PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, August 12, 2008

8 faktor BN tewas lawan Anwar

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:
Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.
Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian.
Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.
LAGI

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.