PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Surat terbuka Zaid Ibrahim kepada PM-malaysiakini

Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.

Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.

Satu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.

Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.

'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.

Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman tersebut.

Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga kepentingan-kepentingan politik tertentu.

Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.

Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.

Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.

Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?

Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih lagi aktif dalam Parlimen hari ini. Sesatunya perkara yang benar-benar jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali lagi mengalami satu krisis kepimpinan?

isa distributePada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.

Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan. Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.

Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini pernah diberikan.

Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin HINDRAF ditahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini.

Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu perjuangan yang sah. Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.

Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan banyak persoalan. Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.

isa 3 teresa raja petra tan hoon chengMengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula, semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam Kerajaan. Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara. Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya ditahan di bawah ISA.

Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan kerasnya.

Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik. Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya. Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.

Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara 'carte-blanche' ISA ini. Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini. Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi walaupun adanya undang-undang ini.

Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman 'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam kepentingan-kepentingan politik. Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.

Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan. Kini mereka tidak begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar bagi rakyat negara-negara lain juga.

YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan semula Kedaulatan Undang-Undang. Saya telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi, bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.

Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi. Berada di atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.

Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman, di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.

Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu. Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang 'berpengaruh'.

Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.

Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.

Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul. Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA, telah berakhir pada 1980-an?

abdullah ahmad badawi isa arrest with handcuffs 010604 Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas dalam landskap perundangan Malaysia.

Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan. Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.

YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.

Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.


Yang benar

ZAID IBRAHIM

Saturday, September 27, 2008

Ku Li: Ganti kuasa PM-Najib macam budak-budak-malaysiakini

Tengku Razaleigh Hamzah, yang berminat merebut kerusi presiden Umno, menyifatkan pelan peralihan kuasa terbaru antara dua pemimpin tertinggi parti itu sebagai "permainan budak-budak yang tidak habis-habis berebut barang kau dan aku".

"Sekarang kita sedar Malaysia menjadi negara yang mempunyai prasarana Dunia Pertama dan politik Dunia Ketiga, dengan para pemimpinnya menjadikan negara ini republik pisang," katanya, mengutip kenyataan perdana menteri yang pernah menggesa rakyat mempunyai "mentaliti kelas pertama" dengan kemudahan infrastruktur kelas pertama.

"Republik pisang" merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri.

abdullah ahmad badawi najib razak pc change portfolio 170908 05Tengku Razaleigh juga mendakwa dua pemimpin negara itu terlalu ghairah dengan perebutan kuasa sehingga mengabaikan aspek perundangan dan kerosakan yang ditimbulkan mereka ke atas negara ini.

"Bukannya menumpukan pada perancangan ekonomi negara atau sebarang reformasi, sebaliknya apa yang kepemimpinan Umno berikan kepada kita sejak (pilihanraya umum) 8 Mac hanyalah pelan peralihan kuasa yang direka untuk menyelamatkan dua orang daripada serba salah menghadapi pemilihan (Umno)," katanya, dalam satu kenyataan pendek tetapi pedas.

"Kerjaya politik mereka kelihatan lebih penting daripada masa depan negara ini."Mereka berdua menjadikan Malaysia bahan lawak masyarakat antarabangsa."Beliau, yang juga ahli parlimen Gua Musang, mengulas keputusan penuh teka-teki Majlis Tertinggi (MT) pagi ini yang tiba-tiba memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung Umno ke tahun depan.

MT juga dimaklumkan bahawa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman penting menjelang pemilihan bahagian 9 Oktober ini sama ada akan bertanding atau tidak dalam pemilihan parti Mac 2009.

Dengan nada seumpama tokoh veteran Umno itu, pemimpin utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan Abdullah dan Najib terlalu mempedulikan "masa depan politik Abdullah dan ketua-ketua juak Umno, yang tidak mempunyai masa atau idea memikirkan pelbagai krisis keyakinan yang dihadapi negara ini" sejak 8 Mac.

Thursday, September 25, 2008

Umno's emergency meet tomorrow-malaysiakini

  • BREAKING NEWS! The meeting was called amidst speculations that the party elections could be postponed to next year and the president might step down earlier than planned.MORE
  • Muhd Taib confirms special meet
    He has no clue what's on agenda

Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan jam 10 pagi esok, dipercayai untuk membincangkan penangguhan pemilihan parti, yang dijadual Disember ini, ke tahun depan.

Ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengesahkan pertemuan tersebut kepada Malaysiakini hari ini.Beliau bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui agenda yang akan dibincangkan.

Mesyuarat di bangunan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga dijangka membahaskan saranan untuk menyegerakan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya setahun lebih awal.

Pada asalnya, Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak merancang pelan peralihan kuasa itu akan berlangsung pada pertengahan 2010.Menurut laporan media, ahli-ahli MT Umno dihubungi pagi ini untuk menghadiri mesyuarat mengejut itu selepas pertemuan dua tokoh tertinggi negara hari ini.

Najib juga mengesahkan mesyuarat MT akan diadakan esok tetapi enggan menjawab sebarang soalan mengenai perkembangan politik.Bercakap kepada pemberita di Kementerian Kewangan petang ini, beliau berkata, semua soalan politik akan dijawab esok.

Najib semalam membatalkan secara mengejut lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat, yang sepatutnya bermula hari ini, untuk menghadiri sidang ke-63 perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau digantikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ketua delegasi Malaysia untuk menyampaikan ucapannya di PBB, New York, Ahad ini.

Wednesday, September 24, 2008

Pakatan 'tidak tergesa-gesa' tukar k'jaan-malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan "terus mengejar matlamat kami dengan berhati-hati" dan "tidak terpancing untuk bertindak tergesa-gesa" yang boleh membawa keadaan tidak stabil dan tidak menentu dalam negara.

Seperti perdana menteri, penasihat PKR itu turut menafikan wujudnya rundingan antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan melalui pihak ketiga bagi proses penggantian kerajaan pusat.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan mengecam kenyataan ketua penerangan PKR Tian Chua yang dipetik sebagai berkata "orang tengah" kini sedang berbincang dalam langkah Pakatan Rakyat menumbangkan BN.

