajaan baru di Putrajaya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, bagi mengelakkan masyarakat sentiasa memperbesarkan isu perkauman beliau berhasrat menunaikan solat di masjid pelbagai budaya di Rantau Panjang sempena Ramadan ini yang diimamkan Cina Muslim.

"Dalam bulan ini saya bercadang menunaikan solat di Masjid Pelbagai Budaya yang mana imamnya orang Cina Muslim. Saya mahu menjadi makmum di belakangnya," ujarnya.Beliau berkata, perkara itu dilakukan bertujuan meredakan semangat perkauman yang tidak berkesudahan dalam masyarakat sehingga sekarang.Sedangkan katanya umat Islam mempunyai gurunya iaitu Nabi Muhammad saw, namun mereka lebih berbangga dengan fahaman yang dibawa bangsa lain.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Islam sejak awal lagi Islam tidak memberi ruang kepada isu perkauman kerana Islam mahu merapatkan hubungan sesama bangsa."Saya sentiasa sebut, kalau Allah yang buat rupa paras manusia termasuk Cina atau Melayu sama sahaja sudah tentu tidak akan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.

Beliau berkata, sebenarnya masalah perkauman berpunca akibat penjajahan Eropah yang berlaku sejak beratus tahun lalu.Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan pihak berwajib mengenakan tindakan yang berat terhadap peniaga mercun bagi mengelak berulangnya kecederaan yang menimpa kanak-kanak.Katanya, masalah itu berpanjangan sejak sekian lama dan tidak pernah selesai kerana tiada tindakan tegas kerajaan bagi menanganinya.

Beliau diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak dari Rantau Panjang yang cedera akibat bermain mercun malam tadi.Kanak-kanak berkenaan difahamkan merupakan mangsa mercun pertama di Kelantan.

Cina 'menumpang': Siasatan polis selesai

Siasatan polis berhubung kenyataan yang didakwa berbau perkauman oleh ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Pulau Pinang akan disiapkan Jumaat ini, kata timbalan ketua polis negeri.

Datuk Ahmad Ismail didakwa menyebut Cina sebagai penumpang di negara dan tidak seharusnya mengharapkan mereka mendapat layanan yang sama rata di satu ceramah dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh bulan lalu.

DAP tolak permohonan maaf Najib

DAP memberi lima alasan mengapa permohonan maaf timbalan perdana menteri bagi pihak seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang telah membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap orang Cina, "tidak bersesuaian, tidak memadai dan tidak boleh diterima".

Pertama, kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang, ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail sendiri tidak memohon maaf dan tidak pun menunjukkan kekesalannya kerana membuat kenyataan tersebut sejak sembilan hari lalu.Sehubungan itu, Lim mempersoalkan apakah Ahmad bersikap demikian kerana penuh yakin yang beliau mendapat sokongan pemimpin dan ahli arus perdana Umno.

Oleh itu, Lim bertanya sama ada permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak boleh diterima sedangkan Ahmad sendiri masih berdegil dan tidak kesal dengan perbuatannya mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman.

'Why is Najib apologising?

Mengapa Najib yang minta maaf,padahal kesalahan dilakukan oleh orang lain !!!

PELIK BIN AJAIB

Tuesday, September 2, 2008

Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri-malaysiakini

PULAU PINANG, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 Sept setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan. "Kalau kita hendak ambil 16 Sept sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim. Beliau berkata kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 Sept sebagai cuti umum.

Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung. Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.

Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air. "Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.

PKR leader poaching whole parties-malaysiakini

Exactly ten years ago deputy prime minister Anwar Ibrahim was banished into political oblivion by his boss Dr Mahathir Mohamad - spending six years of that decade in prison. Sep 2 will always be etched in his mind.

Opposition Leader Anwar Ibrahim today said that he would unveil a new Budget if his Pakatan Rakyat managed to take over government by its self-imposed deadline of Sept 16.

While all eyes are on possible defections by disgruntled MPs from Barisan Nasional, PKR de facto leader Anwar Ibrahim is believed to be quietly enticing its component parties to pull out from the ruling coalition.

Monday, September 1, 2008

Mahyuddin akan ketuai 43 MP menyeberang pada 16 Sept-malaysiakini

Sumber oleh org kuat PKR WP yg mengatakan Mahyudin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa sendiri akan mengetuai 43 MP yg akan melompat ke PKR pada 16Sept ini.

Mahyuddin dah tak tahan lagi dengan sikap pak lah yg melambat2kan proses peralihan kuasa yg menyebabkan imej BN bertambah teruk.

LAGI

Bebaskan konsep merdeka dari pemikiran lama...-malaysiakini

Konsep kemerdekaan negara pada masa ini tidak seharusnya dikongkong oleh pemikiran yang lama, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

khalid ibrahim"Ia bermaksud, daya pemikiran kita dalam alaf ini perlu mencapai tahap yang mampu bersaing, terutama dalam dunia globalisasi masakini," katanya dalam perutusan ulang tahun kemerdekaan ke-51.

Katanya, rakyat seharusnya diberi kebebasan untuk menyuarakan perasaan, pendapat, pemikiran dan kritikan.Dalam hal ini, tambahnya, pendidikan yang sempurna harus diberi kepada rakyat supaya generasi mendatang, mampu memperlihatkan daya fikiran yang kritis dan inovatif dalam usaha mereka memacu pembangunan.

"Konsep ketelusan, keadilan dan kebertanggungjawaban untuk semua perlu diamalkan supaya kesejahteraan ekonomi dan masyarakat di Selangor dapat dibebaskan daripada golongan tertentu semata-mata.

"Inilah konteks kemerdekaan untuk rakyat yang sebenarnya yang perlu dicapai pada masa kini dan masa mendatabg," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedang berusaha membebaskan rakyat, yang selama 50 tahun, dikatakan hidup dalam cengkaman pihak tertentu yang berkepentingan.Tahun ini, kata Abdul Khalid, menyaksikan pembaharuan di negeri Selangor, khususnya, yang merupakan lumrah bagi sebuah negara dan masyarakat yang semakin matang.

"Era perubahan ini membuka lembaran baru kepada kerajaan negeri untuk memikul tanggungjawab dalam hal memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan ekonomi Selangor terus dibangunkan secara berancang untuk dinikmati semua kaum yang tinggal di Selangor.

"Agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)" merupaka program utama barisan kepimpinan negeri Pakatan Rakyat dalam konteks mengutamakan kebajikan sebagai antara pelbagai bentuk nikmat kemerdekaan bagi rakyat Selangor," tegas Abdul Khalid.

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.