PEMERHATI / RAKAN2
Thursday, July 3, 2008
Anak tahanan ISA nazak
Suasana di Wad Blok A Tingkat 3 Hospital Kajang cukup sayu dengan tangisan isteri tahanan ISA, Siti Fatma dan ahli keluarga tatkala anak perempuan kesayangannya, Aina Mardiah Shahrial terlantar koma dan nazak sejak semalam lagi.
Aina Mardiah dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam hingga mengakibatkan beliau koma.
Namun paling menyedihkan, bapa kandungnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di bawah ISA sejak tujuh tahun lalu, baru sahaja mendapat pelepasan sementara daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar untuk menziarahi anaknya di Kajang.
Najib kenalkan Altantuya kepada Razak Baginda
KUALA LUMPUR, 3 Julai: Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam Perumal (Bala) yang dilantik oleh Abdul Razak Baginda dalam pengakuan bersumpahnya berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan Altantuya Shaaribuu kepada Abdul Razak Baginda.LAGI...
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi.
Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.
LAGI
Press Statement - for immediate release 3 julai-11.30 am
Recently one of the witnesses in the Altantuya trial approached us with detailed information of events connected to her disappearance and murder. The information was shocking.
Mr. P. Balasubramaniam, who was engaged by Abdul Razak Baginda as a private investigator was advised to seek legal counsel and document his story independently.
MORE
Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.