Abdullah menyifatkan kenyataan itu "paling gila" pernah didengarnya, Anwar pula berkata beliau "tidak tahu-menahu" tentang rundingan seumpama itu yang menurutnya sebagai "tersalah tafsir".

Anwar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Bharu semalam berhubung projek penggantian kuasa yang digembar-gemburnya akan berlaku menjelang 16 September lalu.

Setelah gagal berbuat demikian, mantan timbalan perdana menteri itu menggesa Abdullah mengadakan sidang khas Parlimen semalam untuk membincangkan perkara itu tetapi permohonan itu ditolak mentah-mentah oleh perdana menteri.Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur berhubung perkara yang sama malam tadi.

"Kami juga berbincang langkah-langkah seterusnya yang sepatutnya Pakatan Rakyat ambil dalam usaha membentuk kerajaan baru yang mencerminkan sokongan majoriti anggota-anggota parlimen," kata Anwar dalam satu kenyataan.Beliau menyifatkan keengganan Abdullah mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sebagai satu tindakan Umno "mensabotaj dan membantutkan proses demokrasi."

Pakatan Rakyat juga merancang menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung projek undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Tuesday, September 23, 2008

RAJA Petra ditahan 2 tahun di Kamunting-malaysiakini

Raja Petra Kamaruddin dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata peguamnya.
Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.
"Tindakan menteri berkenaan menandatanganinya mengikut seksyen 8 semalam, tidak boleh diterima sama sekali," kata peguam Malik Imtiaz yang mewakili Raja Petra.Menteri Dalam Negeri mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today ditahan selama dua tahun di Taiping.Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau sendiri menandatangani perintah penahanan Raja Petra untuk tempoh itu, lapor Bernama. "Semalam, saya telah menandatangani penahanan Raja Petra untuk dua tahun ke Kamunting setelah berpuas hati dengan alasan yang cukup untuk menahannya," beliau dipetik sebagai berkata.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.
Habeas corpus adalah permohonan supaya tahanan di bawah ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut, yang menjadikannya tidak sah.
Hakim Suraya Othman meminta peguambela mengemukakan hujah berhubung kes tersebut pada 28 Oktober.
Awal pagi ini, isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa perintah tahanan tersebut, telah dikeluarkan oleh menteri berkenaan semalam.
"Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan beliau akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa bicara. Ini adalah berita paling buruk yang saya boleh terima, tetapi kami akan terus berusaha untuk membebaskannya," kata Marina dalam keadaan sebak.
Marina menyifatkannya sebagai satu taktik kotor kerajaan kerana "mereka tahu kami dalam proses untuk mendapatkan pembebasannya di mahkamah, tetapi saya sudah menjangkanya".
Menurut para wartawan yang menunggu di Kamunting, Raja Petra tiba di kem tahanan itu pada jam 11.50 pagi dengan menaiki sebuah van putih yang bercermin gelap.
Bekas menteri turut hadir
Turut hadir di mahkamah pagi ini ialah bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang duduk di sebelah Marina dalam dewan mahkamah.
Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.Dua orang lagi - wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 - telah dibebaskan.Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Monday, September 22, 2008

Bocor info MT tindakan 'jijik, petualang'-malaysiakini

Muhammad Muhd Taib menyifatkan anggota Majlis Tertinggi (MT)
Umno yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup majlis itu sebagai "petualang", lapor Bernama.

Ketua penerangan Umno menambah, sebagai anggota MT, mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat.

"Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat, bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang.

"Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang, dekat Tanjung Karang, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik kenyataan ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT yang berbuat demikian dan menyifatkannya
sebagai tidak amanah.

Sunday, September 21, 2008

18 shave bald to protest ISA and call for Raja Petra's release-sun

Call for ISA to be reviewed and repealed-Gerakan

GEORGE TOWN (Sept 21, 2008) : Gerakan has called on the government to set up a parliamentary select committee to review all aspects regarding the Internal Security Act (ISA).Party acting president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said the study was crucial in view of the differences of opinions as to whether the ISA should be amended, repealed or retained.

"It is better to set up a parliamentary select committee like other committees established to study particular issues. It will be a reasonable democratic process and, with it, we can come out with a more comprehensive finding with regard to the ISA," he told reporters after opening Penang Gerakan Delegates Conference here today.

Koh said the ISA would become better if a parliamentary select committee were to discuss the important aspects contained in it. "Besides, the anger and anxiety felt by the people can also be contained."On Gerakan's future in Barisan Nasional (BN), he said the party was in the process of gathering feedback from its members and would not set any deadline to decide on it.

He said many matters had to be scrutinised, including whether party members would still support BN if Gerakan remained in the coalition and if Gerakan left the coalitian, would they still support the party."We are gathering feedback from the grassroots and if necessary, we will call an extraordinary general meeting," he said, reports Bernama.

Meanwhile, in KUALA LUMPUR, 18 DAP members shaved their head bald to protest the detention of Malaysia-today.com webmaster Raja Petra Kamarudin and all other ISA detainees."We want the ISA repealed and all ISA detainees freed," said Segambut MP Lim Lip Eng who led the gathering of about 100 members.

Also present was Kampung Tunku assemblyman Lau Weng San. The protesters, aged between 11 and 61, including women, gathered at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly hall at 10.30am and took turns to lose their their "crowning glory".

Describing the 18 participants as "defenders of justice", DAP stalwart Lim Kit Siang said 10 years ago a similar vow was carried out at the same venue when his son and Penang Chief Minister Lim Guan Eng was jailed under the Sedition Act."We are here to demonstrate and object the use of ISA and to demand the release of ISA detainees especially the country's No. 1 cyber warrior Raja Petra." he said in his speech.

Lip Eng said he has sent a letter to Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Syed Albar to adhere to the a statement made by the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) urging the government to review the ISA.Referring to a news report dated Sept 16, he said Suhakam had found the ISA as an outdated law and it's use was a breach of human rights.

"We urge the Home Minister to take heed of Suhakam's findings as on April 24, 1999, it was he who had announced that the government was ready to form the commission. Hence, Suhakam is his baby and he should pay attention to what they have to say," he said.

