PEMERHATI / RAKAN2

Thursday, April 3, 2008

Sufiah Yusof shilpa lee shilpa xx

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) akan berusaha membantu Sufiah Yusof, pelajar pintar yang dilaporkan melacurkan diri di London bagi menyara kehidupannya, menerusi "Program Selamatkan Sufiah".
Menteri berkenaan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, JPM dan Yadim akan membantu gadis itu kembali ke jalan yang benar kerana mungkin apa yang menimpa dirinya mempunyai sebab tertentu.
"Langkah pertama ialah untuk cuba menghubungi ibu gadis itu atau mengatur pertemuan bagi mengetahui situasi sebenar yang menyebabkan gadis itu sanggup mengiklankan perkhidmatannya di internet," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Yadim di sini semalam.
"Program Selamatkan Sufiah" itu diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang bertanggungjawab bagi merangka strategi dan kaedah yang sesuai bagi membantu Sufiah secepat mungkin.-kosmo

KERJA MENTERI KE NI??? ??? BERIKAN PANDANGAN ANDA

2 comments:

Anonymous said...

salah asuhan

Anonymous said...

xpyh nak g tarik sufiah kt sane tu,, tengk je kat malaysia ni lg hancur la ramai betina jual tubuh..kat sana dah memang negara bebas,,malaysia ni negara islam........aduhhhhhhhhhhh


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.