PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, April 29, 2008

ANWAR BELAJAR-2 MASUK PARLIMEN

Bila Ezam tidak lagi memahami perjuangan dan cita-cita Anwar


Tetapi dari balik tirai dapat dibaca, dia masih menyayangi Keadilan.
Wajahnya menceritakan demikian. Keadilan dianggap sebagai anaknya sendiri.
Kalau pun dia tidak suka Keadilan bukan kerana benci kepada si anak itu,
tetapi kerana berbulu dengan sikap sang ibunya. Itu saja.
Siapakah ibu
Keadilan? Beliau berterus terang dan sudah menjadi pengetahuan umum, mulanya dia
tidak senang dengan sikap dan perwatakan politik Mohd Azmin Ali.
Orang itulah
yang tidak menyenangkan jiwanya. Kini ia sudah berjangkit kepada Anwar. Sikap
Anwar yang tidak membelanya dan terus menunjukkan sikap panas barannya bila Ezam
melakukan sikit kesalahan, menjadikan Ezam merasakan dia tidak berguna.

Saturday, April 26, 2008

BANTUAN DIPERLUKAN-KG UBAI JLN PEKAN PHG


Kepada pembaca yang budiman
Izinkan saya berkongsi kisah sdr Rani sekeluarga yang rumahnya kebakaran sebelum Pilihanraya lepas
Saya telah bantu apa yang termampu saya pada ketika itu dan juga dengan kepercayaan bahawa ADUN akan membantu seperti yang dijanjikan, saya agak terlepas pandang akan kes ini sehingga kini.
Minggu lepas saya ke ubai untuk jumpa penduduk kampung. Mereka bercerita tentang rumah sdr Rani yang masih tidak ada perubahan setelah beberapa bulan berlalu.
Rasa hati saya yang belas, teringatkan anak-anak beliau yang masih kecil (4 orang) menggerakkan saya untuk menulis disini. Teringat oleh saya bagaimana anak-anak tersebut menangis dengan begitu sayu tatkala melihat buku sekolah mereka hangus dalam api yang marak ketika itu.
Gambar-gambar rumah dan anak2 beliau disertakan disini
Besarlah harapan saya sekiranya ada para dermawan yang dapat membantu. mungkin dengan sumbangan wang ringgat, barang-barang binaan, perkakas rumah dan sebagainya supaya keluarga ini dapat kembali hidup seperti keluarga yang normal ( mereka kini menumpang di rumah ibu sdr Rani yang juga daif kehidupannya)
Sila hubungi saya segera sekiranya saudara ingin sama-sama bantu menguruskan pembangunan semula rumah keluarga tersebut
Terima Kasih
Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Friday, April 25, 2008

Menjejaki Sang Wira Ferormasi-EZAM


BILA merujuk kepadanya dan perjuangan reformasi, saya menggelarkannya sebagai Kembar Siam dengan sdr Mohd Azmin Ali yang kini Adun Bukit Antarabangsa dan ahli Parlimen Gombak. Mengapa saya mengidolakan beliau begitu kerana pada saya pemain utama yang bermati-matian membela Anwar Ibrahim dan menggerakkan reformasi antara orang utamanya mereka berdua.


Kebetulan mereka berdua orang kanan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, seorang sebagai Setiausaha Politik dan seorang lagi sebagai Setiausaha Sulit. Hal-hal politik, merancang dan merangka masa depan – termasuk untuk memerintah negara dilakar oleh si pemegang jawatan itu.



Manakala hal-hal yang sulit dan personal berhubung Anwar dipegang diselindung sekemasnya oleh pemegang jawatan berkenaan!


Orang yang ingin saya tampilkan dalam tulisan tengah malam ini tidak lain dan tidak bukan Sdr Muhammad Ezam Mohd Noor, putera reformasi yang berwajah tenang dan romantik. Yang bermata lembut namun memiliki sekeping hati yang keras mewaja.

“Dia orang Bugis,” begitu beritahu seorang kawan.

Si kawan itu mengetahuinya semasa ibunya menaiki pentas bersama isterinya Bahirah dalam rangka membela Ezam yang ketika itu sedang meringkuk di dalam penjara gara-gara mempertahankan Anwar. Kata kawan itu, ibunya kata, Ezam Bugis.