Among those present at the event was Seputeh MP Teresa Kok who was released on Friday a week after being held under the ISA, Raja Petra's wife Marina Lee Abdullah, Kelana Jaya MP Low Gwo Burne and several other DAP MP's.
Updated: 05:57PM Sun, 21 Sep 2008

Saturday, September 20, 2008

Sept 20, 1998: The spark that lit reformasi-malaysiakini

Sabri Zain started ‘blogging’ even before the word ‘blog’ was in vogue. His postings on the reformasi movement 10 years ago appeared later in a book, ‘Reformasi Diary’. This was one of his postings on the mammoth demonstration in Dataran Merdeka.
  • Pakatan's next stop: Istana Negara
    Athi Veeranggan | Sep 20, 08 12:12pm
  • PAS leader Dr Mujahid Yusof Rawa told a Penang forum that Pakatan has sent an official letter to the king a few days ago seeking an audience.MORE

Thursday, September 18, 2008

Mubarak anggap PM hanya bergurau....malaysiakini

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa majlis tersebut sebagai 'orang pencen' sebagai gurauan sahaja.

Naib Presiden Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, perdana menteri memang seorang yang suka berseloroh dengan ahli-ahli Mubarak.“Kita tidak ambil hati dengan kenyataan perdana menteri kerana kita tahu sikapnya yang suka bergurau.“Hubungan Mubarak dengan perdana menteri amat baik dan tiada konfrontasi dengan beliau,” katanya.

Semalam, ketika diminta mengulas gesaan Mubarak yang memintanya mempercepatkan proses peralihan kuasa, secara sinis Abdullah berkata:"Tak apalah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun. Mereka pun dah orang pencen semua itu"

Mengikut perancangan awal, Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya itu pada Jun 2010.Othman berkata, apa yang penting ialah Mubarak telah menyampaikan hasrat ahli-ahli Umno supaya perdana menteri melaksanakan pelan peralihan kuasa lebih awal.
Pelan peralihan kuasaKatanya, ia merupakan suara dan hasrat ahli-ahli Umno dari seluruh negara yang perlu disampaikan kepada perdana menteri.

“Dalam mesyuarat agung Mubarak baru-baru ini, semua pengerusi negeri kecuali Pulau Pinang, mahu pelan peralihan kuasa disegerakan.“Pengerusi Pulau Pinang J Raj berkata, beliau mahu berkecuali kerana Abdullah berasal dari negeri itu,” katanya.

Semalam, Pengerusi Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang ketika dihubungi berkata, sebaik selesai pilihanraya umum 8 Mac lalu, Mubarak menemui perdana menteri supaya melaksanakan peralihan kuasa kepada timbalannya.“Bagaimanapun, Abdullah tidak memberi jawaban terhadap cadangan Mubarak itu,” katanya.Abu Zahar berkata, keputusan itu dibuat kerana keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Katanya, Mubarak merasa sangat dukacita kerana lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang.Demi kepentingan bangsaBeliau berkata, semalam Mubarak sekali lagi menggesa supaya peralihan kuasa dipercepatkan kerana Umno dan kerajaan berada dalam keadaan kelam kabut.Katanya, keadaan menjadi bertambah gawat dan tidak menentu dengan isu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa ialah pada pertengahan 2010.
Mubarak, katanya tiada sebarang kepentingan dalam isu peralihan kuasa ini, melainkan demi kepentingan bangsa dan parti.“Oleh kerana ada pemilihan dalam perhimpunan agung Umno tahun ini dan kalau ada pertandingan akan berlaku politik wang, maka kita bimbang (keadaan) akan menjadi lebih teruk.

“Oleh itu kalau boleh, peralihan kuasa ini perlu dipercepatkan untuk meredakan keadaan dan berlaku secara aman damai,” katanya.Abu Zahar berkata, Umno sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) perlu menjadi lebih kuat daripada parti parti-parti komponen yang lain.

USD 1,000,000,000,000.00 [ Baca USD 1 trillion ]

Pelabur perlu yakin dengan kita , sikap kita , peribadi kita , politik kita , Negara kita , jumlah bukan soalnya , tetapi itu lah hakikatnya
Oleh ulitmayang
"
 “…….Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki. …..” – YB DSAI

Ulasan- Begitu lah kehebatan yang ada pada Anwar , yang sangat dicemburui oleh semua pimpinan umno dulu dan kini , samada mahathir , pak lah dan lain – lain Kepercayaan orang banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan kita.

Angka di atas , kalau ditukar ke duit Malaysia , jumlahnya jadi RM 3, 450,000,000,000.00 , dengan andaian USD 1 = RM 3.45


Nota
Kalau macam tu banyak , barangkali mahahir pun tak jadi lari kot

Cerita selanjutnya

Oleh itu Abdullah dan BN tidak boleh menuduh Anwar mensabotaj ekonomi negara. Jika mereka gagal menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai karisma untuk menarik pelabur asing, itu bukan salah Anwar.

Anwar sering dituduh proksi Amerika dan Barat. Kesempatan sebagai 'proksi' Barat ini boleh diambil Anwar untuk menarik pelabur dari blok Barat.

Tetapi jangan lupa, Anwar juga 'agen' negara-negara Arab! Sebahagian besar rakan-rakan beliau adalah PM dan Menteri yang menjaga ekonomi di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE, Bahrin dan sebagainya.

Sudah tentu hubungan persahabatan dan kepercayaan negara Arab yang sering menjemput Anwar sebagai penasihat ekonomi mereka, merupakan kesempatan terbaik Anwar untuk menarik pelabur-pelabur asing daripada negara Arab.

Manakala di blok Timur pula, Anwar sering diundang untuk berucap dalam forum-forum ekonomi anjuran negara China, sama ada di Shanghai atau Hong Kong, malah di Singapura juga.

Selain bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak ramai rakyat Malaysia, berketurunan Melayu yang mendapat kepercayaan kuasa besar ekonomi China.

