PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, April 29, 2008

Bila Ezam tidak lagi memahami perjuangan dan cita-cita Anwar


Tetapi dari balik tirai dapat dibaca, dia masih menyayangi Keadilan.
Wajahnya menceritakan demikian. Keadilan dianggap sebagai anaknya sendiri.
Kalau pun dia tidak suka Keadilan bukan kerana benci kepada si anak itu,
tetapi kerana berbulu dengan sikap sang ibunya. Itu saja.
Siapakah ibu
Keadilan? Beliau berterus terang dan sudah menjadi pengetahuan umum, mulanya dia
tidak senang dengan sikap dan perwatakan politik Mohd Azmin Ali.
Orang itulah
yang tidak menyenangkan jiwanya. Kini ia sudah berjangkit kepada Anwar. Sikap
Anwar yang tidak membelanya dan terus menunjukkan sikap panas barannya bila Ezam
melakukan sikit kesalahan, menjadikan Ezam merasakan dia tidak berguna.

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.