Tidak lekang dek undang-undang

Bugis satu suku kaum berasal dari Indonesia dan terkenal sebagai pedagang dan juga puak yang menguasai perairan, lautan. Kalau tidak silap saya keturunan Sultan Johor dan Selangor juga dari Bugis. Raja Petra Kamarudin 'raja blogger' juga berketurunan Bugis sebab itu beliau berani dan tidak lekang dek undang-undang!

Sudah lama saya tidak ketemui si Bugis romantik ini. Hanya berhubung menerusi telefon sekali sekala. Menjelang pilihan raya lalu saya menghubungi beliau bertanya mengenai penglibatannya dalam pilihan raya dan cuba mencungkil apakah beliau ingin sertai atau tidak.




“Biarlah Sheikh, tunggu dulu. Kita berikan laluan kepada kawan-kawan. Saya kemudian.... kalau saya bertanding pun atas parti lain atau bebas, biarlah,” begitulah elaknya apabila dicadangkan beliau bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kelantan. Tujuan saya bukan apa kerana ingin melihat Ezam berada di Parlimen berpidato dan menyerang kedurjanaan melampau kerajaan BN.

Beliau tidak bertanding. Keputusan itu menghairankan bukan saja saya tetapi kawan-kawan lain juga. Apa lagi selepas keputusan pilihan raya 8 Mac 2008 yang menunjukkan pembangkang menang besar, rasa terkilan dan kesal membedal jantung hati. Seharusnya Ezam ikut sama menjadi orang-orang yang menang kerusi.



Adalah tidak adil saya rasa, kalau kita hanya mengingatkan Ezam waktu kita susah. Tetapi kita melupainya apabila kita sudah menang. Harus diingat denai-denai perjuangan yang memungkinkan kemenangan ini terjelma adalah hasil bajakan dan tebas tebang olehnya.

Saat kita memotong kek kemenangan tiba-tiba bayangan Ezam pun tidak kelihatan. Sesuatu yang sungguh mengilan dan memilukan.





Atas kesedaran itu saya mengagahi diri menghubungi Ezam dan ingin berbicara mengenai politik dengannya. Dalam hati sebenarnya ingin membuka rahsia jiwanya dan melihat apakah kitab perjuangan yang sedang terdampar dalam jiwanya dan ditelaahnya saat ini.

Petanda ingatan kepadanya, semasa di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, sempena majlis Black 14 dan majlis kesyukuran meraikan kemenangan, saya tertekun beberapa jurus apabila ternampak semacam wajah Ezam di pentas. Ia berdiri sama gagah dan seiring dengan Anwar dan Azmi. Seolah sedang mengapit Anwar seperti selalunya di pentas-pentas reformasi sebelum Anwar ditangkap.



Seorang Rejuna

Bukan main perasaan saya dilambung keseronokan dan kebahgiaan. Namun ia sekejap saja apabila sosok itu bukan Ezam tetapi manusia lain yang menyerupainya. Saya jadi sayu dan teringatkan Ezam. “Ah Ezam... mengapa kau?” soal saya ketika itu sendiri bagaikan seorang Rajuna yang baru kehilangan Sita Dewinya.

Iya sebenarnya saya menyayangi Ezam kerana semangat dan keberanian yang ada pada dirinya. Saya menyayangi Ezam kerana pemikiran dan lontaran pandangannya yang kemas dan mantap. Bagi saya orang-orang seperti Ezam itu adalah idola dan aset kepada perjuangan yang tidak harus dibiarkan dan dibazirkan begitu saja. Orang seperti Ezam adalah watak-watak subur nan hijau dalam persada politik bangsa!


Persis Ezam jugaklah saya menyayangi orang itu. Kalau tidak masakan saya mendokong dan memberikan pakaian indah dan molek kepadanya selama bertahun-tahun. Menjauhkan kulitnya dari eceran pena saya. Meletakkan harapan besar untuknya menjadi khalifah di hari muka. Cuma silap dan salahnya mungkin dari saya juga yang meletakkan (expectation - berperasaan) harapan tinggi terhadapnya. Menganggap apa yang ada dalam jiwa saya, itulah juga yang bermukim di dalam hatinya.