Setakat ini Abdullah dan Najib, belum termasuk dalam senarai pemidato ekonomi.
Justeru kesimpulan daripada dakwaan sebagai proksi Barat, hubungan erat dengan negara Arab, serta keyakinan kuasa ekonomi China terhadap Anwar, ianya akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, jika beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia memerintah negara dengan jaminan keselamatan negara, perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan keadilan sosial.
Mari kita membantu menyegerakan!_

Anwar seeks emergency House session-malaysiakini

breaking news updated 2.50pm The session will be to debate an urgent motion of no confidence against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.MORe

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

Anwar berkata, surat tersebut ditandatangani bersama oleh beliau selaku penasihat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Wednesday, September 17, 2008

K'jaan Pahang diperintah bayar RM60 juta-malaysiakini

Kerajaan Pahang hari ini diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

Hakim Malanjum berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Pahang, yang diwakili Penasihat Undang-undang Datuk Mat Zara'ai Alias, "bukanlah satu persoalan yang wajar dan ia dibangkitkan di Mahkamah Rayuan."

Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 3 Ogos lalu yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dengan faedah pada kadar 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000 sehingga selesai pembayaran.

Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa pengarah perhutanan negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Januari 1998, diguna pakai.

Atas tanah Umno

Pada 9 Disember 2002, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Kerajaan negeri Pahang dan pengarah perhutanan negeri bagi memohon ganti rugi RM31 juta kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.

Seruan Gemilang menamakan kerajaan negeri Pahang sebagai defendan pertama dan pengarah perhutanan negeri, defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan, Seruan Gemilang mendakwa pada 31 Julai 2000, defendan kedua telah memberi kelulusan kepadanya bagi mengeluarkan kayu balak dari mukim itu bagi kawasan seluas 3,200 hektar.

Pada 13 Mei 2002, defendan kedua telah memberi kelulusan kepada Seruan Gemilang bagi mengeluarkan kayu balak dari baki kawasan seluas 800 hektar di tanah yang sama. Ini bermakna Seruan Gemilang telah diberi kelulusan untuk mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 4,000 hektar.

Bagaimanapun defendan kedua hanya membenarkan Seruan Gemilang mengeluarkan kayu balak dari kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala baki selebihnya telah diberikan kepada beberapa pihak ketiga untuk mengeluarkan kayu balak dari tanah tersebut.

Kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan bahawa Seruan Gemilang hanya diberi lesen untuk menjalankan kerja pembalakan secara pemindahan bagi kawasan seluas 2,800 hektar sahaja manakala bagi baki 1,200 kektar itu pula, defendan mendapati Seruan Gemilang tidak berminat untuk menjalankan kerja pembalakan di situ.

Anwar sekali lagi berdepan dengan ISA?-malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat para pemerhati tertanya-tanya sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini untuk mengumumkan rombakan kecil kabinet, perdana menteri membuat kenyataan yang membayangkan kemungkinannya.Antara lain, Abdullah menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "satu ancaman kepada ekonomi serta keselamatan (negara)".

Ini sudah cukup untuk memberi alasan kepada pihak pihak kuasa untuk menggunakan ISA terhadap Anwar dan membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.Dan apabila ditanya apakah tindakan yang akan diambil terhadap Anwar, perdana menteri enggan menyatakannya, sambil berkata: "Saya tidak akan nyatakan apa rancangan yang saya ada."

Sekiranya Anwar ditahan di bawah ISA, ia bakal memberi kesan yang besar tetapi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana Anwar sendiri percaya beliau mungkin ditahan.

Usaha ambil alih kuasa
.Sejak pilihanraya kecil 8 Mac lalu, Anwar telah menjadi duri terhadap Barisan Nasional dengan rancangannya untuk mengambilalih kuasa.

Anwar yang sudah dua kali ditahan di bawah ISA, mendakwa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen dari BN yang cukup menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah.Anwar gagal merealisasikan rancangan mengambilalih kuasa semalam (16 September) - tetapi sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau juga telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Abdullah bagi membincangkan pelan peralihan kuasa dan menggesa perdana menteri tidak mengambil tindakan drastik, seperti mengisytiharkan darurat, untuk menghalang usahanya itu.

Abdullah, bagaimanapun, menolak mengadakan pertemuan dengan Anwar dan menyifatkan dakwaannya untuk mengambil alih kuasa itu sebagai satu pembohongan.Anwar, yang kini berdepan dengan tuduhan liwat, pertamakali ditahan di bawah ISA pada 1974 berhubung protes pelajar dan ditahan selama 20 bulan.Lebih dua dekad kemudiannya, beliau sekali ditahan di bawah ISA seepas melancarkan siri protes terhadap pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998. Berita asal

Tuesday, September 16, 2008

Anwar: We're ready to form new gov't-malaysiakini

Opposition Leader Anwar Ibrahim told a 20,000-strong rally that he had the numbers to form a new government and wants to meet with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to discuss a handover.

Anwar mahu temui PM isu tukar k'jaan
Pakatan Rakyat yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim masih yakin rancangannya untuk membentuk kerajaan baru akan berjaya dalam masa terdekat. Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan rancangan ketua pembangkang itu sebagai "sesuatu perkara yang karut".

Bercakap di depan puluhan ribu penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya malam ini, Anwar berkata Pakatan Rakyat telah menghantar surat hari ini untuk bertemu Abdullah bagi membincangkan isu pembentukan kerajaan baru.

"Petang tadi, (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram," kata Anwar.

"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan."

Anwar, yang juga penasihat PKR, meyakinkan para penyokongnya bahawa rancangannya untuk menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk lebih 30 wakil rakyat BN meninggalkan parti itu "masih seperti dirancang."

"Apabila kita kata 'on track' (masih seperti dirancang), maksudnya 'on track'.

"Hendak jadi macam mana (perubahan kerajaan pada 16 September), mereka bawa (ahli-ahli parlimen BN) ke Taipei," katanya, merujuk lebih 50 wakil rakyat BN yang secara mendadak dibawa melawat Taiwan beberapa hari lalu.

"Tetapi kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih (kuasa kerajaan pusat) bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu.

