PEMERHATI / RAKAN2

Friday, August 15, 2008

HJ HADI tak sebut nak tinggalkan Pakatan-MALAYSIAKINI

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak pernah menyebut PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat, tetapi parti itu mahu sebuah kerajaan orang Melayu, yang menjadi teras pemerintahan.

Bekas menteri besar Terengganu itu menyatakan demikian ketika ditanya adakah benar beliau membuat kenyataan bahawa PAS akan tinggalkan pakatan jika kerajaan selepas 16 Septetmber, bukan lagi majoriti Islam.

Laporan media menyebut Hadi berkata demikian ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang, baru-baru ini.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan muktamar PAS di Ipoh pagi ini, Abdul Hadi berkata: "Terasnya adalah pemimpin Islam dan tidak semestinya PAS yang menjadi teras. Dia ikut keadaan semasa".LAGI

SUB-Hadi non-commital on Anwar's PM bid
PAS was non-committal on whether Anwar Ibrahim should be made prime minister in the event Pakatan Rakyat takes over the federal government.

PERINGATAN UNTUK KE PERMATANG PAUH-malaysiakini

Ini adalah panduan atau peringatan kepada sesiapa sahaja yang ingin datang ke Permatang Pauh untuk bersama-sama memeriahkan PRK12.1 ini. Adalah penting untuk diberitahu bahawa langkah-langkah keselamatan haruslah diambil berat dan beberapa perkara yang anda harus tahu keadaan semasa disini. INI ADALAH PENTING UNTUK ANDA!!!


Memandangkan kehangatannya semakin hampir dan hanya tinggal 3 hari lagi untuk hari penamaan calon, berbagai-bagai perkara diluar jangkaan boleh berlaku.

Kesesakan trafik disini dijangkakan amat kritikal kerana dijangkakan kawasan Permatang Pauh ini akan dibanjiri oleh kira-kira 2.5 juta orang terutama sekali ketika hari penamaan calon dan hari mengundi. Ini adalah kajian yang telah dibuat berdasarkan kepada keadaan masa sekarang ini.

'Kebanjiran' SB di kawasan ini dijangkakan seramai 3-4 ribu orang (Anggaran kasar sahaja).Mereka ini mempunyai pelbagai tugas. Ada diantara mereka diarahkan untuk mencetuskan provokasi hingga tercetusnya pergaduhan dan ada yang ditugaskan sebagai pengumpul maklumat mengenai peratusan popular seseorang calon itu dan maklumat itu akan terus disampaikan kepada Ibu Pejabat Polis besar disini (Kemungkinan balai polis Bandar Perda). Ada antara mereka akan menyusup masuk ke kem-kem atau bilik gerakan PR bagi memantau dan menyamar sebagai ahli PKR, PAS atau DAP. Dan mereka ini dengan bersungguh-sungguh mengutuk pihak UMNO/BN dan mula bertindak sendirian jika keadaan tegang diantara penyokong PR dan UMNO/BN seperti mereka ini kononnya wira bagi PR. Dinasihatkan anda menjauhkan diri dari orang-orang yang sebegini.

Bagi yang ingin mengambil bahagian dihari penamaan calon, dinasihatkan anda datang lebih awal (lagi bagus sesudah solat subuh) bagi mengelakan kesesakan. Dijangkakan juga kebanjiran manusia yang boleh mencecah ratusan ribu pada pagi sabtu itu. Bagi yang menaiki kereta, parking kereta anda tu jauh-jauh dari pusat penamaan calon. Biar jauh tapi senang untuk kita keluarkan kereta dan mengurangkan kesesakan pada pagi itu. Alternatif yang ada sekarang adalah pergi dengan menaiki motosikal.LAGI

Isu muqabalah panaskan muktamar Pemuda-MALAYSIAKINI

Cadangan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin atasan PAS yang mengulas rundingan dengan Umno mencetuskan puncak kehangatan sidang muktamar Dewan Pemuda hari ini.
Pemimpin-pemimpin itu termasuklah naib presiden Datuk Husam Musa dan ketua Pemuda sendiri Salahuddin Ayub, selain ketua penerangan Mahfuz Omar.

Mengesahkan perkara itu, timbalan ketua Penerangan Pemuda PAS, Abdullah Karim menjelaskan, Mahfuz dikritik kerana menyalahkan pemimpin tertinggi PAS yang tidak mendedahkan sepenuhnya butiran perbincangan dua parti Melayu itu kepada jawatankuasa pusat.
Sedangkan pada pandangan perwakilan itu, menurut Abdullah lagi, sebagai ahli jawatankuasa pusat, Mahfuz boleh menimbulkan isu berkenaan dalam mesyuarat di peringkat pusat.

Beberapa sumber lain memberitahu Malaysiakini, saranan perwakilan-perwakilan Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan – yang dianggap pro-muqabalah – menerima sokongan hampir sama kuat dengan bantahan lebih 200 perwakilan lain.
Perwakilan dari Melaka dikatakan mengepalai dua lagi kumpulan perwakilan yang anti-muqabalah iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan, sementara negeri-negeri lain tidak menunjukkan sikap dengan jelas terhadap isu itu.LAGI

Thursday, August 14, 2008

Implikasi pemilihan Arif Shah sebagai penentang Anwar

Pemilihan Adun Seberang Jaya itu sebagai calon BN bagaimana pun menimbulkan tanda tanya dan segera mengundang tanggapan sinis terhadap parti pemerintah itu.