Bagaimana dengan Ezam hari ini dan masa depannya? Pernah saya menyatakan Ezam tidak betah dengan Gerak. Gerak bukan gelanggang sebenar bagi Ezam. Sang Matado sepertinya memerlukan gelanggang yang lebih luas dari itu untuk menanduk dan menggulingkan mangsa demi menegakkan keadilan. Apa lagi beliau pernah berada dalam lapangan yang mega, ruang sesempit Gerak itu tentulah sangat sempit.


Bila-bila pun saya tidak akan percaya kalau Ezam memutuskan untuk melambakkan hayatnya hanya bersama Gerak. Bila sampai masa dan ketika Ezam akan bergerak lebih jauh dan besar juga. Beliau, dengan bakat, keterampilan dan daya intelektualnya harus berada di arus perdana siasah negara. Beliau tidak boleh terperap dalam guni NGO kerana itu merugikan dan suatu pembaziran sumber manusia kalau beliau terus berselimut seperti hari ini.



Bangsa dan nusa memerlukan sentuhan Ezam. Apa lagi dalam suasana politik Melayu hari ini yang rencam dan kompasnya tidak menentu, penampilan orang-orang seperti Ezam perlu dipercepatkan!

Tentunya juga Ezam dalam kesendiriannya kini sedang memikir dan obses kepada masalah-masalah berkenaan.


Hari Rabu lepas selepas menziarahi jenazah pemikir, pengamat dan intelektual politik dan bahasa, Rustam A Sani saya ke pejabat Ezam, di Kelana Jaya. Mulanya atas tujuan ingin menemuramahnya untuk Siasah, sebaliknya apa yang menjadi maksud sebenar ialah untuk membuka jiwa dan melihat kitab politik apakah yang sedang terdampar di hatinya kini.




Insyallah akan bersambung di bahagian kedua. Mengapa Ezam berjauhan dengan Anwar?
http://msomelayu.blogspot.com/2008/04/sebelum-beradu.html

Monday, April 21, 2008

Salam perkenalan dari DIN MERICAN

din merican said...



kenapa x approve komen saya. Takut?



DIN MERICAN



April 10, 2008 1:05 PM



( https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5088471596295655922&postID=2379367109093464999&isPopup=true )


INI LAH SALAM DARI ORANG YANG MENAMAKAN DIRINYA DIN MERICAN..?
DIA (ORANG BESAR KAT PEJ DSAI)KE ORANG LAIN TAK PASTI PULAK.
KALAU LAH BETUL DIA YG MENULIS,MALANG SEKALI DSAI MEMPUNYAI STAFF2 YG AGAK DANGKAL.TAKUT YG DIA TANYA.



IBRAHIM, SY INGAT KURANG FAHAM ATAU MUNGKIN SY SALAH PENYAMPAIAN.BOLEH JADI BELAKA.
TAPI YANG PENTING,PERKARA YANG SAYA NAK SAMPAIKAN PADA DSAI,TAK PATUT SY NAK BERITAHU ORG LAIN.KALAU PERKARA ITU BOLEH DISELESAIKAN OLEH DIN MERICAN @ IBRAHIM @ RAHIMI,TAK PERLULAH JUMPA DSAI.

KALAU RASANYA TAK BOLEH JALANKAN TUGAS DGN BAIK DAN BERHEMAH,ELOKLAH BERSARA AWAL.



WALAU BAGAIMANA PUN SY MASIH MERASAKAN ADA 'TANGAN GHAIB'DI BELAKANG PERISTIWA INI.
SAMBUNG LAGI DILAIN MASA.

Pahang tidak perlukan liputan Utusan selepas ini

Friday, April 18, 2008

Himpunan Reformis 1998 - 2008

Himpunan Reformis 1998-2008: Dailog dengan YB Pakatan Rakyat

Bagi mensyukuri kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 12, sekali gus untuk menjana generasi berkualiti bersama Pakatan Rakyat di era Malaysia Baru, Laman Web HR9808.blogspot.com menganjurkan himpunan reformis di tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh: 19 April 2008 (Sabtu)


Jam: 6.00 ptg ? 11 malam.