"Esok kita akan umumkan pendirian kita."

Sementara di Kuala Terengganu, lapor Bernama, sambil menempelak tentang hasrat itu, Abdullah berkata pertukaran kerajaan baru tidak akan berlaku."Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini.

"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat."Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin malam ini.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdullah meminta umat Islam meningkatkan ibadat bersempena bulan Ramadan dan tidak terlalu ghairah memperkatakan isu pertukaran kerajaan.

"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan."Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar membayangkan wujud perbincangan antara pihaknya dengan bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu itu.

"Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)," kata bekas timbalan perdana menteri.

Anwar bagaimanapun tidak menjelas lanjut berhubung perkara itu. Zaid hari menyerahkan surat peletakan jawatan, namun perdana menteri memintanya bercuti sebelum mengambil keputusan muktamad tentang perkara tersebut.

Monday, September 15, 2008

Sasaran 16 Sept.: Anwar Sahkan 32 Setuju Sertai Pakatan Rakyat

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Tiga puluh dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat?
“Ya.” Ini jawapan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar sebentar tadi selepas selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.
Mesyuarat itu berlangsung hampir tiga jam. Dan, ini kali pertama angka tepat jumlah anggota Barisan Nasional (BN) yang didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat disahkan oleh beliau, khususnya selepas dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 28 Ogos lalu.
Pertemuan itu diadakan selepas bertemu selama hampir tiga jam di ibu negara malam tadi.
Pertemuan hari ini bermula sebentar tadi juga dilihat memfokus soal pembentukan kerajaan persekutuan.
Ketika hanya tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.
http://wrlr.blogspot.com/2008/09/sah-32-kata-dsai.html

Pelan 16 Sept.: Anwar umum formula Pakatan esok

PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok.Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.

Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.

"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini."Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.

Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."
mstar

Perhimpunan perdana sambutan hari Malaysia

Hari Malaysia adalah hari untuk semua Rakyat Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut 45 tahun lalu rakyat Malaysia seluruhnya bersatu bersetuju untuk hidup bersama di dalam keadaan aman damai serta makmur perkasa.

Terbentuknya Malaysia menandakan harapan menggunung rakyat negara ini agar kerajaan yang memimpinnya sentiasa berlaku adil kepada semua, tidak mengenal batas kaum. Namun apa yang berlaku selepas 45 tahun Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO semakin rakus berkuasa. Semangat Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Kemerdekaan diabaikan agar mereka dapat terus berkuasa.

Penggunaan undang-undang kuku besi digunakan sewenang-wenangnya manakala retorik perkauman sering digunakan untuk melaga-lagakan rakyat yang berbilang kaum. Kini sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia memastikan semua ini tidak lagi berterusan. Marilah kita semua mendakap Perubahan. Marilah kita beramai-ramai berkumpul untuk menentukan hala tuju baru negara ini.

Oleh itu bersempena Hari Malaysia 16 September 2008 Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Law Minister Zaid 'tenders resignation'-malaysiakini

De facto Law Minister Zaid Ibrahim has tendered his resignation over the government's use of the Internal Security Act, which allows detention without trial, against three individuals last week.

16 SEPT


Parents allowed to visit Kok

VoxPop: Zaid, the only decent man in gov't

'My 18 hours under the ISA'

Abdullah under siege to quit

Two Muslim groups defend MP's arrest

Saturday, September 13, 2008

ORANG ASAL BERSUARA-malaysiakini

Hasrat sekumpulan Orang Asal dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong tidak kesampaian apabila mereka tidak dibenarkan oleh pihak polis berarak ke Istana Negara pagi tadi.

Kumpulan seramai kira-kira 120 orang diketuai oleh Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Andrian Lasimbang.

orang asal walk 130908 postersJOAS adalah gabungan 21 pertubuhan komuniti Orang Asal seluruh Malaysia yang mewakili pelbagai suku kaum Orang Asal.Jaringan ini menyediakan perwakilan Orang Asal di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Mereka berkumpul di perkarangan Galeri Annexe di belakang Pasar Seni mulai jam 10 pagi - tempat berlangsungnya bengkel dan pameran perjuangan orang Asal SeMalaysia dari 9 hingga 13 September.

Mereka mula bergerak menuju ke Istana Negara pada jam kira-kira 10.15 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis, yang mendakwa mereka tidak memohon permit untuk berbuat demikian.
Andrian kemudiannya berunding dengan pihak polis meminta supaya mereka dibenarkan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Memorandum itu antara lain menuntut hak Orang Asal dan polisi pembangunan untuk menghormati Orang Asal di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.Tidak dibenar berarak.Andrian dan wakil Suaram, S. Arutchelvan, berunding dengan ASP Sydney Clyde Jeremiah bagi mendapatkan ruang untuk berkumpul dan membacakan memorandum tersebut kepada hadirin.

Bagaimanapun ASP Sydney mengarahkan kumpulan tersebut bersurai. Selepas kira-kira 15 minit, polis tetap tidak membenarkan mereka berarak ke Istana Negara.

Berikutan itu, kumpulan tersebut berpatah balik ke kawasan Galeri Annex di mana sidang media diadakan oleh Andrian, bekas presiden JOAS, Tijah Yok Chopil dan pengarah eksekutif Borneo Resource Institute, Mark Bujang.

orang asal walk 130908 poster 2Sementara itu, dalam sidang medianya, seorang ahli jawatankuasa jaringan tersebut, Colin Nicholas menjelaskan bahawa pihaknya memaklumkan kepada pihak polis dan Istana Negara dua minggu lalu berhubung rancangan mereka untuk menghantar memorandum tersebut.

Beliau mendakwa, pada mulanya, rancangan mereka dibenarkan tetapi semalam, pihaknya dimaklum oleh polis yang permohonan mereka ditolak.

Ekoran itu, tambah Nicholas lagi, pihaknya membuat rayuan dan pihak polis membenarkan semula perarakan itu selagi ia tidak bersangkutan dengan politik.

