PEMERHATI / RAKAN2

Monday, September 15, 2008

Perhimpunan perdana sambutan hari Malaysia

Hari Malaysia adalah hari untuk semua Rakyat Malaysia. Tarikh keramat 16 September 1963 menyaksikan pembentukan sebuah negara persekutuan Malaysia yang berdaulat dan bebas merdeka. Pada hari tersebut 45 tahun lalu rakyat Malaysia seluruhnya bersatu bersetuju untuk hidup bersama di dalam keadaan aman damai serta makmur perkasa.

Terbentuknya Malaysia menandakan harapan menggunung rakyat negara ini agar kerajaan yang memimpinnya sentiasa berlaku adil kepada semua, tidak mengenal batas kaum. Namun apa yang berlaku selepas 45 tahun Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO semakin rakus berkuasa. Semangat Pembentukan Persekutuan Malaysia dan Pengisytiharan Kemerdekaan diabaikan agar mereka dapat terus berkuasa.

Penggunaan undang-undang kuku besi digunakan sewenang-wenangnya manakala retorik perkauman sering digunakan untuk melaga-lagakan rakyat yang berbilang kaum. Kini sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia memastikan semua ini tidak lagi berterusan. Marilah kita semua mendakap Perubahan. Marilah kita beramai-ramai berkumpul untuk menentukan hala tuju baru negara ini.

Oleh itu bersempena Hari Malaysia 16 September 2008 Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.