Tempat: Hotel KL International. Kg. Baru, KL.

Orang ramai yang berminat menyertai dijemput hadir.

Untuk pendaftaran sila hubungi Pusat Informasi: Gerai 59 dan 60, Jalan Melayu/ Jln. Masjid India. Kuala Lumpur. Dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menelefon Norzairi 019-3066016, Nora 012-3804575, Pak Mad 017-3467927, Syed Azizul 017-3491980 atau Nasir 012-3921976.

Thursday, April 17, 2008

Soalan untuk Rahimi

Betul ke ini semua kamu yang tulis?


1)hahaha said...
Pimpinan parti pun buat temujanji 2-3 hari advance. Sekarang DSAI dah menang macam2 orang nak jumpa,aku rasa 10 kali lebih ramai dari dulu. Kau datang walk in memang la tak boleh. lepas tu nak bising2, nampak diri sendiri yang bodoh. Kau ingat buat appoinment terus dapat jumpa ke?
April 11, 2008 7:04 PM


INI BUKAN MASALAH BISING.SEKIRANYA DSAI SIBUK, SDR HANYA PERLU BAGI TAHU SAJA.TAKKAN ITU PUN JADI MASALAH? SY BOLEH TERIMA . HARI ITU SY ORG TERAKHIR KALAU DAPAT BERSALAM DAN AMBIL MASA 1 @ 2 MINIT PUN DAH CUKUP.SATU LAGI PERKATAAN 'BODOH' TAK PERLU DIGUNAKAN.BELAJAR JADI INSAN BERHEMAH.ADA BUDI BAHASA




2)hahaha said...
Sani tu bkn driver die ke? Mintak appointment dengan PA bukan tanye driver bang oii!! Dan saudara ingat En Ibrahim Yaacob tu sape? Die Chief of Staff DSAI Office, orang kedua selepas DSAI.Dah la buat nak appointment pon tak tau, datang mintak kerja tapi tak mengaku. Kau ni saje nak buat kecoh la.JANGAN BUAT MALU DIRI SENDIRI BOLEH TAK??
April 13, 2008 3:43 PM


INI SATU LAGI CONTOH KES TAK PANDAI BERBUDI BAHASA.MUNGKIN SANI TU DRIVER,TAPI SDR TAU BERAPA LAMA DIA DGN DSAI? DIA ADALAH ANTARA ORANG KEPERCAYAAN .SANI DAH PESAN SUPAYA JUMPA RAHIMI.SY JUMPA.BACA ELOK2 TULISAN SY @ PERISTIWA YG BERLAKU..APA SDR INGAT SEHARI -DUA DGN DSAI DAH MULA BESAR KEPALA ?



3)pemerhati said...
"Setelah berhubung beberapa kali melalui telefon dengan Sani,dia suruh ke pejabat dan buat temujanji melalui Rahimi.saya sampai dan terus jumpa Rahimi,dan beritahu hajat nak jumpa DSAI".Setahu aku, temujanji dibuat sebelum datang ke sesuatu tempat. Macam gi klinik. By appointment or walk-in. So aku rase sepatutnye BUSINESS MEN paham ape tu appointment dan ape tu walk-in.
April 11, 2008 6:59 PM


PERKARA INI TAK BERBANGKIT.INI POLITIK BUKAN BISNES.KALAU NAK JADIKAN BISNES JADI MCM UMNO .SY ULANG SEKALI LAGI,KALAU TAK DIBENARKAN JUMPA HANYA PERLU BAGI TAHU.TAK PAYAH SUSAH BAWA DSAI LARI .




KALAU SEMUA DI ATAS BUKAN TULISAN SDR SILA NAFIKAN !!! KALAU TAK ADA PENAFIAN SY ANGGAP ITU SEMUA KERJA SDR.SY AKAN TAMBAH LAGI ULASAN.


-->PASAL SDR IBRAHIM YAACOB DAN DIN MERICAN SY AKAN ULAS DLM MASA SEHARI DUA LAGI.SELESAI SATU-SATU.