Nicholas percaya, pihak polis tidak membenarkan mereka berarak ke Istana Negara hari ini mungkin kerana perkembangan semasa, khususnya penahanan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di bawah ISA semalam.

orang asal walk 130908 press conferenceEkoran itu, mereka tidak meneruskan rancangan mengadakan perarakan ke Istana Negara.

Hantar memorandum


Berikutan itu, presiden JOAS, Andrian melahirkan rasa sedih kerana pihaknya tidak dibenarkan menghantar memorandum tersebut kepada pihak Istana Negara.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan rakan-rakan dalam kumpulan tersebut mengenai cara terbaik untuk menyerahkan memorandum tersebut Yang di-Pertuan Agong.

Bercakap kepada pemberita, Andrian menjelaskan tujuan utama pihaknya menghantar memorandum tersebut adalah untuk mendapat perhatian dan pembelaan daripada pihak kerajaan.

Memorandum itu juga antara lain bertujuan untuk meraih sokongan dan bantuan umum supaya Orang Asal di Malaysia tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.Beliau juga menuntut pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia agar menghormati adat istiadat dan cara hidup mereka di kampung-kampung.Perarakan itu. tambah Andrian, juga dirancang sebagai salah satu siri kempen untuk memberi kesedaran akar umbi tentang adanya satu deklarasi membela hak-hak Orang Asal .

Deklarasi tersebut dikenali Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terhadap Hak Orang Asal (UN-DRIP).Mereka bersurai secara aman selepas sidang akhbar itu selesai dan tidak ada sebarang kejadian atau tangkapan dilaporkan.

Friday, September 12, 2008

SURAT TERBUKA BUAT ANWAR IBRAHIM-MALAYSIAKINI

Merujuk kepada buletin utama tv3 120908.Pak Lah berkata rakyat dah fade-up dengan situasi politik masakini yang tiada kesudahan.Nampak Pak Lah begitu keletihan.Kerana berpuasa barangkali!Maka saranan saya ialah supaya berhenti menyakat Pak lah.Apake tidaknya.Dia hantar rombongan ke Taiwan-Pakatan Rakyat pun ke sana.LETIH.

Untuk itu YB Dsai mempunyai 2 pilihan.

1) Berhenti menyakat Pak lah.Tak sampai hati melihat beliau begitu keletihan.Yang sebenarnya RAKYAT pun amat keletihan.

ATAU

2) Ambil alih pemerintahan dengan segera , supaya ketidak- tentuan politik dan ekonomi dapat segera di baiki.

Sekian.

Raja Petra 'arrested under ISA'-malaysiakini

Controversial blogger Raja Petra Kamaruddin has been detained under the Internal Security Act, said his wife Marina Lee Abdullah.

Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah.Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.

Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra, yang popular dengan panggilan RPK, juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Thursday, September 11, 2008

Kukuhkan institusi raja Melayu-malaysiakini

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu Umno melakukan usaha mengukuhkan institusi raja-raja Melayu bagi menguatkan lagi peranannya sebagai pelindung rakyat khususnya orang Melayu serta agama Islam.

"Bukannya kita hendak kuasa lebih tetapi kita perlu kaji supaya institusi ini tidak boleh diperkotak-katik, dipersenda atau diperkecilkan oleh mana-mana pihak," titah baginda dalam satu wawancara eksklusif dengan Khabar Pahang, akhbar rasmi kerajaan negeri Pahang.

Tengku Abdullah bertitah imuniti raja-raja, yang suatu ketika dulu telah dihapuskan secara tidak langsung, telah meletakkan institusi berkenaan berada dalam keadaan seolah-olah tidak kukuh dan mungkin menjadi tidak relevan, demikian menurut laporan Bernama.Namun, baginda berharap, semua pihak harus sedar dan memahami bahawa institusi raja-raja Melayu telah memainkan peranan berkesan dalam arus pembangunan negara selama ini.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa ketika tokoh-tokoh kepimpinan negara berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, wakil raja-raja Melayu turut menyertainya termasuk dalam rundingan yang diadakan di London.

"Dalam hubungan ini, bukan soal siapa lebih berkuasa antara eksekutif, kerajaan yang memerintah dan institusi raja-raja (tetapi) yang penting ialah raja-raja Melayu dan juga parti yang memerintah, mempunyai semangat untuk 'co-exist' supaya kesejahteraan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara," titah baginda.

Wednesday, September 10, 2008

Datuk Ahmad digantung-malaysiakini

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan untuk menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail dan melucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Padahal kes-kes lain yang lebih kecil kesalahan dipecat.Apalagi orang UMNO boleh harapkan dari parti itu.

Jui Meng guns for MCA No 1 post-malaysiakini

Former MCA vice-president Chua Jui Meng has formally announced his intention to run for president, promising to transform the party into a “first class” political vehicle if he is successful in the upcoming polls due on Oct 18.

Tuesday, September 9, 2008

Racial issues: Army chief tells gov't to act-malaysiakini

Departing from the norm, the Armed Forces today reminded the government on the danger of allowing racial issues to exacerbate.

  • Sep 9, 08 12:12pm
  • general abdul aziz zainalbreaking news updated 4pm Armed Forces chief General Abdul Aziz Zainal urges the government to take stern action against those who raise racial issues.MORE

Monday, September 8, 2008

BN Pembazir wang rakyat-malaysiakini

Di saat kita meniti pertengahan Ramadhan yang penuh keberkatan, di saat 10 akhir Ramadhan yang bakal menjelma 13 hari sahaja lagi.

Kita dikejutkan dengan berita bahawa Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional akan menganjurkan percutian samada ke Taiwan atau China untuk mempelajari teknologi pertanian.

Apa kejadahnya percutian di kala Bulan Ramadhan??? Dah tak cukup ke 11 bulan yang lain untuk mendalami ilmu pertanian. Kenapa memilih China atau Taiwan? dan Kenapa memilih tarikh pertengahan Ramadhan? dan Menggunakan peruntukan siapa mereka pergi bercuti??? Yang peliknya, kenapa ada segelintir MP tahu dan ada MP yang tak tahu

Semua persoalan ini perlu dijawab. Bukan dibiar begitu sahaja

Sekadar renungan

Sunday, September 7, 2008

PANTUN LOMPAT TINGGI-TINGGI

Lompat jangan tak lompat,
Lompat tu jangan tinggi tinggi,
Lompat lah cepat-cepat,
Biar najib dan che det lari.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Cepatlah MP lompat,
Biar pak lah tak tidur lagi.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau rasa nak lompat,
Janganlah pakat tunggu lagi.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau MP sudah lompat,
Maka rakyatpun senang hati.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Kalau jadi MP lompat,
Maka ramai yang pakai gari.