Pertama, pemilihan itu menggambarkan betapa BN mengakui ia sukar memenangi kerusi berkenaan. Calon yang diletakkan itu hanya sekadar menghalang Anwar daripada menang secara percuma.

Secara tersirat optimisme Anwar dan Pakatan Rakyat dalam memenangi pilihan raya kecil ini sesuatu yang tidak dapat diatasi BN. Rata-rata pemimpin BN sudah membayangkan bahawa kerusi berkenaan bukan milik mereka�Kita sebagai �underdog� di Permatang Pauh�, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib beberapa hari lalu.

Nada serupa turut disuarakan para pemimpin BN lain. Mengambilkira kawasan berkenaan adalah pangkalan tradisi Anwar, BN tidak mahu dilihat terlalu bersungguh menentang bekas timbalan perdana menteri itu. Apatah lagi bayangan kekalahan sudah agak jelas.
Bagi BN, sekiranya kalah sekali pun, ia tidak kerugian apa-apa. Kekalahan BN tidak akan menjejaskan kedudukan bakal calonnya ini sebagai seorang yang telah menjadi wakil rakyat.

Kedua, pemilihan Arif Shah sebagai calon BN boleh dianggap sebagai penyelesai kepada krisis dalaman Umno sendiri. Parti itu kini berhadapan pelbagai masalah yang sukar ditangani, terutama berkaitan proses pemilihan jawatan di pelbagai peringkat parti itu yang sedang berlangsung.

Meski pun nama Arif Shah turut disebut sebagai salah seorang pemimpin yang bakal merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh nanti, pertarungan sebenar di bahagian berkenaan adalah dikatakan antara penyandangnya, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan timbalannya, Datuk Pirdaus Ismail.

Sebagai bekas calon di kerusi berkenaan dalam dua pilihan raya umum lalu, Pirdaus disebut-sebut sedari awal sebagai bakal dipilih semula kali ini. Bagaimana pun, mengambilkira kesungguhannya merebut jawatan tertinggi bahagian itu, pemilihannya sebagai calon dibimbangi akan memburukkan perpecahan dalaman Umno setempat.

Sudah tentu andai terpilih sebagai calon, ia akan memberi �kemasyhuran� dan kesan positif kepada Pirdaus berbanding pesaingnya dalam pemilihan parti nanti. Maka pemilihan selain mereka berdua akan mengelakkan perpecahan lebih serius di kalangan dalaman Umno.

Ketiga, pemilihan seorang yang telah bergelar wakil rakyat sebagai calon juga mengundang tanggapan seolah-olah BN terlalu ketandusan tokoh berwibawa untuk diketengahkan. Apakah sudah tidak ada pemimpin lain selain Adun untuk dipilih BN?Persoalan serupa pernah timbul sebelum ini apabila Perdana Menteri terpaksa memilih beberapa tokoh dari kalangan bukan Ahli Parlimen untuk mengisi jawatan dalam kabinetnya, Mac lalu.

Sehinggakan, bukan sahaja mereka yang di luar sana diseret masuk, malah seorang Adun dari Pahang yang telah dilantik Exco Kerajaan Negeri juga terpaksa dipilih bagi menyelesaikan keperluan itu. Sedangkan masih ramai Ahli Parlimen BN yang belum dilantik mengisi apa-apa jawatan penting kerajaan. Koman sangatkah mereka yang lain itu sehingga tidak layak dipilih?

Keempat, Presiden Umno masih gagal meyakinkan anak-anak buahnya tentang kejujuran Mohamed Ezam Mohd Nor membantu parti itu. Ternyata kemasukan Mohamed Ezam yang disambut dengan penuh gembira oleh Presiden Umno, masih belum diterima baik oleh akar umbi Umno.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR itu sebelum ini dianggap banyak pihak sebagai calon terbaik buat BN menentang Anwar. Beliau mendakwa banyak mengetahui rahsia Anwar dan mampu merobek kepercayaan rakyat terhadap pemimpin pembangkang itu.

Mohamed Ezam sendiri malah siang-siang lagi menawarkan diri untuk dipilih sebagai calon BN. Bagaimana pun, apabila BN mencalonkan orang lain, bererti suara dan peranannya tidak begitu dilayan kalangan Umno sendiri.BN nampaknya hanya bersedia memperalatkannya sebagai tukang syarah dan belum bersedia memberikannya kedudukan lebih istimewa, termasuk sebagai calon. - (tmj)_harakahdaily

Penjelasan Isu Kuota UiTM

Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato' Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM. Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.

Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.

Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi "Merakyatkan Ekonomi Selangor".
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor-suara keadilan

Calon BN dakwa ada 'pengundi hantu'-MALAYSIAKINI

Calon Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah, mendakwa terdapat "pengundi hantu" di kawasan itu.Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya berkata, satu kajian yang dibuat selepas pilihanraya 8 Mac lalu, mendapati banyak nama pengundi yang didaftarkan menggunakan satu alamat tetapi apabila disemak, hanya dua atau tiga orang sahaja yang tinggal di alamat itu.

"Saya tidak pasti sama ada mereka ini pengundi hantu, pengundi yang menumpang atau pekerja kilang di kawasan Sungai Petani atau berhampiran yang menggunakan alamat itu tetapi tidak tinggal di situ," katanya kepada pemberita di rumahnya di Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya, dekat Bukit Mertajam.

Bernama memetiknya sebagai berkata, kebanyakan pemilik rumah itu juga tidak mengenali nama-nama yang menggunakan alamat rumah mereka dan beliau mahu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), menyiasat perkara itu.LAGI

SUB-MEMORI LAMA

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.