Thursday, April 10, 2008

Angin Bertiup-Cd DS Anwar Ibrahim

Ada sumber mengatakan vcd dsai akan dikeluarkan oleh pihak lawan pd 13 April.Sila ambil perhatian.Saya masih cuba medapatkan kesahihan berita ini.

Sunday, April 6, 2008

Begini kah caranya...?

TIDAK DI BENAR JUMPA DSAI



http://anwaribrahimblog.com/2008/03/30/mengingati-sahabat-dan-pejuang/


Rakyat Marhaen Mar 31st, 2008 at 6:58 pm


A’kum,
DS Anwar Ibrahim
Sekembalinya DS dari Bahrin sy buat temujanji melalui Rahimi,Pa DS.Sy datang bersama seorang consultan eng.Hampir 2 jam menunggu.Sy dan sahabat begitu gembira kerana akan bertemu mata dgn DS.Tapi semuanya hampa.Sy rasa tertipu setelah menunggu sekian lama,hanya sdr Ibrahim yg kami jumpa.
Setelah keluar dari bilik semua orang di pej DS telah tiada. Hanya tinggal kerani saja.Kenapa jadi begini? Apa salah saya.Apa salahnya kalau DS turun sambil nak balik jumpa kami,setidak-tidaknya bersalam.Sy rasa terhina dek perbuatan DS.Rasa malu pada rakan saya.Beginikah cara DS melayan tetamu?
Keesokan hari sy hantar sms pd Sani tapi tiada jawapan.Untuk pengetahuan DS sy dtg dari Kuantan.Harap dapat jawapan dari DS..


Soleh Mohamad
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Pahang
Berjuang Dari awal penangkapan DS.
Orang yg memberitahu berita penangkapan DS pada Almarhum Ust Fadhil Noor
Salinan akan sy hantar melalui fax.
Lagi info mengenai saya
http://tawanpekan.blogspot.com/




Inilah komen saya pd blog DSAI,sehingga kini belum mendapat jawapan.Adakah untuk berjumpa bakal PM pun perlu ada kasta2.Saya bukan pergi nak minta sempati maupun minta jawatan.Temujanji telah dibuat.Adakah kerana saya bukan nama besar dalam politik?
Tak tahu apa punca.Kalau anda pembaca ada pendapat / faktor boleh lah kongsi dengan saya.


Oh ya.Sebelum itu saya kongsikan keadaan hari itu.Suasana pada hari itu tidaklah sibuk .Ada beberapa orang india (katanya dato) ada juga dari Sabah dan beberapa orang lagi.Ada juga hari itu beberapa staff DSAI,saya kenal juga seorang dua,termasuklah Azmin Ali.Kalau tak silap.


Posting ini bukan untuk kepentingan saya,tapi supaya dapat dibaiki,kalau tidak semakin ramai rakyat mengalami nasib seperti ini dan mereka akan berjauh hati.Lama2 PKR akan jadi macam umno.

Thursday, April 3, 2008

Bekas timbalan menteri bakal sertai PKR

BEKAS Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman disebut-sebut akan menyertai PKR tidak lama lagi, kata sumber kepada KLpos.com.

Sufiah Yusof shilpa lee shilpa xx

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim) akan berusaha membantu Sufiah Yusof, pelajar pintar yang dilaporkan melacurkan diri di London bagi menyara kehidupannya, menerusi "Program Selamatkan Sufiah".
Menteri berkenaan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, JPM dan Yadim akan membantu gadis itu kembali ke jalan yang benar kerana mungkin apa yang menimpa dirinya mempunyai sebab tertentu.
"Langkah pertama ialah untuk cuba menghubungi ibu gadis itu atau mengatur pertemuan bagi mengetahui situasi sebenar yang menyebabkan gadis itu sanggup mengiklankan perkhidmatannya di internet," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Yadim di sini semalam.
"Program Selamatkan Sufiah" itu diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang bertanggungjawab bagi merangka strategi dan kaedah yang sesuai bagi membantu Sufiah secepat mungkin.-kosmo

KERJA MENTERI KE NI??? ??? BERIKAN PANDANGAN ANDA

Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.