Lompat jangan tak lompat,
Lompat jangan tinggi-tinggi,
Jangan tunggu lewat-lewat,
Takut banyak yang cabut lari.
orang-kelantan-TKO

Saturday, September 6, 2008

PANAS-PANAS-PANAS-malaysiakini

1-Deputy Prime Minister Najib Razak today described the retreat organised for Barisan Nasional (BN) parliamentarians as nothing more than a field trip.

2-Leaders of the opposition Pakatan Rakyat are tickled by the reported two-week overseas holidays government MPs had been told to take beginning this Sunday to Sept 19.

3-The overseas trip planned by the Backbenchers Club (BBC) is not aimed at blocking Sept 16 crossovers to the opposition camp, but instead is an expedition to "explore opportunities and knowledge in the agricultural sector", said club leader Tiong King Sing.

4-Opposition Leader Anwar Ibrahim's bid to seize power will fail, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said today, promising to thwart any attempts to topple his government.
sumber malaysiakini-5 sept

Dalam berita tv 5 sept Pak Lah berkata, 16 SEPT tidak akan berlaku,

Najib pula ada PAKEJ KHAS pelancungan untuk MP-MP bn .Negara yang dituju TAK disebutkan.

Tujuan melancung sambil mempelajari cara untuk taat pada negara....Semua-semua dalam bulan sept-MUNGKIN umrah kot?

Bernama buat laporan polis-malaysiakini

Agensi berita nasional, Bernama malam ini membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu menerusi SMS mengenai kononnya tujuh parti komponen Barisan Nasional (BN) mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan keluar daripada BN.

Laporan polis itu dibuat oleh Pengurus Kanan Teknikal Bernama, Abdul Halim Hafiz yang menyelia trafik perkhidmatan SMS Bernama di Balai Polis Jalan Travers pada jam 8.45 malam ini.Dalam laporannya, Abdul Halim berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Bernama untuk menyebar maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Menurut laporan Bernama, Abdul Halim berkata, daripada siasatannya, Bernama tidak ada mengeluarkan sebarang berita SMS seperti yang disebarkan oleh orang yang tidak diketahui hari ini."Saya telah menyemak log penghantaran berita SMS Bernama hari ini dan mendapati tiada sebarang rekod menunjukkan berita tersebut dihantar," katanya.

Friday, September 5, 2008

TARIKH HIJRAH AHLI PARLIMEN

5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.

6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.

7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.

9 September: Sidang tergempar Parlimen.

10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.

12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.

15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.

15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

SUMBER

ulasan
5 SEPT - TIADA APA-APA BERLAKU,TAPI nampaknya umno/bn/Pak Lah semakin kepanasan

1-Deputy Prime Minister Najib Razak today described the retreat organised for Barisan Nasional (BN) parliamentarians as nothing more than a field trip.-more

Pegawai Najib nafi arah-malaysiakini

Pegawai timbalan perdana menteri hari ini menafikan mengarahkan Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan, mengatur majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 15 Ogos lepas.

Prof Madya Khairil Annas Jusoh berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang, ketika membuat penjelasan di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".

Pegawai khas Datuk Seri Najib Razak merujuk laporan "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan edisi 27 Ogos lalu, rakaman video temuramah imam muda itu dengan Suara Keadilan Online (25 Ogos) dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" (mingguan Siasah edisi 31 Ogos).

Khairil Annas menuntut Ramlang (foto, kanan), yang masih bercuti hingga esok, membersihkan namanya dan menuntut dua akhbar itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik laporan dan memperbetulkan semula kenyataan tersebut, lapor Bernama."Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu.

"Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut," beliau dilaporkan berkata dalam kenyataan."Kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. "Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam."Pegawai khas Najib itu berkata dua penerbitan itu tidak pernah berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan laporan masing-masing.

"Perkara yang tidak benar ini nyatanya telah mengelirukan masyarakat dan memberikan kesan negatif ke atas reputasi saya," kata Khairil Annas.Menurut agensi berita itu lagi, beliau turut menegaskan tidak pernah mengenali Ramlang, dan "tidak pernah pada bila-bila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."

"Oleh itu, tuduhan Ramlang yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," kata Khairil Annas.Beliau dilaporkan menambah, pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.

Ramlang antara saksi pada majlis sumpah Mohd Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon parti itu dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen itu 26 Ogos lepas.

Dua hari sebelum pengundian, Ramlang berdiri atas pentas Pakatan Rakyat bagi menjelaskan beliau tidak terlibat mengatur majlis sumpah laknat itu dan hadir selepas diarah "orang atasannya."

Wednesday, September 3, 2008

Nik Aziz yakin kerajaan baru bakal ganti BN

KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru.

Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah."Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam."Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini. ��

Isu 16 September ternyata menjadi hambatan besar kepada pemimpin-pemimpin Umno dan BN sehingga mereka mengangggap sebagai gimik politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.Malah mengikut laporan terbaru 43 anggota parlimen BN sudah menyatakan komitmen akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam misi menubuh kerajaan baru di Putrajaya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, bagi mengelakkan masyarakat sentiasa memperbesarkan isu perkauman beliau berhasrat menunaikan solat di masjid pelbagai budaya di Rantau Panjang sempena Ramadan ini yang diimamkan Cina Muslim.

"Dalam bulan ini saya bercadang menunaikan solat di Masjid Pelbagai Budaya yang mana imamnya orang Cina Muslim. Saya mahu menjadi makmum di belakangnya," ujarnya.Beliau berkata, perkara itu dilakukan bertujuan meredakan semangat perkauman yang tidak berkesudahan dalam masyarakat sehingga sekarang.Sedangkan katanya umat Islam mempunyai gurunya iaitu Nabi Muhammad saw, namun mereka lebih berbangga dengan fahaman yang dibawa bangsa lain.

Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Islam sejak awal lagi Islam tidak memberi ruang kepada isu perkauman kerana Islam mahu merapatkan hubungan sesama bangsa."Saya sentiasa sebut, kalau Allah yang buat rupa paras manusia termasuk Cina atau Melayu sama sahaja sudah tentu tidak akan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.

Beliau berkata, sebenarnya masalah perkauman berpunca akibat penjajahan Eropah yang berlaku sejak beratus tahun lalu.Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan pihak berwajib mengenakan tindakan yang berat terhadap peniaga mercun bagi mengelak berulangnya kecederaan yang menimpa kanak-kanak.Katanya, masalah itu berpanjangan sejak sekian lama dan tidak pernah selesai kerana tiada tindakan tegas kerajaan bagi menanganinya.

Beliau diminta mengulas kejadian yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak dari Rantau Panjang yang cedera akibat bermain mercun malam tadi.Kanak-kanak berkenaan difahamkan merupakan mangsa mercun pertama di Kelantan.

Cina 'menumpang': Siasatan polis selesai

Siasatan polis berhubung kenyataan yang didakwa berbau perkauman oleh ketua bahagian Umno Bukit Bendera, Pulau Pinang akan disiapkan Jumaat ini, kata timbalan ketua polis negeri.

Datuk Ahmad Ismail didakwa menyebut Cina sebagai penumpang di negara dan tidak seharusnya mengharapkan mereka mendapat layanan yang sama rata di satu ceramah dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh bulan lalu.

DAP tolak permohonan maaf Najib

DAP memberi lima alasan mengapa permohonan maaf timbalan perdana menteri bagi pihak seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang telah membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap orang Cina, "tidak bersesuaian, tidak memadai dan tidak boleh diterima".

Pertama, kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang, ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail sendiri tidak memohon maaf dan tidak pun menunjukkan kekesalannya kerana membuat kenyataan tersebut sejak sembilan hari lalu.Sehubungan itu, Lim mempersoalkan apakah Ahmad bersikap demikian kerana penuh yakin yang beliau mendapat sokongan pemimpin dan ahli arus perdana Umno.

Oleh itu, Lim bertanya sama ada permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak boleh diterima sedangkan Ahmad sendiri masih berdegil dan tidak kesal dengan perbuatannya mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman.

'Why is Najib apologising?

Mengapa Najib yang minta maaf,padahal kesalahan dilakukan oleh orang lain !!!

PELIK BIN AJAIB

Tuesday, September 2, 2008

Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri-malaysiakini

PULAU PINANG, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 Sept setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan. "Kalau kita hendak ambil 16 Sept sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim. Beliau berkata kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 Sept sebagai cuti umum.

Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung. Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.

Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air. "Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.

PKR leader poaching whole parties-malaysiakini

Exactly ten years ago deputy prime minister Anwar Ibrahim was banished into political oblivion by his boss Dr Mahathir Mohamad - spending six years of that decade in prison. Sep 2 will always be etched in his mind.

Opposition Leader Anwar Ibrahim today said that he would unveil a new Budget if his Pakatan Rakyat managed to take over government by its self-imposed deadline of Sept 16.

While all eyes are on possible defections by disgruntled MPs from Barisan Nasional, PKR de facto leader Anwar Ibrahim is believed to be quietly enticing its component parties to pull out from the ruling coalition.

Monday, September 1, 2008

Mahyuddin akan ketuai 43 MP menyeberang pada 16 Sept-malaysiakini

Sumber oleh org kuat PKR WP yg mengatakan Mahyudin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa sendiri akan mengetuai 43 MP yg akan melompat ke PKR pada 16Sept ini.

Mahyuddin dah tak tahan lagi dengan sikap pak lah yg melambat2kan proses peralihan kuasa yg menyebabkan imej BN bertambah teruk.

LAGI

Bebaskan konsep merdeka dari pemikiran lama...-malaysiakini

Konsep kemerdekaan negara pada masa ini tidak seharusnya dikongkong oleh pemikiran yang lama, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

khalid ibrahim"Ia bermaksud, daya pemikiran kita dalam alaf ini perlu mencapai tahap yang mampu bersaing, terutama dalam dunia globalisasi masakini," katanya dalam perutusan ulang tahun kemerdekaan ke-51.

Katanya, rakyat seharusnya diberi kebebasan untuk menyuarakan perasaan, pendapat, pemikiran dan kritikan.Dalam hal ini, tambahnya, pendidikan yang sempurna harus diberi kepada rakyat supaya generasi mendatang, mampu memperlihatkan daya fikiran yang kritis dan inovatif dalam usaha mereka memacu pembangunan.

"Konsep ketelusan, keadilan dan kebertanggungjawaban untuk semua perlu diamalkan supaya kesejahteraan ekonomi dan masyarakat di Selangor dapat dibebaskan daripada golongan tertentu semata-mata.

"Inilah konteks kemerdekaan untuk rakyat yang sebenarnya yang perlu dicapai pada masa kini dan masa mendatabg," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedang berusaha membebaskan rakyat, yang selama 50 tahun, dikatakan hidup dalam cengkaman pihak tertentu yang berkepentingan.Tahun ini, kata Abdul Khalid, menyaksikan pembaharuan di negeri Selangor, khususnya, yang merupakan lumrah bagi sebuah negara dan masyarakat yang semakin matang.

"Era perubahan ini membuka lembaran baru kepada kerajaan negeri untuk memikul tanggungjawab dalam hal memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan ekonomi Selangor terus dibangunkan secara berancang untuk dinikmati semua kaum yang tinggal di Selangor.

"Agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)" merupaka program utama barisan kepimpinan negeri Pakatan Rakyat dalam konteks mengutamakan kebajikan sebagai antara pelbagai bentuk nikmat kemerdekaan bagi rakyat Selangor," tegas Abdul Khalid.

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.